Posts

Showing posts from 2018

SENARAI SYARIKAT TOKOH "HARIMAU ASIA"

Image
Keluarga Mahathir ada kepentingan dan penglibatan dalam 488 buah syarikat di Malaysia. Berikut adalah senarai syarikat-syarikat yang dimiliki olehnya. Nama : Mahathir Mohamad No.IC :251220-02-5XXX Alamat : Jalan Kuda Emas The Mines Resort City 43300 Seri Kembangan MAKLUMAT PENGLIBATAN SYARIKAT : 1 1038197-W Menamah Langkawi Cheese Sdn Bhd 2 623177-A Proton Holdings Berhad 3 888623-H Euroala Industries Sdn Bhd 4 680769-P M&M Consildated Resources Sdn Bhd 5 275505-K Khazanah Nasional Berhad 6 152446-W Yayasan Wilayah Persekutuan 7 37113-P Yayasan Pelaburan Bumiputera 8 32700-K Maharizan Sdn Bhd 9 870606-M Flyjet Sdn Bhd 10 878777-U Menamah Agrojaya Sdn Bhd 10 780488-W Cipta Selaras Sdn Bhd 12 907441-D Dairei Asia Sdn Bhd 13 870606-M Flyjet Sdn Bhd 14 32700-K Maharizan Sdn Bhd 15 780488-W Cipta Selaras Sdn Bhd 16 244225-V Golden Horse Palace Berhad 17 878777-U Menamah Agrojaya Sdn Bhd 18 680769-P M&M Consildated Resources Sdn Bhd 19 888623-H Euroala Ind

BELANJAWAN 2019 Tidak mesra Petani & Nelayan

Image
Teks ucapan Belanjawan 2019 tidak menyebut langsung perkataan pesawah, petani, peladang dan nelayan biar sekali pun. Felda hanya disebut sekali dan itupun hanya untuk peruntukkan RM295 juta bagi menaiktaraf jalan, projek sistem bekalan air dan memasang lampu. Bagi sektor pertanian secara keseluruhan, bajet 2019 kerajaan PH hanya menyebut peruntukan berjumlah RM47 juta untuk R&D produktiviti benih, bijirin dan buah-buahan, RM18 juta untuk automasi industri agromakanan; dan RM52 juta untuk pelaksanaan program keusahawanan dan latihan industri tani. Ini jauh berbeza dengan Bajet 2018 kerajaan BN di mana kita memberi RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan. Kerajaan PH perlu menjawab secara spesifik apakah bantuan-bantuan yang disediakan tahun depan untuk golongan-golongan ini

Isteri Pegawai Khas dedah skandal seks suami dengan Timbalan Menteri 'Warisan'

Image
Gara-gara pergaduhan suami isteri sehingga berlaku kekasaran memukul dan mencekik, seorang isteri kepada pegawai khas Timbalan Menteri mendedahkan skandal suaminya dengan YB Isnaraissah Munirah yang juga Ahli Parlimen Kota Belud dari Warisan. Desas-desus ini sudah lama namun kini terbongkar jua skandal pemimpin Warisan. Sumber :  Sabahkini

(VIDEO) Kantoi Pegawai Khas Timbalan Menteri KDN 'Skodeng' seluar dalam.

Image
Tular video dan gambar Pegawai Khas Azis Jamman Timbalan Menteri KDN (Warisan) sedang men-'skodeng' seluar dalam seorang wanita cina di premis pemeriksaan mata. Pegawai Khas Azis itu juga adalah seorang bekas pegawai NC UMS yang diberhentikan akibat terlibat dengan salah laku rasuah kontroversi di UMS satu ketika dahulu. Baca lagi di sabahkini

MANTAN PEMIMPIN UMNO/BN PERGUNA RAKYAT

Image
Beberapa calon pembangkang dalam PRU-14, hanya mempergunakan rakyat untuk mendapatkan semula kedudukan mereka yang hilang. Mereka tidak sedar, bahawa nama dan kedudukan mereka itu satu masa lalu kerana parti Umno/Bn. Oleh kerana, tiada sifat berterima kasih, tiada sifat bersyukur, mereka kini, sudah menjadi kacang lupakan kulit, malah mahu menumbangkan parti yang pernah memertabatkan mereka. Kalaulah mereka itu, bukan produk daripada kilang Umno/Bn mereka itu tidak akan menjadi perhatian. Penulis suka mengulang semula kenyataan mantan Ketua Menteri Sabah- Tan Sri Chong Kah Kiat di Batu Sapi pada Ahad, bahawa mereka-mereka itu, adalah para pemimpin yang tamak dan tidak tahu berterima kasih. Mereka itu, ibarat makan tebu, habis manis sepah dibuang. Mereka itu, tergolong seperti kacang lupakan kulit.  Para pemimpin seumpama itu, hanya mempergunakan rakyat untuk kepentingan peribadi. Calon-calon yang menjadi perhatian semasa PRU kali ini, antara lain, Datuk Shafie Apdal yang b

