Posts

Showing posts from October, 2017

PRU14 Sabah : SPRM Siasat Shafie, Maka Pembangkang Tumbangkan BN

Image
Ada penganalisis politik daripada UNIMAS mendakwa, kerana SPRM menyiasat Datuk Shafie Apdal  pada masa ini, maka parti pemimpin mantan Menteri KKLW itu bakal menumpaskan Bn Sabah. 2.  Terlalu gamblang pandangan itu, hanya kerana  “timing” siasatan, maka menjadi faktor yang signifikan kepada parti Warisan Sabah mendapat sokongan pengundi. 3.  Persoalan yang ditumbulkan, jika memang ada salahlaku, mengapa  siasatan tidak dijalankan semasa Datuk shafie masih bersama kerajaan. 4.  Apa yang tidak dijawab oleh penganalisis itu, bahawa SPRM adalah badan bebas, tidak mendapat arahan daripada mana-mana pihak berkaitan bila, mengapa agensi itu menjalankan siasatan. 5.  Menerusi kenyataan bahawa SPRM bertindak tidak sesuai dengan “timing” kerana PRU-14 diambang pintu, seolah-olah agensi itu dibawa kawalan pihak-pihak tertentu, sehinggakan boleh digunakan bagi tujuan politik. 6.  Dakwaan penganalisis itu adalah satu penghinaan kepada SPRM, kerana rupanya, agensi itu bertindak kerana d

Shafie Apdal is revealing his true color !

Image
After release from detention, Shafie Apdal wasted no time to meet his old friend and business partner, Datuk Joseph Ambrose Lee, the infamous, notorious, highflying, and once bankrupt Sabah stock speculator during the 90th who once was eyeing and trying to privatize Yayasan Sabah's assets to his listed company, NBT Bhd for a song. After the brief meeting with DJAL, Shafie uttered one statement, "how many companies do you think Musa Aman has?" When asked by reporters, Shafie did not comment further only to say that he will reveal more in Parliament because that is where his stage is, and he is claiming to do this for Sabah and to save Sabah for the people, etc.  He stressed that he will also reveal information about Musa Aman when he returns to Parliament in the next few days. Is this a threat? Or is this just an angry impulsive response from a suspect that was mad over the discovery of the corruption and embezzlement crime he was alleged and suspected to have in

Di sebalik Ancaman Shafie

Image
Datuk Shafie Apdal bagaikan lembu patah tanduk. Sebaik sahaja Presiden parti Warisan Sabah itu dibebaskan dengan ikat jamin daripada tahanan reman SPRM, beliau mengancam, akan membongkar rasuah pemimpin Umno Sabah khususnya Tan Sri Musa Aman di dewan rakyat minggu depan. 2.  Semalam semasa sidang akhbar pertama beliau sebaik dibebaskan, mengancam akan mendedahkan salah laku para pemimpin Umno Sabah. Namun pada sidang akhbar itu, beliau tidak membuat sebarang dakwaan, kecuali dalam bentuk pertanyaan “ Berapa syarikat Musa ada?”. 3.  Shafie dan Musa memang dianggap  bermusuhan sejak sekian lama, walaupun merupakan pemimpin parti yang sama sebelum Shafie meninggalkan Umno pada julai 2016. Tidak pasti apa kah punca permusuhan mereka itu.  4.  Shafie sejak tahun 1995 terus bertanding dalam pilihan raya, malah pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah. 5.  Kalau dikatakan Musa sebagai penghalang kepada kempimpinan  beliau, ianya tidak masuk akal, sebabnya Sh

Mengapa Shafie Bertindak Mengancam?

Image
Mengapa Datuk Shafie Apdal mahu mempergunakan imuniti parlimen untuk mengancam? Sebabnya, jika beliau membuat dakwaan fitnah dan bohong, pihak yang kena tuduhan tidak dapat menyaman. 2.  Tujuan Shafie mempergunakan parlimen hanya satu - mahu menimbulkan persepsi selain itu menjadi santapan surat khabar untuk membuat laporan gosip. 3.  Jika benar, bahawa Shafie akan membuat dakwaan fitnah dan bohong di parlimen, maka ianya menunjukkan bahawa integriti beliau boleh dipersoal, kerana hanya berlindung dibawah imuniti parlimen. 4.  Shafie pada masa ini masih dalam siasatan SPRM  berkaitan skandal dana RM7.5bilion KKLW yang mana tidak kurang RM1.5bilion daripada dana itu diselewengkan walaupun dibebaskan dengan ikat jamin. 5.  Shafie dikatakan punca mengapa projek-projek yang dikendalikan KKLW untuk luar bandar Sabah sejak tahun 2009 hingga 2015 tidak sampai kepada kelompok sasar. 6.  Projek-projek yang sepatutnya dilaksanakan di luar bandar Sabah berjumlah 350, 170 projek bekal

