Posts

Showing posts from September, 2017

22 Tahun Tun Mahathir Tidak Sedar Nafi Hak Sabah dan Sarawak

Image
Memang pun Tun Dr Mahathir bukan Perdana Menteri semasa Akta Petrolium Negara digubal, tetapi beliaulah pelaksana utama kepada akta itu selama 22 Tahun plus sebagai Pengerusi dan penasihat Petronas. 2.  Cuba bayangkan, Sabah dan Sarawakpun tidak dibenarkan menubuhkan syarikat minyak sendiri dalam tempoh mantan Perdana Menteri itu berkuasa. 3.  Kini, Sabah ada Sabah Petrolium Bhd, dan Sarawak ada Petros. 4.  Selepas sahaja Tun Dr Mahathir berhenti daripada jawatan Perdana Menteri, maka Sarawak ada  Sarawak Corridor Renewable Energy ( SCORE ) , Sabah ada Sabah Development Corridor ( SDC )  yang bernilai berbilion ringgit, menyediakan ribuan peluang pekerjaan. 5.  Sabah dan Sarawak akhirnya mempunyai Lebuh Raya ( Lebuh Raya Pan Borneo ) yang bernilai lebih RM23bilion. 6.  Sekiranya Tun Mahathir masih berjawatan Perdana Menteri, tidak akan ada jambatan bertingkat di Sabah, tidak akan ada jambatan Sadong di Sarawak (Jambatan itu salah satu jambatan tercantik di Asia). 7. 

Royalti Minyak Sabah & Sarawak - Tun Dr Mahathir Salahkan Tun Razak

Image
Pada Ahad di Kuching, Sarawak, terbukti, bagaimana Tun Dr Mahathir menyalahkan orang lain, untuk menutup kelemahan dan tindakan beliau. 2.    Mantan Perdana Menteri itu memberitahu rakyat Sarawak, bukan beliau yang menafikan hak-hak Sarawak, sebaliknya Tun Razak dan anak Perdana Menteri ke-2 itu, DS Najib. 3.    Mantan Perdana Menteri itu, merujuk kepada Akta Petrolium negara yang ditubuhkan pada tahun 1974, semasa Tun Razak Perdana Menteri. 4.    Sebenarnya akta itu atas persetujuan kabinet, di mana seorang daripadanya adalah Tun Dr Mahathir sendiri. 5.    Semua rakyat tahu, pada Tahun 1976, Tun Dr Mahathir merupakan Timbalan Perdana Menteri dan lima tahun kemudian menjadi Perdana Menteri. 6.    Jikalah benar menurut beliau, bahawa hak Sarawak dinafikan melalui akta Petrolium Tahun 1974, semasa Tun Razak, mengapa selama 22 tahun, beliau tidak perbetulkan? 7.    Contoh bagai mana kuatnya kuasa Tun Dr Mahathir, pada Tahun 2000, beliau membatalkan royalti minyak kepada ke

Apa Impak Lawatan Tun Dr Mahathir ke Sarawak?

Image
Pada petang Ahad, 24 September  Tun Dr Mahathir dengan jet peribadi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) untuk satu cermah di kubu kuat DAP Parlimen Stampin. 2.  Mantan Perdana Menteri itu diapit Lim Kit Siang dan MP Stampin pada petang itu, didepan 2000 pendengar atau ada yang memberi angka 8,000; 10,000. 3.  Lokasi perjumpaan itu, memang kawasan perjumpaan tradisi bagi DAP atau pembangkang, kerana di tempat itu lokasi perjumpaan sejak sekian lama di bandar Kuching. 4.  Perjumpaan pada Ahad, sebenarnya lebih sedikit kehadirannya berbanding pada PRN Sarawak Tahun 2016, kerana pada masa lalu kehadiran rakyat melangkaui 30,000. 5.  Sarawak mempunyai 31 kawasan Parlimen.  Pada PRU-13, 25 kawasan terutama di luar bandar dikuasai parti Bn Sarawak, manakala 6 kawasan bandar dikuasai pembangkang, 5 daripada DAP dan 1 PKR.  Bandar Kuching (DAP), Stampin (DAP), Bandar Sibu (DAP), Lanang (DAP), Sarikei (DAP) Miri (PKR). 6.  Pada PRN 2016, daripada 82 DUN yang dip

Hak Sabah dan Sarawak : Apa Kata Tun Mahathir?