PRU-14 SABAH: BENAR-BENAR PESTA DEMOKRASI

Image
Betapa menariknya jawatan Wakil Rakyat. PRU-14 Sabah telah menarik 349 calon yang mewakili berbagai parti termasuk calon bebas, malah pencacai di media sosial pun masuk gelangang merebut jawatan wakil rakyat. PRU Sabah kali ini, benar-benar menggambarkan pesta demokrasi. PRU-14 Sabah kali ini, bukan sahaja dapat menarik ramai profesional, akan tetapi juga termasuk petani,dan mantan-mantan pesara kerajaan. Daripada 349 calon tersebut hanya 85 calon sahaja bakal dipilih sebagai wakil rakyat, 25 ahli parlimen dan 60 ahli dewan undangan negeri. Daripada 25 Parlimen, hanya satu parlimen berlaku satu lawan satu, iaitu parlimen Sandakan antara Bn dan DAP dan daripada 60 Dun hanya dua berlaku satu lawan satu, iaitu di Elopura antara Bn-DAP dan Dun Senallang antara Bn-PWS. Daripada 25 kawasan Parlimen, walaupun terdapat beberapa kerusi panas, akan tetapi Bn sekurang-kurang unggul di 21 kawasan, manakala DAP satu. Apa yang paling menarik untuk diamati pada PRU kali ini, adalah Par

SLOGAN UBAH ! - APA YANG DIUBAH ?

Image
Slogan parti Warisan Sabah (PWS) UBAH, sebenarnya bukan untuk kemajuan & pembangunan, kerana istilah UBAH itu, hanya mengubah jawatan-jawatan politik, seperti jawatan Ketua Menteri, menteri-menteri, setiausaha-setiausaha politik, pemimpin kemajuan masyarkat (PPM), pengerusi syarikat-syarikat kerajaan. Mereka mahu mengubah HALATUJU Pembangunan & Kemajuan Sabah. Selain itu, mereka tergiur dengan SIMPANAN kewangan Sabah yang mendekati RM4bilion, mereka teringin sangat menebang 1.87juta hektar kawasan kayu balak Sabah. Sebenarnya, tujuan slogan UBAH itu, mereka mahu mendapat peluang hasil pencapaian kerajaan Barisan Nasional. Cuba bayangkan, kerajaan Pimpinan Tan Sri Musa Aman, bermula pada tahun 2003, bersusah payah mengumpul kewangan negeri, daripada RM184juta kepada RM3.74bilion, berusaha membentangkan bajet negeri daripada di bawah RM2bilion kepada lebih RM4bilion (lebih RM4000juta). Kerajaan yang diterjaui Barisan Nasional, bertindak sedemikian rupa, supaya kawasan

PRU14 SABAH : KEBARANGKALIAN KEPUTUSAN

Image
Berasaskan kepada senarai calon-calon antara Bn dan parti lawan, ianya akan mampu menarik setidak-tidaknya 862 ribu pengundi keluar mengundi daripada 1.111 juta pengundi Sabah. Senarai calon-calon Bn boleh menarik sekurang-kurangnya 499,600 pengundi mengundi Bn, manakala calon-calon PWS/DAP/PKR dan menarik 268,000 pengundi. 499,600 pengundi dapat diterjemahkan antara 36-54 kerusi Dun dan 21-23 kerusi Parlimen. 268,000 pengundi yang mengundi parti lawan, dapat diterjemahkan antara 6-14 kerusi Dun dan Parlimen 4-2. Kalaulah calon-calon dirangkingkan, sebelum penamaan calon di peringkat DUN menempati ranking 1-36 adalah BN, DAP 37-40, manakala ranking 41-60 rebutan antara Bn, PWS, PKR dan DAP. Manakala di peringkat Parlimen ranking 1-19 ditempati BN, ke-20 oleh DAP, manakala 21-25 rebutan antara Bn/PWS/DAP. Daripada 60 kawasan Dun yang dipertandingkan 36 kawasan positif kepada Bn, 4 DAP, manakala 20 Dun rebutan antara BN/PWS/PKR/DAP. Daripada 20 kawasan DUN yang menjadi rebut

