Posts

Showing posts from July, 2017

Apa sebenar di sebalik Pendaratan Ikan Di Sabah ?

Image
Dikatakan pendaratan ikan di Sabah, berkurang 50%, kononnya kerana akibat dibenarkannya kapal-kapal Vietnam yang dioperasikan oleh pemilik tempatan di perairan negara. Perlu diketahui, bahawa kapal-kapal itu tidak mendaratkan hasil-hasil tangkapan mereka di jeti-jeti di Sabah, kerana pendaratan kapal-kapal itu dipolitikkan oleh pihak pembangkang. Sebagai contoh, awal bulan ini, Naib Presiden parti Warisan Sabah, Junz Wong mempersoalkan, mengapa kapal-kapal Vietnam itu mendaratkan ikan mereka di Jeti SAFMA, Kota Kinabalu. Pemilik lesen tempatan yang mengoperasikan kapal-kapal Vietnam di laut dalam, serba salah, kerana tindakan mereka mendaratkan ikan di jeti Sabah dipolitikkan. Memang, hasil tangkapan ikan bukan daripada nelayan yang termasuk dalam persatuan pemilik boat nelayan Pantai Barat Sabah, akan tetapi, sebarang tangkapan yang boleh didaratkan di jeti Sabah, sebenarnya penyumbang kepada jumlah ikan yang didaratkan. Namun, pendaratan ikan yang ditangkap oleh kapal Vietn

Peruntukan ??? Shafie Apdal, anda sepatutnya malu dengan DIRI SENDIRI

Image
Hakikat yang patut diketahui rakyat, khususnya rakyat Sabah dan Sarawak, bahawa peruntukan yang disalurkan melalui KKLW cukup besar. Sebagai contoh bajet tahun 2017, KKLW menerima RM10bilion, separuh daripada bajet itu diperuntukan kepada Sabah dan Sarawak. Bayangkan setiap tahun tidak kurang RM5bilion diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak. Jika dibahagi duapun, maka setiap tahun Sabah menerima RM2.5bilion.  Jumlah  itu, merupakan 66% berbanding Bajet Negeri Sabah. Bajet negeri adalah bajet menyeluruh, bukan seperti bajet KKLW yang khusus untuk penyediaan kemudahan luar bandar dan wilayah. Kalau dikira sejak Datuk Shafie Apdal menjadi menteri KKLW, maka tidak kurang RM11.5bilion diperuntukkan untuk Sabah . Persoalannya ke mana wang sedemikian banyak dibelanjakan? Pada Sabtu, di Batu Sapi Sandakan, Menteri KKLW yang menggantikan Shafie mengumumkan RM60juta bagi projek Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB) bagi Pulau Timbang. Seharusnya BALB itu sudah selesai semasa Shafie ma

Kenyataan Akhbar JJ Loretto berkaitan Pati di Sabah

Image
1.  Malang sungguh, apabila seseorang yang berstatus peguam, tidak mengambil kira sejarah kemasukan pendatang tanpa izin ke Sabah. 2.  Kemasukan pendatang tanpa izin ke Sabah bermula sejak sebelum Sabah merdeka lagi, dan semakin meningkat apabila sektor peladangan, perikanan dan pembinaan semakin rancak, khususnya pada tahun 70-an. 3.  Kemasukan pendatang tanpa izin ke Sabah tertumpu di kawasan sempadan, termasuk pulau-pulau. 4.  Jika diambil data statisk, pendatang tanpa izin di Sabah yang teramai adalah daripada Indonesia dan diikuti Filipina. Statistik juga menunjukkan, bahawa majoriti pendatang itu adalah mereka yang mencari kehidupan, kerana  mereka itu kebanyakannya adalah tenaga buruh. 5.  Kalau mengadili data statistik itu, kedatangan PATI ke Sabah, sebenarnya didasari mencari kehidupan, bukannya didasari politik atau ada hubungan dengan status Sabah dalam perlembagaan Filipina. 6.  JJ Loretto tidak bercakap berasaskan keadaan sebenar, berkaitan kemasukan PATI ke S

UMNO Terdesak - Adakah Hanya Persepsi?

Image
PRU-14, kurang setahun lagi. Pada masa ini, keadaan serupa sebelum PRU-13 yang diadakan pada Mei 2013. Parti Barisan Nasional dan Parti pembangkang berlumba-lumba mendapatkan sokongan rakyat. Berhadapan dengan PRU-14, Bn membawa bersamanya keputusan PRU-13, iaitu 133 kerusi Parlimen dengan 48 peratus pengundi, manakala pembangkang dengan 89 kerusi dengan 51% pengundi. Pendekatan Bn berdepan dengan PRU-14, berbeza sedikit dengan pendekatan berdepan dengan PRU-13, kerana kali ini, Bn lebih fokus kepada melayu/bumiputera. Dato Seri Najib telah mengambil iktibar pendekatan kepada kaum cina dan pengundi bandar semasa berhadapan dengan PRU-13, tidak membuahkan hasil, kerana terbukti, Bn tidak menambah kerusi di kawasan yang dimaksudkan, malah Bn kalah 7 kawasan parlimen berbanding keputusan PRU-12. Berdepan dengan PRU-14, sudah tentunya parti tunjang kerajaan Bn, parti Umno bukan sahaja mahu mempertahankan 88 kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU-13, akan tetapi mencuba meram

Infra Untuk Rakyat atau Kroni?

