Posts

Showing posts from August, 2017

PRU14 : BN Sabah - Kawasan KDM dan Cina - Kaedah Apa Yang Digunapakai ?

Image
Jika berpaksi pada keputusan PRU-13, BN Sabah perlu lebih tiga penjuru di kawasan-kawasan KDM untuk menjamin kemenangan, sementara bagi kawasan majoriti cina, untuk sementara tiada kaedah yang boleh digunapakai. 2.  Pertembungan lebih tiga penjuru, melalui perpecahan undi yang merata antara parti-parti pembangkang boleh membawa kemenangan kepada calon-calon Bn di kawasan KDM. 3.  Contoh paling ketara bagai mana calon Bn pada PRU-13 lalu boleh menang menerusi pertembungan lebih tiga penjuru berlaku di DUN Kiulu, Kundasang, Paginatan,  Tambunan, Liawan, Kemabong dan Nabawan. 4.  Di lain pihak, pertembungan berbagai penjuru juga boleh menyebabkan kekalahan seperti mana berlaku di DUN Matunggong,  Kedamaian, Tamparuli, Inanam, Api-Api,  Klias dan Bingkor pada PRU-13 lalu. 5.  Melihat kepada kebarangkalian kemenangan atau kekalahan calon-calon Bn Sabah menerusi pertembungan berbagai penjuru nampaknya seimbang. Maknanya, pertembungan berbagai penjuru boleh membawa kemenangan ak

Undi Popular Vs Jumlah Kerusi

Image
Sistem demokrasi negara ditentukan oleh jumlah kerusi parlimen ataupun dewan undangan negeri. 2. Jumlah kerusi ditentukan oleh persempadanan. Persempadanan boleh bersandarkan keluasan ataupun jumlah penduduk. 3. Persempadanan parlimen atau dewan undangan negeri di negara ini, dapat dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kawasan bandar dan luar bandar. 4. Kawasan bandar ditandai dengan jumlah yang pengundi yang cukup ramai tetapi kawasan persempadanan yang sempit, manakala kawasan luar bandar, ditandai jumlah pengundi yang sedikit tetapi kawasan yang luas. 5. Berasaskan taburan undi, 60 peratus pengundi berdaftar di kawasan bandar, manakala bakinya di kawasan luar bandar. 6. Dua pilihan raya lalu, majoriti pengundi bandar memilih parti yang membangkang barisan nasional, manakala kawasan luar bandar memilih parti Barisan Nasional. 7. Walaupun pengundi bandar merupakan 60% daripada pengundi, namun daripada segi jumlah kerusi, hanya mewakili 45 peratus daripada jumlah kerus

PRU14 : Kepada BN, Jangan Hitung Anak Ayam Sebelum Telur Menetas

Image
Bermula tahun 1987 apabila berlaku krisis Umno, maka pembangkang mendapat undi kaum melayu, walaupun undi itu tidak sampai menumbangkan kerajaan Persekutuan yang ditunjangi Umno. 2. Akibat krisis Umno tahun 1987, maka Negeri Kelantan jatuh ke tangan Pas pada PRU 1990, manakala di Sabah, hampir semua kawasan Parlimen dimenangi parti PBS yang juga parti pembangkang. 3. Akibat krisis Umno pada Tahun 1998 dan mata lebam, maka pada PRU1999, Terengganu jatuh ke tangan Pas selain mempertahankan Negeri Kelantan, namun Kerajaan Persekutuan masih ditunjangi parti Umno, kerana pada PRU itu, kaum cina dan india masih menyokong parti BN. 4. PRU2008, kerana krisis dalam UMNO, maka undi kaum melayu berpindah ke parti Pembangkang, akibatnya, Negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak ditawan pembangkang selain mempertahankan Kelantan. 5. Walaupun pada PRU13 tiada krisis, namun impak krisis tahun 2008 belum reda, parti BN walaupun masih menang dan dapat menawan Kedah, akan tetapi jumlah

Mengapa Ada Individu Tidak Menghormati Hari Kebangsaaan ?