Bajet 2018 : Memang pun Bajet PRU14

Image
Apabila Dato Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2018 berjumlah RM280.25bilion meningkat RM19.45bilion berbanding Bajet 2017, dan peningkatan itu kerana pendekatan jangka pendek seperti bantuan kepada rakyat seperti petani, penoreh, pekebun, nelayan yang berjumlah RM6.5bilion, selain pembangunan kemudahan asas luar bandar bagi Sabah dan Sarawak, seperti pemasangan jalur lebar, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan jalan-jalan kampung. 2.  Meskipun Perdana Menteri sedar, bahawa kesan penganda atau impak kepada ekonomi negara bagi perbelanjaan yang diberikan kepada kumpulan sasar itu tidak sebesar mana, namun peruntukan seumpama itu menunjukkan bahawa Perdana Menteri begitu komited terhadap golongan sasar tersebut. 3.  Juga menerusi Bajet tersebut, Perdana Menteri masih mengakui, bahawa daripada 37 juta rakyat negara ini masih  masih ramai rakyat negara ini yang perlu dibela. 4.  Jika mengandaikan 7 juta penerima BR1M meliputi 14juta rakyat, makna kata 38% rakyat negara masi

Siasatan Dana KKLW- Shafie Bebas Atas Jaminan SPRM

Image
Bebas atas jaminan SPRM, makna kata, Shafie bila-bila masa boleh dipanggil untuk membantu siasatan. 2.  Apabila seseorang dibebaskan atas jaminan yang menyiasat, ertinya, orang itu adalah seseorang yang sangat penting dalam siasatan itu, atau dalam erti kata lain, seseorang itu adalah hero utama. 3.  Nampak gayanya, Shafie tidak akan tenang selagi siasatan terhadap dana RM7.5bilion KKLW tidak selesai. Pengakhir kepada siasatan itu, apabila ada yang dituduh di mahkamah. 4.  Shafie disiasat SPRM berkaitan dana RM7.5bilion KKLW yang dikatakan tidak kurang RM1.5bilion daripada dana itu telah diselewengkan. 5.  Sehingga kini, SPRM hanya dapat membekukan wang tunai RM180 juta tidak termasuk harta-harta lain seperti jam rolex, geran tanah, kereta mewah dan bag-bag wanita berjenama. 6.  Tidak mudah menjumpai  jumlah wang yang telah diselewengkan secara “hard cash” kerana projek-projek yang disiasat melimputi tempoh yang agak panjang, iaitu daripada tahun 2009-2015. Adalah pasti s

Kutip Derma : Datuk Shafie Buat Sejarah

Image
Tidak salah kutip derma, kerana penderma pun memberi tanpa paksaan. Namun, apabila berlaku pada seseorang yang bersifat “Santa claus” semasa jelajah parti Warisan Sabah, maka tindakan mengutip derma untuk menggambarkan TIADA wang, maka sesuatu yang ganjil. 2.  Semua individu yang ditahan reman yang berkait dengan skandal RM7.5bilion KKLW telah membayar wang ikat jamin berjumlah RM560ribu, tanpa masalah, namun apabila tiba giliran  “bos” tiada duit untuk membayar. 3.  Nampaknya satu gimik atau wayang cuba digambarkan, kerana dakwaan wang RM1.5bilion telah diselewengkan, cuba digambarkan sebagai dakwaan palsu dan fitnah, selain itu, cuba digambarkan juga, bahawa Datuk Shafie adalah mangsa politik. 4.  Motif kutipan derma itu, bukannya Shafie atau macai-macai beliau tiada wang, akan tetapi tindakan itu bermotifkan politik, iaitu mahu merai simpati. Mereka akan menilai sejauh mana simpati kepada Datuk Shafie, menerusi jumlah individu yang menderma, bukannya pada nilai derma itu, k