Image
Kalau nak tahu, projek Tun Dr Mahathir Mohamad 'google' sahaja, AFS tak nak komen, sebabnya menyakitkan hati. AFS hanya minat projek yang dilaksanakan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, sebabnya seluruhnya untuk rakyat. " MRT-Untuk penduduk Kuala Lumpur dan Lembah Klang (Selangor), Pan Borneo- penduduk Sabah & Sarawak, ECRL untuk penduduk Pantai Timur Semenanjung, ETS untuk penduduk Pantai Barat Semenanjung, ertinya apabila seluruh projek yang dilaksanakan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, seluruhnya meliputi rakyat Malaysia, maknanya Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri membela suluruh rakyat Malaysia, daripada Barat-Timur-Utara-Selatan,malah menyebarang Lautan China Selatan. " Lagipun semua projek itu, boleh ditumpangi oleh seluruh rakyat negara ini, kalau penduduk Sabah ke Kuala Lumpur boleh naik MRT, kalau ke Pahang boleh naik ECRL, demikian juga penduduk Semenanjung kalau ke Sabah dan Sarawak boleh guna Pan

Bagaimana DAP Menjadikan Kaum Melayu Kelas 2

Image
Tergambarkan sangat staregi DAP mahu memecahkan undi melayu di Semenajung, melalui saf kepimpinan Pakatan Harapan. Dap hanya akan menjadi kingmaker, apabila melayu berpecah pada PRU-14. Kalau melihat kerusi yang dimenangi parti Umno, 88 kerusi dan Pas 21, ertinya kawasan majoriti melayu adalah 109 tidak termasuk di Sarawak, dan kalau mengambilkira kerusi kaum melayu dimenangi PKR, 8, maka kawasan majoriti melayu secara kseluruhan 117, maknanya, kalau ditilik-tilik, kaum melayu boleh membentuk kerajaan Persekutuan secara bersendirian. Berasaskan kepada fakta itulah, DAP kalau mahu menjadi tulang belakang parti yang mmbentuk kerajaan Persekutuan, perlu memecahkan undi kaum melayu sekurang-kurangnya menjadi dua kelompok, iaitu kelompok Bn (Umno) dan (PPBM, Amanah dan PKR serta Pas). DAP yakin, akan menang 54 kerusi Parlimen kawasan cina dan kawasan campuran (jika undi kaum melayu benar-benar pecah). Membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah hanya memerlukan 112, ertinya DA

Hancurnya Kapal Harapan Palsu

Image
Karma, mengejar Tun Dr Mahathir. Kerana karma itu, maka penyebab Pakatan Harapan tenggelam. Destinasi yang diimpikan PKR dan DAP adalah Putrajaya, namun kerana berkawan dengan Tun Dr Mahathir, maka impian dua parti itu, pudar dan sirna. Pada PRU-14, DAP tidak bakal menang 38 kerusi parlimen lagi, demikian juga PKR tidak bakal menang 30 kerusi lagi, mungkin berulang PRU-2004, PKR bernasib baik menang satu kerusi di Parlimen Permatang Pauh. Parti Amanah, janganlah bermimpi, mampu menang, kerana tiada isyarat langsung bahawa penyokong parti Pas akan mengundi calon-calon Amanah. DAP dan PKR kena ingat, kemenangan banyak kerusi pada PRU-12 dan 13, kerana sumbangan ahli dan penyokong PAS. Dua parti itu, tidak akan mendapat undi, seperti masa bersama parti Pas, sebabnya, kawan barunya, PPBM dan Amanah, hanya parti melukut ditepi gantang. Tidak keterlaluan, pada PRU-14, DAP maksima akan menang 28 kerusi,  PKR di bawah 10, manakala PPBM  dan Amanah kosong. PRU-14

Apa sebenarnya disebalik 1MDB ?

Image
Menerusi pilihan raya, parti yang mendapat majoriti kerusi, maka parti itulah yang membentuk kerajaan. Sokongan terhadap parti juga bergantung kepada para pemimpin dan ahli parti. Tidak dapat dinafikan, dalam sesebuah parti, terdapat pemimpin yang terpalit dengan imej buruk, selain tindakan pemimpin juga pihak-pihak yang ada hubungkait dengan mereka. Kini, Dato Seri Najib Razak terpalit dengan isu 1MDB, syarikat yang diilhamkan beliau semasa masih Timbalan Perdana Menteri. Kalau diteliti betul, syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu, tidak merugikan negara apatah lagi rakyatnya, kerana obligasi kerajaan terhadap syarikat itu adalah melalui dana RM1juta semasa menubuhkan syarikat tersebut. Modus operandi syarikat itu mendapatkan modal perniagaan adalah melalui pinjaman dan penerbitan bon. Seperti yang tular kini, kebocoran berlaku, apabila menerusi penerbitan bon, “perantara” dalam rangka penerbitan bon, mendapat manfaat kewangan. Terbitan bon 1MDB yang