Image
Di laman sosial, terdapatnya individu-individu selain tidak menghormati HARI KEBANGSAAN , malah mereka mempersoal sambutan itu, dan mendakwa sesiapa yang terlibat menyambut HARI KEBANGSAAN pada 31 Ogos, merupakan KUDA TUNGGANGAN MALAYA. 2.  Sungguh malang sekali, mereka yang mempersoalkan sambutan itu adalah mereka yang dilahirkan sebelum Pembentukan Persekutuan Malaysia, dalam tempoh masa lebih sedekad, tidakpun terdengar rungutan daripada kumpulan itu, namun selepas menyertai parti tempatan yang membawa MISI Sabah for Sabahan, maka timbullah tindakan mempersoalkan HARI KEBANGSAAN. 3.  Menerusi tindakan para individu penggiat di laman sosial, menggambarkan bahawa parti tempatan yang membawa misi Sabah for Sabahan mempunyai matlamat tersirat sebagai anti Persekutuan, kalau hasrat itu bukan merupakan misi parti itu, tidak lah sampai ada individu-individu penyokong parti itu, tanpa berselindung mempersoalkan sambutan Hari Kebangsaan. 4.  Kalau ditelusuri sejarah, bulan Ogos  j

Persidangan Bahagian Umno Sudah Berlabuh Kini Menunggu Lampu Hijau PRU14

Image
Sebanyak 191 Bahagian Umno seluruh negara sudah selesai bersidang, dan penutup persidangan itu adalah Bahagian Pekan pada Ahad 27 Ogos yang diketuai Perdana Menteri yang juga Presiden parti. 2. Apa yang boleh disimpulkan daripada Mesyuarat Bahagian, bahawa setiap ahli, pemimpin dan penyokong seia sekata, bergerak sebagai satu pasukan kukuh, bagi berdepan sebarang keumgkinan termasuk PRU-14. 3. Presiden sendiri menzahirkan kepuashatian beliau, berkaitan perjalanan mesyuarat bahagian, dan menerusi mesyuarat itu tergambar atau tercermin, bahawa semua ahli, pemimpin dan penyokong dalam “good mood”. 4. Umno adalah sebuah parti terbesar dalam negara. Parti itu mempunyai lebih 3.5juta ahli seluruh negara. Jumlah keahlian itu merupakan 24 peratus daripada jumlah pengundi negara. 5. Mengikut data SPR jumlah pengundi seluruh Malaysia berjumlah 14.513,463 untuk suku pertama tahun 2017, dan jika PRU-14 diadakan bermula daripada sekarang, jumlah pengundilah yang menentukan, parti mana

Rakyat Sabah Kena Berpijak Di Bumi Nyata

Image
Sebarang keputusan rasional, dihubungkan dengan fakta nyata, sebaliknya percaya kepada sesuatu yang belum pasti, merupakan keputusan membabi buta . 2.  Cuba amati keputusan kerajaan apabila melaksanakan rasionalisasi subsidi dan pelaksanaan GST . Berasaskan tindakan nyata itu, ekonomi negara terselamat, malah dapat melonjakkan pertumbuhan negara dan meningkatkan jumlah devisa negara. 3.  Apa yang pasti, apabila negara mempunyai kewangan, maka pembangunan akan berterusan. Pembangunan yang beterusan akan mempergiat aktiviti ekonomi. Ekonomi yang rancak memberi peluang kepada rakyat yang tekun menambah pendapatan. Dukacita bagi mereka yang malas, kerana kerajaan tidak dapat membantu. Mereka yang termasuk kategori malas inilah yang diselimuti hati busuk dan membuat berbagai dakwaan kepada kerajaan. 4.  Meskipun terdapatnya rakyat yang malas, dan tidak memanfaatkan pertumbuhan ekonomi, yang menyebabkan mereka terbeban kerana berlakunya kenaikkan harga barangan atau perkhidmatan s

Pembalakan Terpilih (Heli Logging) - Junz Wong Berdolak Dalik !!