PRU14 SABAH : PELUANG BN

Image
Jika parti Warisan Sabah dan PH menghormati kolaborasi anatara mereka, maka dengan jelas, PWS menggambarkan parti itu sebagai parti Umno dalam parti Barisan Nasional, kerana bertanding sepenuhnya di kawasan-kawasan yang ditandingi Umno. Menerusi kolaborasi itu, maka pemimpin kaum cina PWS tiada tempat untuk bertanding. Melihat kepada kombinasi antara PWS dan PH, yang membezakan antara PRU-13 dan PRU-14, kawasan-kawasan yang ditandingi PKR dan Pas semasa dalam Pakatan Rakyat diambil alih oleh PWS. Melihat kepada keadaan terbaru, ianya membawa ertinya, pengundi yang mengundi PKR & Pas pada PRU-13 akan mengundi PWS. Oleh kerana DAP akan bertanding di kawasan-kawasan yang ditandingi pada PRU-13, maka pengundi akan mengundi parti itu pada PRU-13 kemungkinan juga mengundi parti itu. Jika trend pengundian akan sama dengan PRU-13, walaupun adanya pertambahan undi, namun diperkirakan seramai 862,000 pengundi akan menunaikan tanggungjawab. Daripada jumlah itu, 499,600 akan mengundi

PERKARA MENARIK DALAM MANIFESTO BN SABAH

Image
Perkara menarik dalam Manifesto Bn Sabah yang bertemakan TanahAir Ku Maju aka SABAH MAJU yang menyenaraikan 20 komitmen yang bakal dilaksanakan dalam penggal pemerintahan antaranya komitmen penyediaan peluang-peluang pekerjaan, menambah penerima biasiswa dan dermasiswa, merapatkan jurang pembangunan antara bandar & luar bandar dan membina rumah mampu milik. Komitmen-komitmen yang disebutkan lebih mengarah kepada generasi penerus sebagai sandaran kepada golongan itu untuk memajukan Sabah sesuai dengan Transformasi Nasional-TN50. Memang diakui manifesto Bn Sabah bagi berdepan PRU-14 memang dirangka sedemikian rupa sebagai kelanjutan kepada Halatuju Pembanguan & Kemajuan Sabah. Penyediaan peluang-peluang pekerajaan adalah untuk mereka yang berumur di atas 20 tahun, kerana mereka ini merupakan sebahagian daripada rakyat negeri lepasan sekolah atau kolej yang mula terjun ke alam pekerjaan. Kerajaan juga bijak mengembangkan modal insan dengan menambah jumlah biasiswa &am

PRU-14 SABAH: KAWASAN PILIHAN PARTI WARISAN SABAH

Image
Parti Warisan Sabah akan bertanding 16 kawasan parlimen dan 44 kawasan Dun. Kawasan Parlimen adalah- Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Penampang, Papar, Kimanis, Sipitang, Keningau, Beluran, Libaran, Batu Sapi, Kinabatangan, Silam, Semporna dan Kalabakan. Manakala Dun adalah- Banggi, Tanjong Kapor, Pitas, Tandek, Usukan, Sulaman, Kiulu, Karambunai, Tanjong Aru, Petagas, Kawang, Pantai Manis, Bongawan, Membakut, Klias, Lumadan, Sindumin, Kundasang, Paginatan, Tambunan, Liawan, Melalap, Kemabong, Sook, Nabawan, Sugut, Labuk, Gum-Gum, Sungai Sibuga, Sekong, Karamunting, Kuamut dan Sukau. Berasaskan keputusan PRU-13, semua kawasan itu dimenangi Bn kecuali Parlimen Penampang dan Dun Klias. Bagi berdepan dengan PRU-14, Bn membawa bersamanya (bagi parlimen) majoriti Kudat (12,376), Kota Marudu (842), Kota Belud (5,095), Sepanggar (9,442), Papar (10,535), Kimanis (5,723), Sipitang (9,469), Keningau (3,918), Beluran (9,988), Libaran (11,586), Batu Sapi (3,798), Kinabatangan