Skandal Dana RM7.5 bilion KKLW : Minta Derma Untuk Jamin - Hanya Gimik

Image
Siapa yang percaya Datuk Shafie Apdal memerlukan derma untuk ikat jamin? Aksi itu merupakan gimik, untuk menunjukkan Presiden parti Warisan Sabah itu tidak mempunyai wang. 2.  Mengapa hanya Shafie memerlukan derma? sedangkan macai-macai beliau yang terdahulu dijamin antara RM15ribu hingga RM100ribu, wang jaminan hanya perlu membuka bag. 3.  Jangan bermain sandiwara, sebab sandiwara anda seperti burung unta, sembunyikan kepala ke dalam pasir apabila takut, dan menyangka terselamat, kerana tidak melihat musuh, sedangkan badan besar terlondeh. 4.  Tidak diketahui apa kah meminta derma untuk membayar jaminan, atas permintaan Shafie atau hanya inisiatif penyokong belau untuk membuat gempak. 5.  Melihat profile Shafie, mungkin derma daripada orang ramai akan ada tetapi sedikit jumlahnya. Jangan pelik apabila akaun guaman Hamid & Co ada yang memasukkan ratusan ribu ringgit.  jika itu berlaku, syarikat guaman itu hanya berhujah, bahawa sumbangan itu daripada seseorang yang tidak

Skandal Dana RM7.5 bilion KKLW : Jelas dan Berfakta

Image
 Apa yang melucukan, dakwaan Aziz Jamman salah seorang yang ditahan reman SPRM berkaitan skandal dana itu, kononnya penahanan Shafie bermotifkan politik, di lain pihak pula adik Presiden Warisan Sabah Datuk Yusof Apdal yang juga ditahan reman berkaitan dana itu berkata sebaliknya. 2.  Aziz berhujah, dengan mengatakan Kementerian KKLW mendapat pengiktirafan daripada Perdana Menteri sebagai kementerian yang mencapai NKRA terbaik selama 3 tahun berturut-turut. Hujah itu cuba menggambarkan bahawa pengiktirafan Perdana Menteri tidak mempunyai nilai, sebabnya menteri yang menjaga kementerian itu, kini disiasat sebagai individu yang menyebabkan dana awam tidak kurang RM1.5bilion telah diselewengkan. 3.  Aziz tidak memberitahu, bahawa pengiktrafan Perdana Menteri itu, hanya bergantung kepada peratusan dana dan projek di bawah kementerian. Memang benar, peruntukan dan projek yang dilaksanakan seperti mana laporan di atas kertas telah mencapai 106%, bukannya 100%, makna kata, ada projek y

Siapa Kata Shafie Simbol Penyatuan ?

Image
Pengalaman politik Sabah, hanya parti Berjaya sebagai “single party” pernah menjadi penyatu semua kumpulan etnik Sabah, itupun hanya berlaku pada penggal kedua pemerintahan parti itu. 2.  Parti Berjaya semasa ditubuhkan, memang barisan pemimpin parti itu terdiri daripada semua kaum di Sabah termasuk kaum cina. 3.  Barisan kepeimpinan parti Berjaya itu dimodifikasi oleh parti PBS, apabila mengwujudkan tiga Timbalan Presiden, iaitu KDM, Bumiputera Islam dan Cina. Kerajaan yang ditubuhkan PBS juga menurut susunan kepimpinan parti itu. 4.  Apabila parti Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan Sabah, susunan kabinet negeri yang diperkenalkan PBS itu turut diikuti sehingga sekarang. 5.  Kini, dikatakan Datuk Shafie Apdal sebagai penyatu semua kaum di Sabah menerusi parti Warisan Sabah.  Oleh kerana MP Semporna itu menjadi simbol penyatu, maka kerajaan Bn terpaksa menggunakan SPRM untuk menghalang parti pimpinan mantan Menteri KKLW itu menumbangkan kerajaan Bn Sabah pada PRU-1

Pantai Timur Sabah Bukan Wilayah Shafie

Image
Bagi penganalisis politik yang kurang arif berkaitan politik Sabah, termasuk mereka yang bergelar profesor universiti awam yang tidak pernah bertugas atau bermastatutin di Sabah, mendakwa bahawa Shafie akan menguasai Pantai Timur Sabah, khususnya kawasan-kawasan parlimen di kawasan tersebut. 2.  Kawasan parlimen bagi Pantai Timur Sabah jika menurut wilayah Esszone/Esscom adalah Parlimen Kudat, Parlimen Libaran, Parlimen Sandakan, Parlimen Batu Sapi, Parlimen Beluran, Parlimen Silam, Parlimen Semporna dan Parlimen Tawau. 3.  Pada PRU-13 lalu, daripada 8 kawasan  tersebut, hanya Parlimen Sandakan dimenangi parti pembangkang, menerusi parti DAP. 4.  Diantara kawasan tersebut, hanya dua kawasan tidak diwakili parti Umno, iaitu kawasan Batu Sapi dan Tawau. Dua kawasan itu diwakili parti PBS, komponen BN Sabah. 5.  Di Parlimen Libaran, terletaknya ADUN Sungai Sibuga yang diwakili Pengerusi Perhubungan Umno Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah- Tan Sri Musa Aman. 6.  Juga pada PRU