Image
Memang pada Tahun 2004, pembalakan terpilih ( heli logging ) bagi kawasan tertentu yang dikenal pasti untuk dijadikan kawasan simpanan kekal hutan Sabah telah dibenarkan. Tujuan kepada kaedah itu, adalah untuk menampung kos pemuliharaan hutan yang dicadangkan kerajaan negeri. 2.  Oleh kerana harga kayu kayan merundum, kerana tindakan negara-negara pengimport yang berkempen melarang pengimportan kayu tropika, maka kaedah pembalakan terpilih itu dihentikan oleh syarikat yang telah diberikan kebenaran, atas sebab operasi itu tidak menguntungkan. 3.  Memang kaedah pembalakan terpilih merupakan kaedah untuk mencegah kerosakan hutan, kerana jalan-jalan balak tidak perlu dibina, cukup membina tempat pendaratan heli dan kawasan “log pond”. 4.  Menerusi pembalakan terpilih selain mudah untuk dipantau, juga menghalang kegiatan mencuri balak. 5.  Kerajaan negeri sebenarnya tidak mengeluarkan lesen pembalakan baru bermula tahun 2006. Pembalakan yang ada pada masa kini, adalah konsesi y

Di Mana Kekuatan UMNO yang sebenar ?

Image
Kekuatan parti Umno bukan seperti dalam Filem P. Ramlee, Nujum Pak Belalang, di mana dalam filem itu, satu teka teki yang bertanyakan di mana kekuatan “ TUAH ”. 2.  Kekuatan UMNO sehinggakan parti itu relevan sehingga kini, kesatuan dan bergerak sebagai satu pasukan di semua peringkat , baik di peringkat pemimpin sehinggakan ke peringkat akar umbi. 3.  Memang berlaku, cah keting dalam parti, namun keadaan itu mudah diatasi, kerana tarbiah ahli parti yang mengutamaka kebersamaan dan kesatuan. 4.  Amalan ahli parti yang berkiblat pada parti, dengan motto pemimpin hilang berganti, terlihat bagai mana ahli parti sentiasa setia kepada puncuk pimpinan semasa parti. 5.  Tindakan para mantan pemimpin parti yang melawan parti, tidak akan ke mana-mana, kerana mereka itu tidak akan disertai akar umbi parti. 6.  Kini terlihat sangat, bahawa tindakan para mantan pemimpin parti yang menyertai kubu pembangkang, hanya disokong oleh penyokong pembangkang, yang sememangpun pembangkang

Donald Trump Jemput Najib Ke Rumah Putih - Lobi Mahathir Musnah

Image
Sumbangan  wang kepada kempen Hillary Clinton yang dikatakan sebesar AS5 juta, dan sebagai balasan kepada sumbangan itu, maka DOJ Amerika yang diketuai oleh penyokong parti Demokrat menyediakan kertas pendakwaan sivil berkaitan 1MDB. 2.  Melalui kertas dakwaan sivil itu, diseneraikan pelbagai macam harta, kononnya dibeli menggunakan wang 1MDB. Pada masa yang sama syarikat milik Kementerian Kewangan Malaysia itu menafikan ada membeli harta-harta sedemikian, atau kehilangan wang berjumlah seperti mana harga pembelian harta-harta yang disenaraikan dalam kertas DOJ itu. 3.  Oleh kerana 1MDB tidak mempunyai kaitan dengan harta yang disenaraikan, maka ancaman DOJ untuk menyita harta-harta itu, tidak mendapat reaksi sedikit pun daripada syarikat gergasi itu, kerana tidak patut pun memberi reaksi, kerana tidak mempunyai sebarang kepentingan. 4.  Dengan menggunakan kata-kata kasar, lantaklah DOJ.  5.  Sudah lebih setahun kertas Saman sivil DOJ itu berlegar-legar, tiadapun tindakan s