PRU 14 SABAH: KAWASAN PILIHAN DAP

Image
Parti DAP akan bertanding 3 Parlimen dan 7 Dun pada PRU-14. Manakala PKR 6 Parlimen dan 9 Dun. Oleh kerana gabungan Pakatan Harapan itu berkolaborasi dengan parti Warisan Sabah, maka parti Warisan akan bertanding 16 kawasan parlimen dan 44 Dun. Menerusi jumlah kerusi yang ditandingi PWS baik parlimen mahupun Dun, membolehkan parti pimpinan Datuk Shafie Apdal itu mengetuai kolaborasi dua parti itu. Dalam artikel blog ini sebelum artikel ini, penulis telah menganalisa serba sedikit berkaitan peluang PKR dalam PRU-14. Melihat kepada kawasan-kawasan yang ditandingi parti yang berlambang mata itu, nampaknya hanya DUN Moyog ada peluang untuk dimenangi. Pada artikel ini akan dilihat kawasan-kawasan yang menjadi pilihan atau ditandingi DAP. Bagi kawasan Parlimen, Dap akan mempertahankan Parlimen Sandakan dan Kota Kinabalu, manakala akan mencuba nasib di Parlimen Tenom. Berasaskan keputusan PRU-13 Parlimen Sandakan dimenangi DAP dengan majoriti 1,088 mengalahkan calon Bn- Presiden

PRU-14 Sabah: Kawasan Pilihan PKR

Image
PKR Sabah bertanding 6 kerusi Parlimen dan 9 kerusi Dun. Kerusi-kerusi parlimen adalah Putatan, Tuaran, Beaufort, Ranau, Pensiangan dan Tawau. Manakala DUN- Api-Api, Moyog, Inanam, Tamparuli, Kuala Penyu, Matunggong, Kedamaian, Tempasuk dan Karanan. Jika berasaskan keputusan PRU-13, hanya Api-Api, Moyog, Inanam, Tamparuli, Matunggong dan Kedamaian dimenangi parti itu. Pada PRU-13, Putatan dimenangi Bn dengan majoriti 9,507, Tuaran majoriti 5,190, Beaufort majoriti 673, Ranau majoriti 3,611, Pensiangan 1,744 dan Tawau majoriti 4,979. Manakala di Tempasuk dan Karanan serta Kuala Penyu masing-masing Bn menang dengan majoriti 5,210 dan 3,500 serta 2,273. Bagi kerusi Api-Api meskipun dimenangi PKR, dengan majoriti 795 akan tetapi kemenangan bukan dengan undi popular, demikian juga di Tamparuli, Inanam,  Matunggong dan Kedamaian. Senario politik pada PRU-14 sangat berbeza berbanding PRU-13. Tamparuli, Matunggong dan Kedamaian dimenangi parti itu bukan kerana faktor parti akan t

PRU14 Sabah : UBAH hanyalah sekadar satu slogan

Image
UBAH yang digunakan parti Warisan Sabah, hanya untuk membakar semangat mereka sendiri, namun hakikat yang bersarang di dada pemimpin utama parti itu, Datuk Shafie Apdal, slogan itu tidak bakal menjadi kenyataan. Bukan mudah, bagi sebuah parti yang tiada rekod untuk menumbangkan kerajaan yang mempunyai rekod pencapaian.  Pengalaman rakyat Sabah mengubah kerajaan pada tahun 1976 dan 1985, sangat berbeza dengan keadaan sekarang. Masa ini, tiada asas bagi rakyat biasa mengubah kerajaan kerana kerajaan yang sedia ada bukan sahaja membela rakyat, akan tetapi kerajaan yang mesra rakyat. Shafie dengan rekod beliau semasa menteri Kemajuan luar bandar dan wilayah (KKLW) di mana dana RM7.5bilion peruntukan Persekutuan tidak sampai kepada rakyat masih segar. Sudah tentu rakyat tertanya-tanya, bagai mana kah seorang pemimpin yang terpalit dengan rekod tidak mengutamakan rakyat menjadi sandaran menerajui negeri? Selain itu, penubuhan parti Warisan Sabah bukanlah berasaskan aspirasi rakya