Banjir Kota Belud : GLC Tidak Minat

Image
gambar sekadar hiasan Mungkin Banjir Kota Belud tidak mendokong promosi jenama syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sebab itu syarikat-syarikt itu bukan sahaja malu terlibat, akan tetapi tiada minat. 2.  Banjir yang melanda Kota Belud, sudah memakan masa seminggu. Akibat banjir itu, bukan sedikit rakyat yang menjadi mangsa malah jumlahnya melepasi angka 2000. Angka itu adalah mereka yang dipindahkan, namun mereka yang tidak mendapat arahan untuk berpindah, sebenarnya keadaan lebih teruk daripada mereka yang dipndahkan. Mengapa? cuba bayangkan ada kampung-kampung yang tidak mendapat bekalan elektrik selama 100jam, tiada bekalan air berhari-hari, malah ramai penduduk kehabisan stok makanan. 3.  Penulis terbaca pengguna facebook Hj Maljim Anjil  yang memuat naik status pada 20 Oktober “Sebenarnya org tidak dipindahkan itu juga MANGSA BANJIR. Air minum tiada. Nak beli barang kperluan jalan tersekat”. 4.  Memang banjir Kota Belud tidak mengorbankan nyawa, akan tetapi, kerosakan ha

SPRM Cari Bukti Di Rumah Shafie

Image
Presiden parti Warisan Sabah itu sudah pasti mengambil iktibar berkaitan rampasan wang oleh SPRM pada kes-kes terdahulu. Jika pada kali ini, agensi  itu mahu mencari bukti dalam bentuk wang tunai, tidak akan menjumpainya. 2.  Jika juga mahu mencari bukti-bukti dalam bentuk dokumen, tidak akan dapat menjumpainya, kerana awal-awal lagi, telah dilakukan ‘house clearance’. 3.  SPRM perlu fokus kepada forensik teknikal berkaitan pelaksanaaan projek bernilai RM7.5bilion, khususnya di lapangan. 4.  Mengapa SPRM perlu menumpukan pada siastan forensik, sebabnya semua projek yang dilaksanakan berbentuk “tangible”, maknanya dapat dibuktikan di lapangan, kecuali dana membeli makanan tambahan untuk pelajar-pelajar miskin. 5.  Bagi projek yang membabitkan jalan kampung, memang sukar disiasat, kerana kemugkinan jalan yang dibuat itu sudah berlumpur pada masa ini. Akan tetapi bagi projek-projek yang membabitkan bekalan air bersih dan elektrik masih boleh mendapatkan bukti-bukti. 6.  Dana

Hanya Darell Anggap Shafie Tokoh

Image
Darell Leiking daripada awal terlibat dengan parti pembangkang.  Beliau hanya  bersama Datuk Shafie Apdal pada oktober 2016, apabila bersama mantan Naib Presiden Umno itu menubuhkan parti Warisan Sabah.  2.  Oleh kerana shafie merupakan presiden parti yang mereka tubuhkan, maka Darell menganggap presiden beliau itu adalah tokoh. 3.  Ahli Umno lebih tahu siapa Shafie, dan tiada pemimpin atau ahli Umno menanggap Shafie seorang tokoh. Sebagai bukti, bahawa MP Semporna itu bukan tokoh, tiada pemimpin Umno menyertai beliau apabila meninggalkan Umno.  4.  Mereka yang menyertai Shafie, hanya macai beliau seperti Aziz Jamman, Jaujan Sambokong dan beberapa orang yang mendapat habuan projek semasa MP Semporna itu masih menteri KKLW. 5.  Shafie menjadi  calonUmno pada Tahun 1995 bagi Parlimen Semporna kerana ikhsan bapa saudara beliau Datuk Sakaran Dandai (kini Tun).  Shafie dipilih bertanding bagi kawasan itu untuk menggantikan bapa saudara beliau itu, kerana dilantik sebagai TYT Sab

Stop giving excuses, activist tells those against Shafie’s arrest

Image
PETALING JAYA : A political activist has taken to task lawyers and opposition legislators critical of Parti Warisan Sabah president Shafie Apdal’s arrest for “cherry picking” and misrepresenting the provisions of the law. Tzu P Wong said they should stop making “nonsensical excuses” for Shafie over the Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) investigation into alleged corruption linked to his tenure as rural and regional development minister. “As lawyers and lawmakers, you people should uphold the spirit of our laws, that is all men are equal under the law, including Shafie Apdal,” he said. Wong said Malaysia has specific criminal laws such as Section 28 of the Criminal Procedure Code which allows detention for investigation for up to 24 hours before a suspect is presented to a magistrate, who may grant an extension of the detention by up to seven days or release him on bail. “Although the burden of proof lies with the investigator and the benefit of doubt rests with t