Hujah Zainnal Taraf Warung Kopi

Image
Membaca posting Zainnal Ajamain di facebook, merupakan hujah kedai kopi yang kerap dicakapkan di kedai kopi, yang tidak jelas mana pokok dan mana pangkal. Zainnal cuba menafikan, bahawa kejadian banjir di negara ini, bukan hanya berlaku sekali, akan tetapi setiap tahun, di kawasan-kawasan yang kerap di landa banjir. Banjir yang melanda kawasan Kota Kinabalu, khususnya Daerah Penampang, sudah berlaku sejak dahulu lagi, sebab itu, pembinaan mitigasi banjir di Teluk Likas di bina, kononnya, boleh menyelesaikan bnjir. Apa yang pasti selepas pembinaan mitigasi banjir itu, banjir yang melanda tetap sama, tidakpun berkurang. Manusia hanya boleh merancang,  akan tetapi kuasa Tuhan tidak akan mampu dilawan. Kejadian banjir di kawasan Penampang dan Kota Kinabalu dan daerah-daerah lain berlaku, apabila hujan yang turun melebihi kapasiti peparitan, selain diiringi air pasang. Apabila jumlah hujan yang abnormal dan diserati air pasang, maka itu namanya fenomena alam, dan pada keadaan

LAWAK - Pembangkang Baru Bangun dari Tidur

Image
Media online yang membawa cerita pemimpin pembangkang, rupanya baru terbangun daripada tidur, kerana langsung tidak mengetahui, bahawa setiap DUN atau Parlimen mempunyai peruntukan khusus tiap tiap tahun, iaitu RM1juta untuk DUN dan RM2juta untuk Parlimen. 2.  Selepas sahaja sesesuatu pilihan raya, maka bermulalah peruntukan disalurkan. Khusus untuk tahun 2017, peruntukan untuk setiap DUN telah dinaikkan kepada RM2juta, termasuk didalamnya RM300ribu sebagai program sentuhan kasih wakil rakyat. 3.  Peruntukan kerajaan bagi setiap dun selama sepenggal bermula pada Mei 2013 sehingga Mei 2017 sebanyak RM4 juta, dan apabila dicampur dengan peruntukan tahun 2017 seluruhnya berjumlah RM6juta. Manakala peruntukan untuk parlimen bermula daripada Mei 2013 sehingga kini berjumlah RM10 juta. Untuk makluman pengguna facebook palsu itu dan yang baru terbangun daripada tidur mati, bahawa sejak Mei 2013, peruntukan bagi setiap parlimen dan DUN telah mencapai RM16juta. Peruntukan itu, tidak t

Demi Sabah Untuk Malaysia !

Image
Hari Malaysia yang ke 54 akan disambut bulan depan, tepatnya pada 16 September 2017. Dalam usia yang demikian, seharusnya rakyat Sabah yang berkesempatan mengharungi kemerdekaan selama tempoh masa itu, sudah tertanam semangat Demi Sabah Untuk Malaysia. 2.  Rakyat Sabah sepatutnya sudah meninggalkan pemikiran lama yang ditanam oleh petualang-putalang negeri ini yang berkiblat kepada Sabah for Sabahan, dan Sabahan untuk Sabah dan seharusnya terbang tinggi berbicara di luar kepompong, demi Sabah untuk Malaysia. 3.   Rakyat Sabah tidak harus lagi berenang di kolam sendiri, tetapi harus melebarkan sayap di kolam yang lebih besar.  Pandangan jauh inilah yang tersemat dalam sanubari Allahyarham Tun Mustapha Datu Harun, semasa Bapa Kemerdekaan Sabah itu menjemput parti Umno masuk ke Sabah pada tahun 1990 . 4.  Rakyat Sabah perlu mengambil iltizam, bahawa kemasukkan Umno ke Sabah, telah membuka ruang kepada rakyat negeri ini untuk berbicara di peringkat nasional, sebagai contoh, julun

