Posts

Showing posts from January, 2018

Umno Berjasa Pada Rakyat Sabah

Image
Kerana kehadiran parti UMNO ke Sabah, bukan sahaja ramai pemimpin negeri dilantik ke peringkat Persekutuan, akan tetapi juga ramai penjawat awam negeri ini dilantik mengetuai agensi-agensi atau jabatan Persekutuan. Apa yang sangat ketara, sejak parti itu menjadi tunjang kepada kerajaan negeri, bukan sahaja kestabilan politik dapat diwujudkan, akan tetapi juga pembangunan dan kemajuan negeri berjalan pada landasan betul. Tan Sri Musa Aman bersama para pemimpin lain termasuk para pemimpin parti komponen Bn, telah Berjaya menterjemahkan amanah yang diberikan oleh rakyat, membangun dan memajukan negeri, baik daripada segi fizikal akan tetapi juga pendapatan. Kehadiran Umno telah melahirkan berbagai pemimpin yang mempunyai komitmen dan komited terhadap negeri dan rakyatnya. Kadar kemiskinan negeri menurun dengan drastiknya. Pada tahun 2016 kadar kemiskinan adalah 2.9% berbanding pada tahun 2009 19.7%. Simpanan kewangan negeri pada tahun 2017 berjumlah RM3.74bilion, berbanding

PRU-14: MENGAPA CURIGA DENGAN PEMANTAU ASING?

Image
Pilihanraya Umum di negara bukan perkara baharu, akan tetapi akan memasuki PRU ke-14. Dalam sejarah PRU di negara ini, hanya pada past PRU tahun 1969 berlaku kekecohan yang menyebabkan tumpah darah. Kejadian pada tahun 1969 itu telah dijadikan sempadan di negara ini, dan setiap parti politik sudah beriltizam tidak akan mengulangi kejadian itu. PRU di negara ini dijalankan oleh satu Suruhanjaya, iaitu badan bebas yang melaksanakan pilihan raya sebagai pelengkap kepada sistem demokarsi yang diamalkan. Telah terbukti, bahawa pilihan raya di negara ini dijalankan dengan telus dan adil, sebab itu parti kerajaan boleh tumbang. Jika dakwaan bahawa pilihan raya negara tidak telus dan adil, dan kononnya dikawal oleh kerajaan yang memerintah, maka tidak mungkin berlaku parti kerajaan kalah. Sebagai contoh disajikan PRU tahun 1990 sehingga tahun 2013. Pada PRU 1990, negeri Kelantan ditawan parti pembangkang. PRU 1999, Negeri Terengganu ditawan pembangkang. PRU 2008, Selangor, Pulau Pi

DISEBALIK KEMPEN UNDI ROSAK

Image
Kehadiran dua Pemimpin Ini Punca Kempen " UNDI ROSAK" Kalau lah, daripada 15juta pengundi pada PRU-14, separuh adalah undi rosak, maka keadaan itu menunjukkan, bahawa ada benarnya pengundi negara tidak dapat menentukan parti mana pilihan mereka. Namun, jika hanya 1-2% daripada jumlah itu merupakan undi rosak, ianya bukan sesuatu yang luar biasa, kerana tanpa kempen sedemikianpun, memang setiap pilihan raya, terdapatnya sejumlah undi rosak. Ada yang mengintreprastikan apabila jumlah undi rosak jauh lebih banyak daripada majoriti seseorang calon yang menang, maka calon yang menang itu, tidak mewakili rakyat sesebuah kawasan. Sebenarnya bukanlah demikian, jumlah undi undi rosak perlu dibanding dengan jumlah undi keseluruhan, bukannya pada jumlah majoriti. Sistem pilihan raya negara mengguna pakai First Past The Post, ertinya, calon yang mempunyai undi terbanyak antara berbagai calon adalah pemenang, tidak kiralah undi yang diperolehi itu jauh lebih kecil berbanding undi