Kemajuan Sabah Bukan kerana saya seorang : Tan Sri Musa aman

Image
Kemajuan Sabah bukan kerana Tan Sri Musa Aman seorang, akan tetapi merupakan kombinasi daripada berbagai pihak, iaitu hasil kerjasama daripada semua pemimpin parti komponen, jemaah menteri, penjawat awam dan rakyat. Tanpa kerjasama daripada semua pihak, adalah mustahil bagi seorang ketua kerajaan dapat memajukan dan membangun negeri. Akibat sokongan daripada semua pihak, khususnya mandat yang diberikan rakyat sejak PRU 2004, yang mana kerajaan yang memerintah negeri sentiasa mempunyai kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri (DUN), maka kerajaan yang beliau terajui dapat merancang, melakasanakan pembangunan dan aktiviti yang mengarah kepada pembelaan rakyat. Hasil daripada kerja sama itu, kestabilan politik berada dalam keadaan mantap, aktiviti ekonomi berada pada landasan betul. Sebagai misalannya, peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2016 berjumlah RM73.8bilion meningkat daripada RM59.5bilion pada tahun 2011. Selain itu, trend kemajuan ekonomi negeri telah menj

Tamparan Hebat bagi Pembangkang Kota Belud

Image
KOTA BELUD , 17 April — Kira-kira 400 anggota parti pembangkang di Pusat Daerah Mengundi Rosok, dekat sini bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) selepas mendakwa hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti masing-masing. Kumpulan itu yang diwakili ketua PDM Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rosok Santaim Gontiung berkata tindakan mereka untuk meninggalkan parti masing-masing disebabkan sudah bosan dengan tindakan pemimpin parti yang hanya datang untuk meraih undi apabila menjelang pilihan raya. “Kebanyakan yang meninggalkan parti adalah dari PKR dan ada juga dari Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan dari Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat). Kami yang keluar dari parti hari ini akan menyertai parti dalam BN. “Tiada yang kami dapat selama beberapa penggal menyokong pembangkang…apa yang mereka janjikan sebenarnya tidak ada apa-apa…jadi kita membuat keputusan untuk bersatu padu menyokong BN kerana kami mendapati hanya BN

PENGUNDI LUAR BANDAR PENENTU KERAJAAN

Image
Mungkin hanya pemimpin politik menyadari bahawa penentuan kerajaan di negara ini sejak merdeka adalah pengundi luar bandar. Makna kata, mana-mana parti yang disokong pengundi luar bandar akan membentuk kerajaan, kecuali di Pulau Pinang. Rakyat luar bandar, sebenarnya tidak menyedari bahawa mereka lah yang menentukan kerajaan, namun daripada segi pembelaan, mereka dikategorikan sebagai rakyat kelas ke-2. Apabila media sosial meletup penggunaannya, maka kebangkitan penduduk luar bandar juga turut sama dan turut menyedarkan mereka. Kerana kerajaan pada era Tun Dr Mahathir, menganak tirikan rakyat luar bandar terutamanya daripada Sabah, Sarawak dan Kelantan, maka pemimpin seterusnya menerima padahnya.  Rakyat Kelantan telah menghukum Tun Dr Mahathir sejak tahun 1990. Akibat pemerintahan Tun Dr Mahathir yang tidak mengutamakan rakyat luar bandar, meskipun kerajaan yang dibentuk dan beliau boleh menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, kerana sokongan segmen rakyat itu, maka ada r

PRU-14: MIMPI SEDIH BAGI WARISAN/PH DI PANTAI TIMUR

Image
Politik adalah satu seni, sebab itu, ada ahli politik, menganggap, air yang tenang itu tiada buaya. Malah mereka itu bersandar kepada keadaan tahun 1976 & 1985, walaupun masa itu angin perubahan hanya sepoi-sepoi bahasa, akan tetapi benar-benar rakyat menukar kerajaan. Keadaan inilah yang memerangkap Warisan/PH di Pantai Timur, kononnya Pantai Timur akan mereka kuasai pada PRU-14, hanya bersandarkan bahawa Datuk Shafie Apdal berasal daripada Pantai Timur, iaitu Semporna. Pengalaman melihat gaya badan rakyat Sabah sejak tahun 1989, nampaknya, tiada gaya atau sifat rakyat/pengundi Sabah di kawasan Pantai Timur beralih arah, sebaliknya masih kental dengan parti dan kerajaan yang sedia ada, termasuklah Semporna. Hanya satu Parlimen dan satu Dun yang berkeadaan 50:50 di wilayah Pantai Timur, iaitu Parlimen Sandakan dan Dun Sulabayan, manakala Dun  Sri Tanjung, Bn berkedudukan 45:55. Kawasan Pantai Timur, nampaknya masih wilayah Barisan Nasional. MR

#TatapBN - MENGAPA KITA SOKONG BN?