Bagi UMNO - Tiada Istilah Gula-Gula Politik

Image
Peruntukan kewangan bagi  sesebuah parti, tidak akan datang bergolek begitu sahaja, dan selain itu, tiada masa yang ditetapkan, bila masa wang peruntukan seumpama itu boleh tersedia untuk diagihkan. 2.  Bila-bila masa, kemampuan kewangan parti tersedia, maka akan disalurkan kepada bahagian parti yang memerlukan, seperti mana peruntukan untuk 4 Bahagian Umno  berjumlah RM8juta yang diumumkan Ketua Menteri Sabah, semasa merasmikan Mesyuarat Umno Zon 4 bagi mewakili Perdana Menteri. 3.  Bagi mereka yang bukan ahli atau pemimpin UMNO,  Ketua Bahagian Umno, adalah penyelaras kawasan Parlimen bagi setiap kawasan; maknanya, meliputi semua kawasan DUN di parlimen berkenaan. 4.  Dakwaan, pihak pembangkang, khususnya pemimpin DAP Encik Lasimbang, kononnya DUN Nabawan tidak tersenarai, hanya dakwaan beliau, kerana peruntukan RM2 juta bagi aktiviti politik di salurkan kepada Ketua Bahagian Umno Pensiangan, di mana DUN Nabawan termasuk dalam Parlimen tersebut. 5.  Peruntukan Kerajaan ti

Mengapa Pilih Fitnah dan Cerita Bohong?

Image
Pemimpin politik khususnya pembangkang, percaya sangat kepada cerita fitnah dan bohong, kerana ada juga rakyat yang suka dan menerima cerita seumpama itu. 2.  Sebab utama, mengapa ada rakyat suka cerita fitnah dan bohong, kerana kadar pembacaan rakyat negara ini cukup rendah. Dengan rendahnya pembacaan itu, maka mereka kurang maklumat dan pengetahuan, sebab itu apabila mendengar cerita sensasi mereka percaya dan menerima tanpa usul periksa. 3.  Kalau diamati dimedia sosial, bukan sedikit pengguna termasuk mereka yang berjawatan baik dalam sektor kerajaan mahupun swasta berkongsi maklumat salah dan maklumat berunsur fitnah. 4.  Kadar membaca bagi rakyat Sabah cukup rendah. Fenomena itu bukan sahaja berlaku di kalangan rakyat biasa, akan tetapi termasuk juga pemimpin. Selama 4 tahun, penulis mengamati dan mengumpul data, terbukti daripada 10 orang rakyat Sabah dewasa, hanya 2 orang didapati suka membaca. 5.  Mungkin atas sebab, rakyat Sabah tidak suka membaca, maka ramai penul

SAMPAI BILA HENDAK MENIPU RAKYAT ???

Image
PEMBANGKANG menggunapakai peribahasa arab "dia yang menumbuk tetapi dia pula yang menangis" . Demikian juga sandiwara Nothing To Hide 2.0 yang dijadikan tempat untuk menghina Tun Dr. Mahathir dengan membaling kasut dan selipar, semata-mata satu strategi mendapat simpati dan sokongan. Kaedah serupa juga digunakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim semasa pengundian pada PRU-13 yang kononnya BN membawa masuk 40,000 Bangladesh untuk mengundi. Berasas kan kepada itu, maka Anwar meminta semua penyokong pembangkang keluar mengundi secara full force untuk mengimbangi pengundi Bangla itu. Rakyat kena faham semua di sebalik rancangan pembangkang, kerana setiap rancangan mereka mempunyai muslihat politik. Dakwaan-dakwaan seperti harta Sabah dan Sarawak di bolot oleh pemimpin Semananjung adalah dakwaan perang songsang untuk menarik rakyat Sabah dan Sarawak marah, sedangkan dakwaan itu merupakan fitnah dan bohong. Cuba tanya diri sendiri, bagaimana orang lain boleh meng

Mudahnya Kerja Jadi Pembangkang di Malaysia

Image
K erja pembangkang sungguh mudah. Bangun sahaja, capai telepon bimbit, buat dakwaan, fitnah atau bohong atau putar belit. 2.  Pembangkang tidak terhad masa. Masa mereka hanya dihabiskan dengan satu tujuan- buat dakwaan terhadap kerajaan. 3.  Bagi pemimpin kerajaan pula, bangun sahaja, kena lihat atur cara. Kalau jadual hanya mesyuarat di pejabat, agak tidak berat, tetapi jika jadual perlu turun padang, maka tiga jam sebelum acara, sudah bertolak ke lokasi. 4 .  Rakyat kena faham perbedaan tata kerja pembangkang dengan kerajaan. Tata kerja pembangkang, tiada agenda tersusun. Mereka hanya membaca laporan apa yang dibuat oleh pemimpin kerajaan, kemudian putar belit laporan itu. Manakala pemimpin kerajaan pula, perlu sentiasa berfikir dan meracang yang terbaik untuk rakyat dan negeri sesuai dengan kapasiti masing-masing, sesuai dengan bajet yang diperuntukan. 5 .  Pembangkang, dalam bertindak, kadang kala melebihi kuasa Tuhan, apabila boleh menuding jari dengan mudah kepada p