Persekutuan Tidak Ambil Hak Sabah - PM Najib

Image
PM Datuk Seri Najib sedar, bahawa selama 22 tahun pemerintahan Tun Dr Mahathir, Sabah banyak ketinggalan, ketinggalan dalam semua perkara. Kemudahan asas tidak dibina, kemudahan kesihatan tidak dibina, jalan-jalan perhubungan tidak dibina, tiada rakyat Sabah diberi peluang menjadi Ketua Agensi Kerajaan Persekutuan, malah yang paling malang, pentadbiran mantan PM itu menyekat peruntukan Persekutuan kepada Sabah. Kini, hanya 8 tahun, DS Najib menjadi Perdana Menteri, peruntukan untuk Sabah kalau dijumlahkan melebihi peruntukan daripada 5 Perdana Menteri sebelumnya, Komitmen Perdana Menteri memajukan Sabah separas dengan kemajuan Semenanjung, memerlukan dana yang besar. Komitmen itu dapat direalisasikan jika beliau tetap menjadi PM. Rakyat Sabah perlu memastikan, bahawa pada PRU-14 akan datang sekurang-kurang 22 kawasan parlimen dapat disumbangkan kepada Bn. Sabah, Sarawak, WP Labuan mempunyai 57 kerusi parlimen. Pada PRU-13, Bn menang 48. Jika jumlah kerusi itu dapat pertah

PRU-14: PILIH CALON YANG BERKHIDMAT BUKAN YANG BERHORMAT

Image
ADA dua kategori calon pada PRU-14, samada calon YANG BERKHIDMAT atau YANG BERHORMAT, dua-duanya mempunyai singkatan yang sama, YB. Pengundi Sabah yang tersibar di 25 kawasan Parlimen dan 60 DUN, sudah tentu sudah dapat jawapan, mana wakil rakyat yang terkategori sebagai YANG BERKHIDMAT dan YANG BERHORMAT. Bagi penulis, jelas wakil rakyat yang termasuk dalam kategori YANG BERHORMAT adalah mereka yang mewakili Parlimen Sandakan, Penampang dan Kota Kinabalu, manakala Semporna bermula tahun 2015. Untuk kawasan Dun, wakil rakyat yang termasuk dalam YANG BERHORMAT, adalah ADUN Tamparuli, Inanam, Likas, Api-Api, Kepayan, Moyog, Bingkor, Sri Tanjung, Klias, manakala ADUN Matunggong, Kedamaian dan Luyang, hanya separuh jalan menjadi YANG BERHORMAT sebelum bertukar kepada YANG BERKHIDMAT. Apa yang mencirikan seseorang wakil rakyat itu dipanggil YANG BERKHIDMAT? mereka itu berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing dengan memberikan pembelaan kepada mereka, manakala mereka yang

PRU-14: PEMIMPIN KHIANAT PADA RAKYAT PERLU DITOLAK

Image
Pemimpin yang pernah mendapat kuasa, akan tetapi khianat pada rakyat, maka perlu ditolak. Tun Dr Mahathir mempunyai rekod yang sangat ketara, selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, mengenepikan kemajuan rakyat Sabah, manakala Datuk Shafie Apdal khianat kepada rakyat luar bandar, khususnya semasa beliau menerajui kementerian KKLW. Tahun 2009, 6 tahun selepas Tun Mahathir letak jawatan sebagai Perdana Menteri, kadar kemiskinan Sabah 19.7%, sedangkan kerajaan yang disokong mantan PM itu telah mengalih kerajaan negeri selama 15 tahun bermula tahun 1994. Cuba bayangkan kadar kemiskinan sebelum itu. Rekod kemajuan Sabah dan rakyatnya sebenarnya hanya bermula selepas Tun Mahathir bersara. Pengwujudan koridor pembangunan Sabah hanya diwujudkan apabila Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Kemudiannya momentum pembangunan Sabah diteruskan oleh Datuk Seri Najib Razak. Pada era Najiblah, Sabah mendapat banyak peruntukan, termasuk dana yang disalurkan menerusi KKLW sebanyak 15bil

PRU-14: KAMU PILIH YANG MANA?