Image
Kita menyokong Bn, bukan kerana namanya Barisan Nasional. Kita sokong Bn, bukan kerana DS Najib Razak atau TS Musa Aman. Kita sokong Bn, kerana ianya merupakan sebuah parti yang dipimpin oleh semua pihak yang mewakili rakyat negara ini.  Kita sokong Bn, kerana didalamnya telah tersimpul dan dikumpulkan segala kebijaksanaan, perancangan untuk membela rakyat dan memajukan negara. Kita sokong Bn, kerana agenda parti itu merupakan rumusan secara konsensus semua pihak tanpa melihat latar belakang dan agama. Bn hanya mempunyai matlamat, iaitu membela/memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air dalam pengertian yang luas. Kita sokong Bn, kerana majoriti rakyat menikmati, merasai perkhidmatannya, meskipun nikmat khidmat itu, tidak disyukuri sesetengah pihak. Bn, walaupun merasa terkilan, kerana adanya rakyat yang menikmati khidmat bakti parti itu, namun bertindak seperti kacang lupakan kulit, bertindak tidak bersyukur, namun, hakikat perlu diterima secara lapang dada, kerana, tabiat se

Pembangkang tertipu dengan Propaganda sendiri

Image
Propaganda sebenarnya untuk mengaburi mata lawan. Apabila propaganda sendiri dipercayai sebagai betul, maka itu namanya menipu diri sendiri. Pembangkang teruja sangat dengan kehadiran pada ceramah mereka. Kerana kehadiran itu, mereka mabuk sendiri. Kalau kehadiran pada sesebuah ceramah menunjukkan kemenangan, maka sejak tahun 1998 lagi, Bn telah tewas. Di negara ini, ada dua kawasan berbeza, demikian juga trend pilihan pengundinya. Di luar bandar, di mana jumlah pengundi tidaklah seramai berbanding di bandar, majoriti adalah penyokong parti Barisan Nasional, manakala di bandar di mana jumlah pengundi jauh lebih padat dan ramai majoriti adalah penyokong pembangkang, keadaan itu ditandai semua ibu kota di negara ini dimenangi pembangkang, kecuali Johor Baharu. Oleh kerana perbezaaan antara jumlah pengundi antara bandar dan luar bandar mencapai 2:1, maka adalah lojik, jika pembangkang mendapat undi popular, demikian juga, jika perjumpaan di kawasan demikian, maka hadirinpun

Pakatan Guna Logo PKR - Satu Muslihat kepada Melayu

Image
Pemimpin Pakatan Harapan maklum, bahawa tsunami cina sudah mencapai puncaknya pada PRU-13. Apabila sudah sampai ke puncak, maka pencapaian parti-parti yang disokong kaum itu maksima seperti mana dimenangi pada PRU-13. Di Semenanjung pada PRU-13, daripada 165 kerusi, Bn menang 85, manakala pembangkang 80. Juga menerusi jumlah kerusi 80 itu, pembangkang menang undi popular. Makna kata, tsunami cina tidak akan memuncak lagi. Tun Dr Mahathir adalah pakar strategi. Kehadiran beliau dalam pembangkang, boleh mempengaruhi semua pihak menggunakan common logo. Atas sebab itu, mereka mendaftarkan logo Pakatan Harapan. Namun pendaftaran PH tidak dapat diproses, atas sebab kesilapan yang dirancang awal oleh Tun Dr Mahathir, supaya parti yang beliau taja dibatalkan, kerana beliau tahu, parti itu tiada sokongan. Pembatalan PPBM oleh ROS, adalah tindakan yang memaksa ROS bertindak. Kerana memang demikianlah rancangan Pengerusi parti itu, kerana melalui pembatalan, sekurang-kurangnya beliau b