Image
Terlihat sangat bagaimana Tun Dr Mahathir menangkis dakwaan bahawa Hak Sabah dan Sarawak terhakis bukannya dizaman beliau atau Perdana Menteri Malaysia yang lain, melainkan semasa zaman Tun Razak Hussien dan Dato Seri Najib Razak. 2.  Menerusi satu perjumpaan di Kuching pada Ahad, sempena lawatan Mantan Perdana itu ke Sarawak sebagai pemimpin pembangkang, beliau memberitahu hadirin, bahawa hak Sabah dan Sarawak berkaitan minyak dan jarak lebar kawasan laut, dilaksanakan oleh bapa dan anak tersebut. 3.  Akta Petrolium negara Tahun 1974 yang membolehkan penubuhan syarikat minyak negara Petronas, yang mana menerusi akta itu, negeri-negeri pengeluar minyak dibayar 5% secara tunai daripada pengeluran kasar. 4.  Manakala Akta Wilayah Laut dirangka pada Tahun 2012, di mana akta itu menstipulasi, bahawa hak negeri hanya terhad 3 batu nautika daripada pantai, manakala Persekutuan 12 batu nautika. 5.  Apa yang tidak diberitahu oleh Mantan Perdana itu, bahawa selama 22 tahun pemerint

ADAKAH BN SABAH MASIH SIMPANAN TETAP BN ?

Image
Tajuk tulisan ini sedemikian rupa, sebagai reaksi terhadap gejolak yang melanda salah satu parti komponen Bn Sabah, iaitu parti PBS. 2.  Jika diambang PRU-13, tiga pemimpin Bn telah keluar daripada parti masing-masing, iaitu Datuk Lajim Ukin (Umno) dan Datuk Wilfred Bumburing  serta Datuk Maijol Mahap (UPKO).  Akibat tindakan mereka itu, maka 12 DUN dan 3 Parlimen dimenangi parti pembangkang. 3.  Menjelang PRU-14, 4 pemimpin Bn Sabah keluar daripada parti masing-masing, dua daripada Umno dan dua daripada PBS. Di pihak Umno, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Jaujan Sambakong, manakala di pihak PBS, mantan Setiausaha Agung parti itu- Datuk Henryenus Amin, dan Ketua Pemuda parti itu- Datuk Jack Nountin. 4.  Memang dipihak Bn, akan memberi komen, bahawa pemimpin hilang patah berganti, bagi menunjukkan bahawa, keluarnya pemimpin, semacam tidak berimpak kepada parti yang ditinggalkan. 5.  Jika mengambil iktibar kepada tindakan 3 pemimpin Bn yang keluar daripada parti masing-masing diam

Darell Ini Macam Nyanyuk

Image
Nak debat dengan Zahid? tidak perlu cabar-cabar, sebab MP Penampang itu, tiada larangan berdebat dengan Zahid di Parlimen. Darell bebas bercakap di Parlimen berkaitan RCI PATI Sabah. Untuk rekod, sejak Laporan RCI PATI Sabah diumumkan pada Disember 2014, TIADAPUN MP Penampang itu mempersoalkan kandungan laporan itu di Dewan Rakyat. Mengapa kalau bercakap dengan rakyat yang tidak terlibat berkaitan RCI itu, Darell menunjukkan kejagoan? Darell mempunyai peluang yang cukup luas jika dia mahu mengemukakan cara penyelesaian berkaitan PATI. Dia boleh membuat cadangan tanpa sekatan menerusi Parlimen atau Jawatan Kuasa Bertindak berkaitan Laporan RCI PATI yang ditubuhkan. Oleh kerana Darell tidak mempunyai idea atau cadangan, maka dia mahu menunjukkkan kejagoan di depan rakyat, tujuannya, hanya mahu mengelirukan rakyat untuk tujuan politik. Inilah masalah kepada pemimpin parti pembangkang termasuk Darell, mereka suka sangat berdolak dalik.  Mereka ini, sebenarnya, tidak mahu menden