Banjir & Act Of God telah Merungkainya

Image
1.  Kelemahan pembangunan yang dibuat manusia, sangat mudah untuk dirungkai, apabila “the act of god”   telah mendedahkannya. 2.  Sistem perpartian yang dibina berasaskan piawaian yang direkomendasi juru perunding bertauliah, dan kononnya, apabila siap pembinaan itu, maka dapat mengatasi musibah banjir. 3.  Satu perkara yang dilupakan oleh juru perunding itu, membina sesuatu di atas bumi yang menghalang semulajadi aliran air, secanggih manapun binaan itu, tidak akan mampu  menghindar bencana alam yang hendak diatasi. 4.  Banjir kilat yang melanda beberapa tempat hujung minggu lalu, termasuk ibu negeri, malah di Kota Belud yang hampir meranapkan kawasan Jelapang Padi, menunjukkan bahawa infra yang dibina untuk mengatasi banjir, tidak cukup canggih menghalang kejadian banjir. 5.  Rekomendasi juru perunding yang mengaku pakar kejuruteraan, dengan mudah diketahui, bahawa mereka itu bukanlah juru perunding yang mahir, atau dengan kata lain indah khabar daripada rupa , berhubunga

Rendahnya Jati Diri Penyokong Pembangkang - Anjing Mati pun Salahkan Pemimpin Kerajaan

Image
gambar sekadar hiasan P ara penyokong pembangkang, khususnya yang menggunakan media sosial bukan sahaja merendahkan-rendahkan status mereka sebagai manusia yang dikurniakan akal oleh Tuhan untuk berfikir, akan tetapi telah menjadikan diri mereka manusia-manusia pariah. 2.  Oleh kerana status mereka sudah menjadi manusia-manusia pariah, anjing mati di tengah jalanpun kerana terlanggar kereta, menyalahkan pemimpin. 3.  Demikian juga, parit tersumbat yang dilakukan penduduk, yang menyumbang kepada perluapan air hujan, sehingga menyebabkan banjir, termasuk isu yang mereka gunakan menyalahkan pemimpin. 4.  Hujan turun lebat melebihi kelebatan biasa; disertai air pasang, sehinggakan menyebabkan banjir, turut dikaitkan dengan pemimpin. Maknanya, mereka itu menyamai kuasa Tuhan, kerana dapat menuding jari peyebab banjir. 5.  1000 Dato Seri Najib Razak , 1000 Datuk Musa Aman, atau 1000 Datuk Salleh Tun Said atau 1000 pemimpin lain, tiada kuasa sebesar kuman pun boleh menghala

Impak sebenar Shafie terhadap BN Sabah

Image
1.  Menganalisa politik Sabah tidak mudah.  Mereka yang tidak mahir berkaitan politik Sabah, cenderung membuat kesimpulan salah. 2.  Tahun 2012, Merdeka Center telah membuat kajian berkaitan politik Sabah, khususnya kedudukan Datuk Seri Musa Aman. Terbukti, semua kesimpulan pusat itu ke laut, apabila tidak terbukti pada PRU-13 lalu. 3.  Pada kali ini, pusat yang sama juga membuat kajian. Hasil kajian itulah diguna pakai wartawan “ freemalaysiatoday ” menerbitkan artikel pada  2 Ogos dengan tajuk “ Shafie might be key to breaking Umno”s stranglehold on Sabah”. 4.  Memang Datuk Sahfie telah menjadi pemimpin Umno selepas Dato Sakaran Dandai (kini Tun) dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Sabah selepas Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba. 5.  Shafie dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno Sabah, dan kemudiannya sebagai Setiausaha politik kepada Ketua Menteri ( semasa Datuk Sakaran Ketua Menteri). 6.  Tahun 1995, Shafie dicalonkan di Parlimen Semporna mewakili parti Um

PATI - Siapa sebenarnya Pengkhianat?