RAKYAT SABAH MALAS, PEMIMPIN TAMAK PUNCA SABAH MUNDUR-TUN DR MAHATHIR

Image
Oleh kerana Tun Dr Mahathir Mohammad di era pemerintahan beliau menganggap rakyat Sabah malas, maka tiada rakyat negeri ini diberi peluang menjawat jawatan tinggi di peringkat Persekutuan, tiada yang diberi peluang sebagai duta. Kerana mantan PM itu menganggap pemimpin Sabah tamak, kalau ada pemimpin negeri ini dilantik ke jawatan kabinet, hanya bagi kementerian yang kurang luas peranaannya, dan sudah tentu kementerian yang  tiada peruntukan membangun rakyat dan negeri. Kerana pemimpin Sabah tamak, maka daripada tahun 1981-2003, peruntukan untuk Sabah sedikit daripada Persekutuan. Sudahlah jumlahnya sedikit, bermula tahun 1985-1994 disekat pula. Pada tempoh masa itu, bukan sahaja pembangunan Sabah terbantut, malah membayar gaji kakitangan awampun berpunca daripada pinjaman. Mengapa Tun Dr Mahathir membuat dakwaan rakyat Sabah malas dan pemimpinnya pula tamak? Ini lah cara beliau mengelak daripada perbuatan dan tindakan beliau sendiri menganak tirikan Sabah. Tun Dr Mahathir a

Gendang PRU14 sudah dipalu, sesama sendiri masih berbalah !

Image
Rakyat bukan sahaja keliru akan tetapi muak, apabila berlaku perbalahan antara para pemimpin Bn, sedangkan hari penentuan atau istilah PM & TPM Hari Raya Besar diambang pintu. Untuk mencegah perbalahan itu, kerap sekali Menteri Komunikasi & Multimedia- Datuk Salleh Tun Said Keruak mengingatkan, raikanlah perbezaan pendapat, dan berpolitiklah secara matang, untuk mengelak persengkataan. Sejak akhir-akhir ini perbalahan antara mantan-mantan pemimpin Umno dengan pemimpin yang masih berkhidmat, menunjukkan kepada rakyat, bahawa pemimpin Umno, bukan untuk rakyat & negara, akan tetapi lebih kepada mempertahankan ego masing-masing serta kepentingan peribadi. Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhiyiddin Yassin, Dato Mukhriz Mahathir, Datuk Shafie Apdal dan ramai lagi, menentang Umno, bukan kerana untuk kepentingan rakyat, akan tetapi demi kepentingan peribadi. Mengapa kah pemimpin lama seperti Tan Sri Rais Yatim, Tan Sri Rafidah Aziz begitu kritikal terhadap pemimpin yang sedang

Penduduk Sabah Miskin - Shafie Muncul sebagai HERO !!

Image
Poverty is stubborn. Tiada negara di dunia ini, tiada rakyat miskin. Di Sabah, daripada 3.9juta penduduk, didapati 23,142 miskin tegar (0.59%) dan 19,673 kategori miskin (0.51%). Jumlah itu adalah sebahagian daripada 76,340 ketua keluarga yang tersenarai dalam e-kasih. Pada tahun 2016 mereka yang tersenarai dalam e-kasih adalah 109,865, sebab itu kadar kemiskinan negeri adalah 2.9%. Daripada jumlah itu, seramai 33,525 telah dikeluarkan, sebab itu, jumlah mereka yang tersenarai dalam e-kasih tahun 2017 adalah 76,340. Menerusi jumlah itu, maka kadar kemiskinan terkini Sabah adalah 1.96%. Berasaskan rekod penerima BRIM tahun 2018, rakyat Sabah yang menerima seramai 664,839 (17.05% daripada jumlah penduduk) membabitkan bayaran RM559,825,350. Penerima BRIM adalah ketua keluarga yang mempunyai pendapatan RM3,000 ke bawah. Dakwaan Presiden parti Warisan Sabah semasa ucapan perasmian Kongress tahunan parti itu pada Isnin, bahawa beliau tersempak dengan keluarga miskin di Kota Marudu,