RCI Kerugian Bank Negara - Menjawab Hipotesis Tun Mahathir Nyanyuk

Image
Meskipun Laporan Panel RCI Kerugian Bank Negara belum dimuktamadkan, apa yang pasti menerusi pendengaran RCI itu, hipotesis yang hendak dibuktikan sudah terjawab. Hipotesis yang perlu dijawab  itu adalah: Tun Dr Mahathir Nyanyuk. Cuba kita bertanya pada diri kita sendiri, apa yang diharapkan pada seseorang yang nyanyuk? Menerusi pendengaran RCI itu, di mana Tun Dr Mahathir merupakan saksi ke-2 terakhir,  telah menghasilkan satu #tag = TAK TAHU. Sebenarnya, #tag itulah yang dicari oleh RCI itu, kerana #tag itu mempunyai nilai politik yang amat tinggi. Dari segi apa kah #tag TAK TAHU bernilai tinggi dalam politik?  Begini ceritanya:- Tun Dr Mahathir merupakan PEMIMPIN UTAMA pembangkang masa ini, selain Dato Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Daripada tiga pemimpin itu, seorang sudah pasti berkedudukan nyanyuk.  Status nyanyuk dengan sendirinya menjawab, apapun tindakan mantan Perdana Menteri itu, TIADA NILAI lagi, kepada mereka yang masih rasional, kecuali pada mereka yang s

Penyakit Tun Dr Mahathir

Image
Penyakit Tun Dr Mahathir dalam melihat orang lain, bahawa setiap tindakan orang lain, adalah  melalui modus operandi  yang sama yang beliau lalui. 2.  Pada masa pemerintahan beliau, beliau gagal mendapat sumbangan daripada Raja Arab Saudi. Apabila DS Najib mendapat sumbangan, maka beliau tidak percaya, bahawa Perdana Menteri itu mampu mendapatkan sumbangan. 3.  Apabila pertumbuhan KDNK negara terus meningkat, apabila DS Najib mampu mengurangkan defisit bajet negara, apabila perdagangan negera mencecah trilion ringgit,  apabila perdagangan negara sentiasa surplus, mantan Perdana Menteri itu, tidak percaya. 4.  Dalam keadaan perekonomian negara yang melonjak naik, dalam keadaan positif, mantan PM itu mendakwa sebaliknya, kononnya negara bakal muflis, negara merupakan negara gagal. 5.  Apabila mantan Perdana Menteri itu bertemu George Bush Jr Di Hong Kong, menerusi pelobi, maka beliau percaya, DS Najib Razak boleh bertemu (jauh sekali dijemput) Presiden Amerika, adalah menerus

Sustainable forest management is the goal and objective of Sabah Government.