Dana RM7.5Bilion KKLW: Akhirnya Shafie Kecundang

Image
Datuk Shafie Apdal mendakwa bahawa sisatan terhadap beliau berkaitan dana RM7.5bilion KKLW untuk luar bandar Sabah semasa beliau menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bermotifkan politik. Hujah Presiden parti Warisan Sabah itu, mengapa siastan dilakukan selepas beliau bukan ahli Umno dan selepas menjadi pembangkang. Berikutan dakwaan Shafie itu, salah seorang pemimpin pembangkang yang juga mantan pemimpin Umno Sabah- Datuk Lajim Ukin mempersoalkan kenyataan mantan Naib Presiden Umno tersebut. Menurut Lajim, mengapa beliau tidak disiasat SPRM, sedangkan beliau mantan Timbalan Menteri Perseekutuan, Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri pada Kerajaan Sabah. Menurut Lajim, SPRM tidak akan melakukan siasatan secara suka-suka, hanya bertujuan memalitkan imej buruk kepada individu, samada mereka itu pemimpin pembangkang atau bukan, jika memang tidak terdapat bukti-bukti atau fakta yang menjurus kepada rasuah atau penyelewengan dana awam. Pendedahan salah

Bergembira Kerana Ada Kuasa - Menangis Kerana Salahguna Kuasa

Image
Apabila hak orang lain dikebas, lambat laun sipelaku merasakan sendiri balasan atas perbuatannya.  2.  Tun Dr Mahathir memerintah selama 22 tahun, kemudiannya apa yang beliau dilakukan, beliau rasakan sendiri. Demikian juga pemimpin lain yang bertindak sama, merasakan sendiri impak kepada tindakan mereka itu. 3.  Isu yang sangat panas ketika ini, adalah siasatan SPRM terhadap dana RM7.5bilion KKLW untuk rakyat luar bandar Sabah. Dikatakan RM1.5bilion daripada dana itu diselewengkan. 4.  Sejak skandal itu mula didedahkan, ramai mnuding jari kepada menteri yang bertanggungjawab berkaitan dana itu, iaitu Datuk Shafie Apdal. 5.  Memang menjadi bualan umum, sejak Shafie menerajui KKLW ramai individu yang termasuk dalam inner circle beliau tiba-tiba jadi kaya raya. Demikian juga Shafie, daripada latar belakang sebagai pegawai kerajaan, tiba-tiba menjadi jutawan. 6.  Apa yang menjadi musykil sekarang, MP Semporna itu menjadi kaya raya semasa beliau bersama Umno, semasa bersama k

Dana RM7.5bilion KKLW : Teka Teki Berakhir Sudah

Image
Pada 9 malam 19 Okotber, akhirnya SPRM menahan Datuk Shafie Apdal mantan Menteri yang bertanggungjawab terhadap dana RM7.5bilion KKLW bagi Tahun 2009-2015 bagi tujuan membina keperluan asas penduduk luar bandar Sabah. 2.  Dana sebesar itu adalah dana yang disediakan untuk kawasan-kawasan Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan. 3.  Sebelum Shafie ditahan, beberapa individu turut ditahan termasuk adik beradik MP Semporna itu, iaitu ADUN Lahad Datuk (Yusof) dan Hamid bersama menenantu beliau. 4.  Turut juga ditahan adalah saudara beliau Aziz Jamman yang juga Ketua Wira Parti Warisan Sabah. 5.  Selain saudara mara Shafie, para individu yang pernah menjadi inner circle mantan menteri itu turut ditahan, antaranya Jawawi Jaafar dan Arifin Kassim. 6.  Manakala para individu yang dikatakan banyak mendapat projek yang turut ditahan adalah Peter Anthony, pemilik syarikat Sinkong construction sdn Bhd Yu Sin Kong dan seorang pegawai kanan KK

Dana RM7.5bilion KKLW : Shafie “conflict of Interest”