Image
Kalau kamu minat, parti yang dipimpin untuk mencapai kepentingan peribadi, maka pilihlah Pakatan Harapan(PH), jika kamu pilih parti yang dipimpin untuk agama, bangsa dan Tanah air (ABATA), pilihlah Bn. PH, yang dianggotai PPBM, PKR, DAP dan Amanah. PPBM ditubuhkan untuk Datuk Mukhriz Tun Mahathir jadi Perdana Menteri, PKR ditubuhkan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, DAP agar Malaysia seperti Singapura, Amanah, kerana kalah pemimpinnya ditolak oleh PAS. Manakala Bn, sejak merdeka lagi, tetap dengan satu MISI ABATA !!! Kalau Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa DS Najib Razak adalah perompak, penyangak, sebabnya semasa beliau PM, beliau lakukan itu, sebab itu beliau menganggap, bahawa setiap PM mesti bertindak dengan perbuatan sama. Berbagai cerita direka, termasuk bebelanja ratusan juta ringgit menggunakan media luar Negara, penulis upahan seperti pemilik Sarawak Reports, menaburkan berbagai cerita fitnah. Namun, berasaskan keadaan dalam Negara, pertumbuhan ek

Najib Razak di Nabawan

Image
Hampir 30,000 rakyat Pensiangan menyambut Perdana Menteri di Pekan Nabawan pada Jumaat. Sempena lawatan itu, beliau telah merasmikan Klinik Kesihatan dan Kompleks Sukan Nabawan, janji pada PRU-13 lalu. Menerusi perasmian Klinik Kesihatan itu, maka penduduk Nabawan tidak perlu berjalan jauh ke Hospital Keningau untuk menerima rawatan. Berkaitan dengan Kompleks Sukan, rakyat kawasan itu dapat memanfaatkan kompleks itu untuk meningkatkan prestasi sukan dari kalangan rakyat selain boleh menjadi pendorong mereka yang mempunyai bakat dalam sukan untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi termasuk mewakili negeri dan Negara. Sambutan yang luarbiasa daripada penduduk Pesiangan terhadap Perdana Menteri, mengingat penulis pada keputusan PRU-13. Pada PRU-13, seramai 21,379 pengundi keluar mengundi, daripada jumlah itu calon Bn mendapat undi di peringkat Parlimen seramai 9,467 menerusi Tan Sri Joseph Kurup, Presiden PBRS. Menerusi jumlah undi itu, beliau menang dengan majority 1,744

GELARAN DIKTATOR: CARA TUN M CUCI TANGAN

Image
Memang diakui, bahawa Tun M, sungguh hebat menggunakan psikologi terbalik, sebab itu, bagi yang mengenali mantan PM itu, untuk mengenalpasti sifat beliau, JANGAN bertindak APA yang diucapkan, tetapi BERTINDAK apa yang dia buat. Sebabnya, mantan PM itu, mempunyai DUA sifat yang berbeza dalam satu masa, iaitu sentiasa bercanggah dengan yang lain. Ulasan Menteri Komunikasi dan Mutimedia- Datuk Salleh Tun Said menerusi blog beliau DISINI yang merujuk kepada tulisan di blog mantan PM itu sebagai satu bentuk latihan sindiran dan psikologi terbalik untuk menepis segala tuduhan bahawa dia adalah diktator dan kleptokrat ketika dia menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, sungguh tepat sekali. Kalau ditelusuri tulisan terbaharu mantan PM itu, sebenarnya cara beliau CUCI TANGAN berkaitan tindakan beliau masa lalu, bersembunyi dibalik kata-kata itu, kerana, mantan PM itu sungguh hebat mempraktikkan perilaku semulajdi beliau, APA YANG DICAKAP BERBEZA DENGAN TINDAKAN. Tulisan beli

PRU14: ANTARA PARTI BERPASUKAN ATAU PARTI BANYAK KEPALA ?

Image
Apa yang kita Nampak, parti-parti yang melawan Bn, terlalu banyak kepala, masing-masing mengaku lebih hebat daripada yang lain, berbanding parti Bn yang ada SATU kepala. Falsafah parti-parti yang melawan Bn, mengapa mereka masing-masing ada kepala, kononnya, tidak MAHU seperti kerbau dicocok hidung. Akan tetapi, disebalik anggapan itu, sebenarnya mereka itu HANYA berjuang untuk kepentingan sendiri. Mahu menggunakan rakyat untuk mencapai hasrat peribadi. Berlainan dengan Bn yang hanya satu kepala, meskipun dicap sebagai kerbau cocok hidung, apa yang penting tujuan/matlamat MEMBELA rakyat dan MEMAJUKAN negeri tercapai. Parti-parti lawan Bn, semuanya kapten dalam satu kapal, tiada lagi kelasi. Bayangkan, bagai mana kapal itu boleh sampai ke destinasi? Rakyat/pengundi Sabah, jangan terpedayah, jangan terpengaruh, atas muslihat parti-parti seperti parti Warisan Sabah, parti-parti yang bergabung dalam Gabungan Sabah (GS), selain parti Cinta Sabah (PCS), kerana mereka itu, semua p