Image
Seems like the favourite pastime of the Malaysian opposition members is cherry picking. And Junz Wong of Party Warisan is one of the outstanding cherry pickers amongst the opposition representatives. Junz Wong is on it again in his recent attempt to discredit Yayasan Sabah timber business. He is cherry-picking the issue to tell only a fraction of the facts and leave the majority of the truth out. You see, Junz Wong was a typical simpleton when he was with DAP. Meaning, he never thinks properly and always acting on impulse. This has been proven correct from his previous fiasco on the made believe fake robbery case in KK Suria Shopping Center that saw him suspended from the State Assembly. Maybe after he frog-jumped to Party Warisan he has grown up somewhat and picked up some sneaky and sinister skills from his current political master and party leader that whatever is not good or beneficial to Party Warisan, kill it with lies and distorted facts. In the statement that Junz Wo

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Image
1.          I wish to take this opportunity to extend Malaysia Day greetings to Malaysians from all walks of life. We must take pride in the fact that Malaysia is today 54 years old. In a period of over half a century, we have come far and we have been successful in collectively contributing to our nation’s development and progress. As Malaysians, we are united and we have shown our ability to overcome challenges in order to chart new milestones. 2.         Malaysia is a resilient nation, and one that has not side tracked from its early aspirations to bring progress both to the country and more importantly, to its people. Even from the early days, the government has always placed emphasis on planning and then implementing what it has set out to do. We have continued with the Malaysia Plans, which are updated every five years in order to remain effective and relevant. The government in consultation with its various stakeholders also plans and implements programmes and policies that

Apa Status Sabah Pada Tahun 2050?

Image
Apabila  Wawasan 2020 dilancarkan pada Tahun 1990, Sabah masa itu, asyik dengan perjuangan Sabah for Sabahan, 20 Perkara, malah dengan slogan SABAHAN WILL SHOW THE WAY . Kini, apabila Transformasi Nasional ( TN50 ) mula dibicarakan, dan sedang dirintis, supaya pada Tahun 2020, dapat dilancarkan, ada sesetengah rakyat Sabah masih sibuk dengan Sabah for Sabahan, asyik dengan Batu Sumpah, asyik mempertikai tarikh 31 ogos dan 16 September, bingung tentang angka 60 dan 54. Apabila negara menjadi negara maju Pada Tahun 2020, Sabah terpaksa menunggu 5 tahun lagi, kerana menerusi Halatuju Sabah, negeri ini, akan menjadi negeri maju pada Tahun 2025. Kalaulah parti Barisan Nasional tidak memerintah Sabah, bermula Tahun 1994, besar kemungkinan, negeri ini, tidak akan menjadi negeri maju pada tahun seperti mana diharapkan melalui Halatuju Sabah Tahun 2025. Cuba lihat rekod kemiskinan  negeri Tahun 2009, masih berada pada kadar 19.7%, walaupun masa itu, parti Barisan Nasional telah meme

Lawatan Ke Rumah Putih, Pelaburan KWSP & Beli Pesawat Boeing

Image
Pihak pembangkang, sungguh asyik membuat berbagai dakwaan terhadap lawatan Perdana Menteri ke Rumah Putih (Atas jemputan Donald Trump), cadangan KWSP menambah pelaburan dan pembelian pesawat boeing oleh MAS. 2.  Pembangkang sama sekali, tidak mahu merujuk, bahawa sebaik sahaja Donald Trump menjadi Presiden Amerika, beliau telah menyenaraikan Malaysia, sebagai negara yang perlu disekat perdagangan, kerana negara itu mengalami defisit perdagangan dengan Malaysia. 3.  Amerika membeli produk Malaysia bernilai AS80bilion, manakala Malaysia hanya mengimport AS50bilion, makna kata, defisit bagi Amerika sebesar AS30bilion. 4.  Cuba bayangkan berapa  banyak syarikat dan pekerja Malaysia akan menjadi mangsa, jika Amerika mahu bahawa perdagangan antara ke buah negara perlulah seimbang, dengan erti kata, import-eksport. 5.  Perdana Menteri bertindak premtive, sebelum Amerika mengenakan sekatan perdagangan, maka beliau bertindak, membuat susualan berkaitan keputusan Syarikat Penerbangan