Image
Jika benar saudara mara Datuk Shafie Apdal mendapat manfaat daripada dana RM7.5bilion KKLW daripada Tahun 2009-2015, ianya satu bukti “ straight forward ” adanya “complex of interest”. 2.  Satu isu serupa, apabila Datuk Pairin Kitingan didapati bersalah, kerana meluluskan satu projek membina kedai di Tambunan di awal pemerintahan PBS  kepada satu syarikat di mana saudara mara beliau ada kepentingan. 3.  Melihat kepada tindakan SPRM, menahan reman adik beradik Shafie (Yusof dan Hamid) serta Aziz jamman (saudara beliau), serta menantu Hamid menunjukkan bahawa saudara mara Shafie itu mendapat kepentingan daripada dana itu. 4.  Jika demikian duduk perkaranya, meskipun tiada penyelewengan terhadap dana itu, Shafie boleh dituduh menyalahgunakan kuasa, seperti mana tuduhan kepada Datuk Pairin. 5.  Skandal dana RM7.5bilion dilihat sebagai kes salah guna kuasa, jika memang ada bukti, Shafie memberikan kontrak kepada syarikat-syarikat, di mana saudara mara beliau ada kepentingan. 6

Orang Kampung Mana Faham INFLASI

Image
Rakyat yang tergolong dalam kategori B40, yakni rakyat berpendapatan rendah, hampir 100% pendapatan mereka digunakan untuk keperluan harian, seperti makanan, sewa rumah, pengangkutan dan sedikit untuk belanja anak-anak bersekolah. 2.  Oleh kerana, kecenderungan keperluan harian itu meningkat mendadak, maka menyebabkan sara hidup semakin tinggi. 3.  Rakyat pada kumpulan sedemikian mengukur wang yang mereka perolehi dengan kuantiti barangan yang mereka perolehi. Apabila wang RM100 yang mereka miliki, tidak dapat membeli barangan keperluan mereka seperti mana 5 tahun lalu, maka mereka menuduh kerajaan tidak membela mereka. 4.  Tiada yang dapat menafikan, bahawa memang harga barangan meningkat naik. Sebagai contoh, 5 tahun lalu, harga kueh yang dijual di tepi jalan pada waktu pagi, berharga RM 20sen, kini sudah RM33.33 atau 3biji untuk seringgit. Namun, bagi mereka yang berjualan tidak memasak sendiri, akan menjual kueh yang sama pada harga 5 biji @RM2. Melihat kepada pergerakan h

Disebalik Dana RM7.5bilion KKLW

Image
Kalaulah kerajaan tahu, bahawa wang itu tidak sampai kepada rakyat,  dan wang itu perlu juga diagihkan kepada rakyat Sabah, maka setidak-tidaknya, setiap rakyat Sabah termasuk yang baru lahir akan mendapat bahagian RM1,966.85 setiap seorang.  Sebabnya penduduk Sabah berjumlah 3,813,200 orang. 2.  Jika jumlah sebenar RM1.5bilion sepertimana anggaran SPRM, maka setiap seorang rakyat Sabah dinafikan hak RM393.37 setiap seorang. Jika rakyat yang memerlukan dana itu hanya 1juta orang, ertinya setiap seorang daripada mereka itu dinafikan hak RM1,500. Apa yang ironinya wang itu hanya disekau oleh bebebarapa orang, sehinggakan menyebabkan mereka jutawan. 3.  Sementara rakyat luar bandar, tiap hari bergelomang dengan air yang tidak terawat, tiada kemudahan ekterik, jalan raya berlumpur, ada segelintir individu yang sanggup merampas hak mereka. 4.  Menangkap sahaja tidak berbaloi. Memenjarakan mereka tidak berbaloi. Pihak berkuasa perlu merampas apa sahaja aset atau wang yang ada mereka

Orang Kampung Lebih Minat Pada Pendapatan, Bukannya Cerita Pencuri

Image
Tun Dr Mahathir terkilan, kerana selama 22 tahun gagal memberi pendapatan kepada penduduk kampung. Mantan Perdana Menteri itu lebih minat pada projek-projek. Sebab itu, menerusi penggalakan ekonomi,  seperti  premtif yang beliau perkenalkan, beliau suka memberikan kepada syarikat-syarikat atau kontraktor besar. Sebabnya, hanya syarikat atau kontarktor boleh membayar “ kickback ”. Berbeza dengan Dato Seri Najib Razak. Bagi maksud menambah daya beli penduduk kampung, beliau secara langsung memberikan tunai menerusi BR1M. menerusi cara ini, aktiviti ekonomi peruncitan juga dipacu, akan tetapi Zero kickback. Bayangkan pada Tahun 2017, seramai 7 juta penerima BR1M, dengan jumlah wang tunai 7 berbilion ringgit  sampai ke tangan rakyat yang memerlukan. Jumlah wang itu 100% sampai ke tangan yang memerlukan. Jika jumlah itu ikut cara Tun Dr Mahathir menerusi premtif yang beliau laksanakan, setidak-tidak bocor ditengah jalan paling tidakpun RM1.4bilion, sperti mana yang berlaku pada dana