PRU-14: KERAJAAN DAN RAKYAT BERPISAH TIADA

Image
Tanpa rakyat, maka tiadalah kerajaan, demikian juga sebaliknya. Atas asas itu, maka kerajaan Sabah pimpinan Tan Sri Musa Aman, bukan sahaja melihat rakyat sebagai pendorong untuk memajukan negeri, akan tetapi ianya sebagi pembangkit semangat untuk bekerja keras. Bagi Musa, tiada HARI tidak memikirkan kemajuan rakyat dan negeri. Sehari suntuk melayan rakyat, samada di Pejabat atau rumah kediaman rasmi, adalah rutin harian, jika tidak melawat pelosok negeri. Pencapaian kerajaan yang diterajui Musa, bukan sahaja dirasakan rakyat biasa, malah mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh bukan sahaja mengakui, malah kagum dengan KM Sabah ke-14 itu. Pada usia menjangkau 88 tahun, Harris menyatakan telah melalui perjalanan negeri dan rakyatnya, termasuklah pernah menjadi Ketua Menteri Sabah. Dalam kesempatan sembang petang, bersama Bekas Ketua Menteri Sabah itu, apabila ditanya berkaitan dengan kemajuan negeri, beliau bukan sahaja kagum, akan tetapi tidak percaya Musa boleh

PRU-14: TSUNAMI MELAYU HARAPAN PH

Image
Tsunami cina sudah berlaku. Keputusannya, hanya menidakkan kuasa 2/3 dan kehilangan undi popular bagi Bn. PRU-14, PH mengharapkan tsunami cina dan melayu berjalan serentak untuk menawan Putrajaya. PH membuka langkah pertama, apabila lebih awal menamakan Perdana Menteri, lebih awal berpakat berkaitan pembahagian kerusi. Langkah itu, telah menjawab teka teki rakyat. Pada PRU-14, pengundi Negara ini, hanya ada dua pilihan, BN atau PH. Pandangan bahawa PH dikuasai DAP, dinafikan menerusi pembahagian jumlah kerusi yang ditandingi. PPBM-52, PKR-51, DAP-35, Amanah-27 di Semenanjung. Bagi kaum melayu, 79 kerusi yang ditandingi PPBM dan Amanah, adalah kerusi melayu, kemudian ditambah kerusi PKR, ada melayu, ada cina dan ada india. Jika PKR ada 30 calon melayu, maka kerusi yang ditandingi melayu sebanyak 109, makna kata, 56 kerusi bukan melayu. Di atas kertas, kecurigaan terhadap PH dikuasai DAP telah ditepis. Yang hanya jadi persoalan, sejauh mana PPBM dan Amanah menyumbang kerus

Shafie Dengan Tangki Kuningnya

Image
Menarik artikel the Dayak daily ( DISINI  ) yang memuat naik artikel itu secara ekslusif, dengan memberi info kesamaan antara penyelewengan dana RM1.5bilion daripada dana RM7.5bilion untuk Sabah daripada tahun 2009-2015. Setakat ini lebih 11 orang termasuk Datuk Shafie Apdal telah disiasat termasuk tahanan reman berhubung penyelewengan dana KKLW semasa Presiden parti Warisan Sabah itu menerajui kementerian tersebut. Kesemua ke-11 yang disiasat dan ditahan reman itu, telah dibebaskan atas jaminan SPRM. Pada oktober lalu, Negara digemparkan dengan penemuan wang tunai terbesar oleh SPRM yang membabitkan Pengarah, Timbalan Pengarah dan mantan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah yang terlibat mengendalikan projek-projek Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB) yang mendapat peruntukan daripada KKLW. Seperti mana laporan berbagai pihak, peruntukan KKLW untuk luar bandar, samada daripada Sabah dan Sarawak, memang mendapat KPI yang cukup tinggi, kerana kementerian itu Berjaya membelanjak
Image
Shafie Sedang Berlakon Di hadapan Gerai Pisang di Pekan Tuaran Janganlah syiok sendiri, kerana Pekan Tuaran yang penuh sesak setiap Hari Ahad, dikatakan pula sesak, kerana kehadiran Datuk Shafie Apdal. Kalau demikian, mengapa setiap Hari Ahad, OKB (blogger one-kota belud) melawat pekan itu, tidak dikatakan sesak, kerana OKB datang. Mungkin, ADUN Sulaman Datuk Hajiji Haji Noor tersenyum-senyum simpul, apabila penyokong parti Warisan Sabah mendakwa, Pekan Tuaran sesak, pada ahad, kerana kehadiran mantan Naib Presiden Umno itu. Untuk makluman para pembaca, setiap hari Ahad, Pekan Tuaran akan sesak di semua penjuru, kerana adanya tamu mingguan. Kesesakan pekan itu, bukan baharu, ianya berlanjutan puluhan tahun lampau. Demi mengaburi mata rakyat, maka parti Warisan Sabah mengambil peluang, tentang keadaan ramainya orang ramai, agar boleh diambil gambar, kononnya sambutan penduduk Tuaran, luar biasa. Tidak malu ke mereka?? Suara Rakyat