Image
1.  Walaupun pahit, akan tetapi perlu diakui, bahawa pengkhianat sebenar berkaitan kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (  PATI  ) ke Sabah atau negara ini, didalangi para majikan dalam sektor perladangan, pembinaan, perkhidmatan dan sektor perikanan. 2.  Majikan lebih gemar memperkerjakan PATI, untuk mengaut keuntungan maksima, kerana tidak perlu membayar sumbangan KWSP, SOSCO, Insuran, malah dapat mengekspoiltasi PATI. 3.  Dakwaan pembangkang, kononnya kedatangan PATI khususnya daripada Filipina, kerana status Sabah dalam Perlembagaan negara itu, adalah dakwaan sampah, kerana punca kedatangan PATI daripada negara jiran itu, tiada unsur politik, akan tetapi semata-mata hanyalah berkaitan mencari punca pendapatan. 4.  Selain punca pendapatan, kedatangan mereka sudah dijamin daripada para majikan yang tidak bertanggungjawab, kerana lebih mengutamakan keuntungan berbanding cintakan negara. 5.  Dakwaan  JJ Loretto Padua Jr kononnya kedatangan PATI daripada Filipina, kerana Ma

Projek KKLW satu pakej Lengkap.... Benarkah ?

Image
Kenyataan Setiausaha Agung parti Warisan Sabah, JJ Loretto Padua Jr bagi membidas ucapan Datuk Seri Musa Aman semasa merasmikan Mesyuarat Bahagian Tuaran hujung minggu lalu, yang dilaporkan media online pro pembangkang, berkaitan tiang-tiang elektrik di Tongod, sebenarnya membawa pengertian bahawa projek-projek yang dikendalikan KKLW semasa Datuk Shafie Apdal menerajui Kementerian itu, tidak dilaksanakan sepenuhnya. Kerajaan negeri tahu, demikian juga kerajaan Persekutuan tahu, bahawa setiap Projek yang dilaksanakan KKLW merupakan SATU PAKEJ YANG LENGKAP .  Kalau berkaitan elektik, maka bukan sahaja menyediakan tiang-tiang, akan tetapi pendawaian juga sebahagian daripada pakej. Selain itu, sebelum tiang-tiang  didirikan berserta dengan pendawaian, projek itu wajib mendapat kelulusan daripada Lembaga Litrik sebagai penjana tenaga. Namun, apa yang berlaku, kebanyakkan projek yang dilaksanakan KKLW  semasa Shafie masih menteri, tidak dijalankan menurut perancangan Lem

JJ Loretto Padua Jr merepek lagi !

Image
JJ Loreeto Padua Jr, sebelum menyertai parti Warisan Sabah, terlebih dahulu menyertai PKR selepas kumpulan mereka dalam parti LDP kehilangan kedudukan, apabila kumpulan Datuk Teo Chee Kang mengambil alih. 2 .  Melihat kepada latar belakang  Setiausaha Agung parti Warisan itu, terlihat benar, bahawa dakwaan-dakwaan terhadap parti Barisan Nasional termasuk pemimpinnya khususnya Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman, merupakan dakwaan-dakwaan yang dibuat-buat, untuk maksud politik. 3.   Oleh kerana JJ Loretto Jr sudah merupakan sebahagian daripada pembangkang, maka pendekatan perlulah menggunapakai pendekatan pembangkang. 4.   Pendekatan pembangkang ada dua- pertama memfitnah dan berbohong untuk mendapatkan sokongan; jika fitnah dan bohong tidak berimpak, maka pendekatan kedua, mengelirukan rakyat. 5.   Tulisan Borneotoday.net bertarikh 31 Julai yang membawa tajuk “Under Musa”s Tenure, Sabah Listed as the poorest state by World Bank” hanya tajuk gimik, untuk menarik perhatian p