Hujah Mudah Dana RM2.6 Bilion

Image
Apabila dibocorkan bahawa DS Najib Razak ada akaun khas di AmBank, Kuala Lumpur, yang mana akaun khas itu menerima dana RM2.6bilion, Perdana Menteri mengakunya. Apabila timbul tuduhan wang itu wang 1MDB, beliau menafikannya, sebaliknya, memberitahu siapa penyumbang dana itu. 2.  SPRM sendiri (walaupun mantan Pengerusi agensi itu align dengan Tun Dr Mahathir) akan tetapi beliau menjalankan tugas secara profesional, dan menyatakan sebenar punca wang itu. 3.  Pihak asal derma itu Keluarga DiRaja Arab Saudi, datang pula ke Malaysia, bukan sekadar lawatan biasa akan tetapi melabur pula RM30bilion. Tidak takut kah keluarga diRaja itu, wang yang dilaburkan kepada negara yang dipimpin pencuri? 4.  Tun Dr Mahathir dan pembangkang konsisten dengan tuduhan, bahawa DS Najib Razak pencuri. Tetapi apa yang malang TIADA yang dicuri, tambahan pula, TIADA pihak-pihak yang membuat laporan, bahawa wang mereka dicuri. 5.  Mungkin wang Tun Dr Mahathir yang dicuri? tetapi beliau tidak berani mem

Tun Dr Mahathir Guna Strategi Marxis.

Image
Mantan Perdana Menteri itu hanya mengenal seorang musuh, iaitu Dato Seri Najib Razak. Beliau mengarahkan serangan hanya pada Perdana Menteri seorang. 2.  Mantan Perdana itu tahu, jika Najib tumbang, maka parti pimpinan beliau juga turut tumbang.  Setidak-tidaknya itulah fahaman yang cuba disematkan kepada ahli dan penyokong pembangkang. 3.  Tun Dr Mahathir lupa bahawa untuk menang pilihan raya dalam negara ini, perlu sejumlah kerusi parlimen atau DUN, bukannya terletak pada satu-satu kawasan.  4.  DS Najib hanya mewakili satu kawasan, iaitu Parlimen Pekan. Katakan, beliau kalah di Pekan. Tidak bermakna kawasan lain juga kalah. Kekalahan seorang presiden parti, tidak semestinya calon-calon lain juga kalah.  5.  Di negara ini, banyak contoh presiden sesebuah parti kalah, tetapi tidak membawa kepada kekalahan seluruh calon parti. 6.  Kalau pun DS Najib Razak ditakdirkan kalah di Pekan.  Sebagai impak kekalahan itu, beliau tidak akan dilantik Perdana Menteri, akan tetapi part

Tun Dr Mahathir Guna Ayat Mudah

Image
Pencuri, lanun Bugis, penyangak curi duit untuk bini, bini yang boros – ini adalah ayat-ayat yang senang difahami dan dihayati oleh orang ramai. 2.  Mantan Perdana Menteri itu, tidak menggunakan ayat-ayat bombastik, akan tetapi ayat-ayat yang direka khas ditujukan kepada pengundi yang rendah fahaman politik, mereka yang  tinggal di kampung, malah ditujukan kepada pengundi Felda. 3.  Ayat-ayat yang dipilih mantan Perdana Menteri dikhususkan kepada Perdana Menteri- DS Najib Razak. 4.  Tun Dr Mahathir mengambil iktibar kepada pembusuknya ikan, di mana ikan membusuk bermula daripada kepala. 5.  Melihat kepada ayat-ayat yang digunakan mantan Perdana Menteri itu, para pemimpin Bn tidak menyangkalnya dengan ayat-ayat serupa yang mudah difahami, akan tetapi, mereka yang mengaku pakar strategik Bn, menggunakan indeks ekonomi, pergerakan Dowjones yang mencecah 23,000 mata, indeks kegembiraan, kedudukan Malaysia dalam perekonomian dunia, sedangkan faktor-faktor itu tidak akan melekat