Tujuan Penubuhan Parti Warisan Sabah

Image
Rakyat Sabah perlu tahu bahawa penubuhan parti Warisan Sabah hanya untuk kelangsungan politik Datuk Shafie Apdal, bukannya untuk negeri dan rakyatnya. Penubuhan parti itu, hanya didasarkan kepada dendam bukannya berasaskan aspirasi rakyat. Presiden parti itu terpaksa mengambil masa setahun selepas dipecat daripada kabinet Persekutuan pada Julai 2015, sebelum mengistirkan keluar daripada parti setahun kemudian. Penyebab beliau keluar parti, kerana digantung keahlian daripada parti Umno pada jun 2016. Shafie menubuhkan parti Warisan Sabah pada Oktober 2016. Terlihat sungguh, tindakan-tindakan Shafie mempengaruhi rakyat Sabah untuk menyokong beliau, yang disaluti dakwan-dakwaan karut dan bohong, dengan menafikan pencapaian negeri sejak diterajui parti Barisan Nasional bermula tahun 1994, di mana beliau sebahagian daripadanya selama 22 tahun. Selama 22 tahun, seluruh perancangan, polisi, dan pendekatan kerajaan semuanya betul belaka, termasuk dasar pemberian Geran Komunal, d

Dasar geran Komunal Sabah

Image
Dasar yang diperkenalkan Kerajaan Negeri pada tahun 2010 itu, diasaskan kepada jumpaan kerajaan negeri, bahawa rakyat yang diberi tanah kerajaan dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu menjual tanah mereka pada harga yang cukup rendah. Hasil penjualan itu, sebenarnya hanya cukup untuk sementara waktu sahaja, kemudiannya rakyat yang berkaitan terus bergelomang dengan keperitan hidup, kerana tiada media lagi untuk mencari sumber pendapatan. Menurut rekod pejabat tanah seluas 1.4juta ekar tanah kerajaan yang diberikan kepada rakyat telah bertukar tangan, khususnya di kawasan-kawasan yang terkait dengan NCR. Oleh kerana rakyat yang diberikan geran itu telah menjual tanah mereka, maka mereka itu terpaksa menceroboh tanah-tanah kerajaan, termasuk hutan simpan. Apabila kerajaan mendapati keadaan sedemikian, maka kerajaan melaksanakan satu dasar pemilikan tanah, iaitu menerusi geran komunal. Menerusi geran itu, tanah kerjaan yang diberikan tidak boleh dijual, melainkan hanya boleh diw

PRU-13 PELUANG PEMBANGKANG TAWAN PUTRAJAYA

Image
Jika diamati, peluang keemasan pembangkang merampas Putrajaya adalah pada PRU-13, bukannya pada PRU-14. Kemuncak kekuatan pembangkang adalah pada PRU tersebut. Bukti bahawa kemuncak sokongan kepada pembangkang, apabila berjaya menafikan undi popular Bn, sejak diadakannya pilihanraya di negara ini. Hanya kerana sistem pilihanraya negara menggunakan first past the post seperti mana amalan demokrasi yang digunakan oleh negara-negara seperti Amerika, United Kingdom, di mana undi popluar bukan penentu kemenangan, akan tetapi jumlah kerusi, manakala di Amerika dipanggil electoral college. Berdepan dengan PRU-14, pembangkang (Pakatan Harapan) tiada isu terpusat (central issue) yang boleh menggamit sokongan rakyat, selain dakwaan-dakwaan dan perkataan-perkataan boombastik seperti pencuri, perompak dan sebagainya. Perkataan-perkataan boombastik seumpama ini, telah digunakan oleh kumpulan reformasi pada tahun 1998, di mana masa itu, perkataan, MAHAZALIM, MAHAFIRAUN, KKN (koruptor, kroni

PRU-14: CALON NOMAD

Image
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri- Dato Seri Dr Zahid Hamidi semasa melancarkan Jentera Pilihanraya Negeri Johor, untuk menolak calon nomad, membawa implikasi seorang calon daripada Sabah yang terpaksa berpindah tempat, kerana tidak lagi menjadi pilihan parti dan pemimpin setempat. Memang kenyataan TPM itu merujuk kepada Lim Kit Siang, kerana penasihat DAP itu merupakan calon nomad. Jika lah, pengundi mengambil iktibar kepada kenyataan TPM itu, maka jika ada calon Bn dalam kategori yang sama, maka ianya boleh digunakan oleh parti lawan untuk merai undi. Jalinan komunikasi pada era ini, tidak lagi terhad, di tempat di mana sesuatu kenyataan itu diucapkan. Kenyataan TPM itu, sudahpun digunapakai oleh parti lawan dan disebarkan melalui media alternatif, cerita-cerita kedai kopi. Nampak gayanya, kenyataan TPM itu, boleh menjadi penghalang kepada calon "nomad" Bn Sabah pada PRU-14. Apa kah menerusi kenyataan TPM itu, boleh mempengaruhi keputusan Bn Sabah mencalonkan