Beli Kapal Boeing, Pelaburan KWSP - Bukan Isu Baru

Image
Pembelian Kapal Boeing -  Pada Julai 2016, MAS telah menandatangi pembelian 50 Boeing 737 MAX Jets bernilai AS5.5bilion, demikian juga pada Ogos tahun ini, MAS bercadang membeli 30 pesawat samada Boeing 786 atau Airbus. Jika dihubungkan dengan pengumuman Perdana Menteri, semasa ucapan balas terhadap ucapan sambutan Presiden Donald Trump semasa pertemuan Perdana Menteri dengan Presiden Amerika itu, kenyataan berkaitan pembelian kapal oleh MAS, sebenarnya bukanlah isu baru, akan tetapi hanya tindakan susulan. -  Respon gila babi pembangkang, berkaitan kenyataan Perdana Menteri itu, menunjukkan, bahawa mereka tiada kepekaan apa yang berlaku dalam negara. Kemungkinan besar,buta matanya pembangkang, termasuk macai-macai mereka, kerana kesibukan mereka mencipta isu-isu atau cerita fitnah dan bohong. -  Mengapa MAS, membeli tambahan pesawat? Sebabnya, syarikat penerbangan negera itu telah berjaya melaksanakan penstrukturan semula. Adalah tindakan betul, sesebuah syarikat besar seper

5 pisau tajam yang "menikam " setiap jantung rakyat Sabah !

Image
Rakyat Sabah yang telah melalui pemerintahan Mahathir selama 22 tahun, pasti tidak akan mampu melupakan kesedihan dan kesusahan akibat tindakan mantan Perdana Menteri itu. Beliau memperkosa alam demokrasi kita, projek IC, penekanan pada kewangan negeri, penggiliran jawatan Ketua Menteri , semuanya itu memporak perandakan pentadbiran negeri, menyekat autonomi kita menyerupi 5 pisau tajam menikam setiap jantung rakyat Sabah. Adalah lebih menyakitkan jikalau kita membenarkan keadaan demikian berulang kali kedua. Semenjak dipecat daripada jawatan menteri, Shafie bergelomang dengan penafian. Dan tindakan sindrom penafian beliau menjadi-jadi apabila dipaksa keluar daripada Umno kerana terlibat menjatuhkan Perdana Menteri dan Presiden Parti walaupun beliau sedar isu-isu putar belit yang dibawa pembangkang dan mempunyai kuasa penuh dalam kementerian beliau untuk membawa pembangunan kepada Sabah. Bagi tujuan menjaga ego beliau sendiri dan untuk mengembalikan masa kegemilangan beliau, S

Isu sampah Di Semporna

Image
MDS Gagal memungut sampah yang terlonggok selama 3 hari di Jalan Pekan Baru Semporna. Benar isu sampah merupakan tugas kerajaan-kerajaan tempatan, iaitu Majlis Daerah. Majlis Daerah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Sampah bukannya disebabkan oleh Majlis Daerah, akan tetapi oleh penduduk yang tinggal di kawasan majlis daerah. Apa yang malang lagi, sampah juga kontribusi daripada penduduk yang melawat ke kawasan Majlis Daerah, khususnya daerah pekan. Mengapa sampah menjadi masalah besar Pekan Semporna? sebabnya, kawasan itu didiami rakyat yang kurang maju. Sebenarnya, sampah ada hubung kait dengan kemajuan rakyat. Semakin maju rakyat, maka masalah sampah dengan sendirinya berkurang. Demikian juga, semakin mundurnya rakyat, maka sampah akan menjadi masalah besar. Pegawai Daerah dan kaikitangan Majlis Daerah tidak akan dapat berbuat banyak, meskipun ribuan tong sampah disediakan, atau setiap saat, ada petugas membersihkan sampah, kerana jumlah pembuang sampah 100 kali ganda b

PRU 14: APA YANG DIPERJUANGKAN OLEH PARTI PARTI POLITIK DI SABAH ?