Siasatan Dana RM7.5Bilion kKLW : Shafie Tunggu Masa sahaja

Image
Seperti yang dispekulasikan, Ketua Umno Silam merangkap ADUN Lahad Datu - Datuk Yusof Apdal bakal ditangkap bagi membantu siasatan berkaitan kehilangan dana RM1.5bilion daripada RM7.5bilion peruntukan KKLW untuk kawasan luar bandar Sabah daripada Tahun 2009-2015. 2.  Yusof adalah adik kepada Presiden parti Warisan Sabah - Datuk Shafie Adal.  Sebelum ini, salah seorang adik kepada MP Semporna itu, Hamid bersama menantu beliau turut ditahan. 3.  Yusof mempunyai rekod digantung sebagai ahli Umno kerana didapati mengamalkan politik wang. 4.  Setakat ini, para individu yang ditahan merupakan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan mantan KKLW tersebut. 5.  Memang, di antara para individu yang ditahan itu adalah pemimpin muda parti Umno, namun mereka itu pada masa itu merupakan “ inner circle ” Presiden parti Warisan Sabah tersebut. 6.  Menerusi penangkapan Yusof, dan mungkin menyusul penangkapan beberapa pegawai KKLW semasa Shafie menerajui KKLW, maka SPRM hampir kepada ta

Tindakan SPRM Boleh “backfire” ?

Image
Jika tindakan SPRM mendedahkan salahlaku, seperti rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa berterusan sehingga pendakwaan ke mahkamah, maka tindakan  agensi itu, memang tindakan “ genuine ”, namun jika tindakan mereka hanya bertujuan mencipta persepsi, kerana “ memeram ” siasatan, apatah lagi dalam masa yang panjang, maka ianya akan “ backfire ” kepada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri yang diperintah parti Barisan Nasional. 2.  Memang mudah menyediakan kertas pertuduhan, namun apakah pertuduhan itu mempunyai fakta yang mencukupi sehinggakan mereka yang kena tuduh didapati bersalah, atau kah selepas perbicaraan OKT dibebaskan mahkamah. 3.  Pihak Peguam Negara mempunyai pertimbangan dalam menentukan pertuduhan, yang mana pertuduhan itu mempunyai 90% boleh terbukti di mahkamah. 4.  Dalam isu skandal RM7.5bilion dana KKLW daripada Tahun 2009-2015 untuk kawasan luar bandar Sabah, dikatakan sejumlah RM1.5bilion daripada dana itu telah diselewengkan.  Bebanan pembuktian kini

PRU14 Sabah : Kebarangkalian Keputusan

Image
PRU-14 akan menggunapakai daftar pengundi yang mengandungi 1,043,000 pemilih. Jika 83% turun mengundi, maka seramai 455,260 pemilih akan mengundi Bn, manakala 410,429 pemilih akan mengundi pembangkang. 2.  Jika 80% turun mengundi, maka seramai 438,805 akan menungundi Bn, manakala 395,594 pemilih akan mengundi pembangkang. 3.  Berasaskan dua senario peratusan penundi yang turun mengundi, iaitu 80-83%, maka Bn akan mendapat undi 438,805-455,260; manakala pembangkang akan mendapat undi antara 395,594-410,429. 4.  Pemilih yang mengundi pembangkang terpecah menerusi parti Warisan Sabah akan mendapat undi antara 155,836-161,681; PKR 70,778-73,432; DAP 54,169-56,200; STAR 48,440-50,257; SAPP 27,382-28,409, PAS 20,800-21,580; DLL 18,186-18,868. 5.  Berasaskan angka-angka itu, Bn akan mendapat undi popular sebanyak 52.59%. 6.  Dengan undi popular itu, Bn akan menang antara 34-46 kerusi Dun, berbanding pembangkang antara 16-26. 7.  Bagi tujuan menubuhkan kerajaan dengan majoriti

Harapan Tsunami Melayu untuk Pakatan Harapan telah ditumpaskan

Image
Teori Fizik Tsunami ; mula-mula harus ada pergeseran besar ruang yang disebabkan oleh peristiwa alam semulajadi seperti gempa bumi atau kejadian buatan manusia seperti ledakan nuklear. Kemudian, peristiwa ini mesti berlaku di lautan yang cukup dalam untuk menyebabkan reaksi berantai dan pergerakan gelombang tenaga yang berterusan. Dan mesti ada pantai yang cetek untuk gelombang berkapasiti tenaga ini ke darat untuk menimbulkan pukulan yang berterusan di pantai. Itulah Tsunami secara ringkasnya. Oleh itu, jika seseorang ingin meminjam istilah Tsunami mengenai masyarakat Melayu, seseorang juga mesti mengikuti prinsip bagaimana kerja-kerja Tsunami. Anda mesti mempunyai sesuatu yang menyebabkan anjakan besar ruang (atau ketidaksenangan), apa itu sesuatu? Ini mesti berlaku dalam persekitaran air yang mendalam untuk menghasilkan gelombang yang dikemas tenaga, apakah persekitaran air yang mendalam?. Di manakah pantai cetek yang Tsunami ini boleh mendarat? Pakatan Harapan berharap a