Image
Gabungan Sabah menuntut hak hak dan otonomi negeri Sabah. Warisan menuntut " ubah Sabah ." DAP, PKR dan lain lain parti serpihan mahu membela Sabah. Barisan Nasional memperjuang- kan kemajuan, pembangunan dan kesejahteraan negeri Sabah. Laungan Gabungan Sabah berpandukan kehilangan hak hak,  keistimewaan dan otonomi orang Sabah. Konon nya semua hak hak, keistimewaan dan otonomi sudah hilang. Warisan pula melaungankan Sabah mahu diubah. Kalau dikaji cara Gabungan Sabah dan Warisan berkempen, tidak terdapat banyak perbezaan. Kedua dua kumpulan ini mahu perubahan.  Mereka berjanji semua akan diubah. Namun, perubahan yang dimaksudkan hanyalah satu retorik: UBAH DARIPADA MISKIN KEPADA KAYA. UBAH DARIPADA DERITA KEPADA BAHAGIA. UBAH DARIPADA KEKOTORAN KEPADA KEBERSIHAN. KONON NYA MEREKA BOLEH MAIN SILAP MATA. BERI MEREKA KUASA LAMPU ALLADIN, SABAH AKAN JADI KAYA RAYA, PENUH KEBEBASAN DAN OTONOMI. KALAU DIZAMAN P.RAMLEE, MEREKA ADALAH GABUNGAN ANGAN A

PRU14 - Antara Isu dan Mengurus Pengundi

Image
Datuk Seri Musa Aman di Long Pasia suatu waktu dahulu Isu boleh dimainkan melalui ucapan pada sesuatu perjumpaan, melalui siaran akhbar, melalui muat naik di media alternatif atau kumpulan media sosial. Kaedah seumpama ini, hanya kaedah rambang dan tiada kepastian berkaitan keberkesanannya. 2.  Memang diakui menjelang PRU 2008 di negara ini, isu yang dimainkan media alternatif agak berkesan, namun selepas itu, isu yang dibawa  media itu tidak lah sekuat menjelang PRU 2008. 3.  Pilihan raya Singapura pada Tahun 2015, Pilihan Raya Sarawak Tahun 2016, Pilihan Raya Presiden Amerika pada Tahun 2016, serta pilihan Raya United Kingdom pada awal Tahun 2017, menunjukkan bahawa  isu yang di bawa  media alternatif kurang berimpak pada pilihan-pilihan raya tersebut. Mengapa? jika menurut analisa media termasuk media alternatif  pilihan raya Singapura, kedudukan People Action Party, parti yang memerintah Singapura sejak merdeka akan kehilangan banyak kerusi kepada People Workers Party- par

PRU14 : Apa di Sebalik Drama Parti Pas

Image
Ramai penganalisis politik tanah air, meramalkan bersendiriannya parti Pas dalam PRU-14 akan menguntung parti Bn. Berasaskan perkiraan itulah pemimpin Pakatan Harapan, menganggap bahawa parti Islam itu membantu parti Bn memenangi pilihan raya, sehinggakan mereka membuat kesimpulan mengundi Pas sebenarnya mengundi parti Bn. 2. Rekod pilihan raya di negara ini, khususnya di Semenanjung, sebarang pertembungan tiga penjuru atau lebih, keputusan berpihak pada parti Bn, mengapa? kerana pengundi Bn sedia ada lebih ramai berbanding dua parti yang melawannya. 3. Pakatan Harapan ( DAP-PKR-PPBM-PAN ) memang pada awalnya mahu agar pertembungan satu lawan satu antara parti Bn dan pembangkang, seperti mana berlaku pada PRU-13, namun keinginan itu tidak menjadi, ekoran pendirian parti Pas yang tidak boleh bekerjasama lagi dengan parti DAP, apatah lagi parti serpihan parti itu Amanah. 4. Berasaskan pendirian Pas itu, Pakatan Harapan mengambil langkah premtif, melalui mesyuarat Majlis Preside