PRU-14: TUN MAHATHIR HINDAR KAWASAN UMNO

Image
Tun M yang dikatakan bertanding di Parlimen Langkawi, tidak akan menjadi kenyataan, kerana kawasan parlimen itu adalah kawasan Umno. Mantan PM itu, akan bertanding di kawasan di mana Umno tidak kuat. MP Gombak yang juga Timbalan Presiden PKR- Azmin Ali, telah membayangkan akan memberi laluan kepada bakal PM PH itu. Parlimen Gombak telah dimenangi Azmin sejak PRU 2008. Isyarat yang diberikan mantan PM itu dalam acara yang dihadiri beliau di Tanjung Piai, Johor pada Sabtu, menggambarkan bahawa parti PPBM bukanlah saingan Umno, sebaliknya jikapun parti itu mendapat kerusi pada PRU-14, kerusi itu, memangpun milik parti dalam PH. PPBM diberikan 52 kerusi daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung, sementara PKR 51, DAP parti terkuat dalam gabungan itu 35, manakala parti serpihan PAS- Amanah-27. Dalam 4 parti gabungan itu, hanya DAP ada kemungkinan mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-13, manakala PKR, akan kehilangan banyak kerusi, manakala Amanah diragui untuk mena

PRU-14 SABAH: PENDUDUK KOTA BELUD TOLAK SHAFIE

Image
Tiada pilihan raya yang tidak panas. Parti yang memerintah merasa bahang panas kerana hendak ditumbangkan oleh parti lawan. Menghadapai pilihan raya, rakyat diketengahkan dengan dua pilihan, FAKTA DAN PERSEPSI . Parti yang merampas kuasa, menaburkan berbagai cerita fiksi, cerita gossip, berita palsu, fitnah dan janji-janji retorik. Mereka yang bermodalkan air liur itu, hanya mengunakan lidah untuk berkata-kata. Manakala parti yang meminta semula mandate, membawa bersamanya pencapaian, rekod dan fakta pembangunan, kemajuan. Fakta dan rekod ini disanggah dengan putar belit, dakwaan palsu, malah dijadikan sandaran janji bulan bintang. Di awal jelajah Datuk Shafie, memang ramai rakyat datang untuk mendengar ucapan, mahu melihat sosok tubuh mantan Naib Presiden Umno itu, kerana nama memang kerap terpampang di dada-dada surat khabar, atau media social, namun mereka tidak pernah melihat secara “live”, kalau “live”pun hanya di kaca TV RTM. Apabila lebih setahun kewujudan parti

PRU14 : Najib atau Mahathir ?

Image
kini telah jelas, PRU-14 menentukan, samada rakyat pilih DS Najib atau Tun Dr Mahathir. Jika pilih Dr Mahathir, bermakna, parti terlama didunia yang memerintah, terpaksa akur dengan keputusan rakyat, demikian juga rakyat negara ini masih memerlukan pemimpin lama untuk mengetuai kerajaan. Rakyat juga telah bersedia, menerima kesilapan 22 tahun berulang. Menerusi keputusan demikian, tag mahazalim, mahafiraun, hanya olok-olok bukan serius pun. Gerakan reformasi yang bermula tahun 1998, hanya mainan atau sandiwara. Menjadikan Tun Dr Mahathir PM semula, bermakna Malaysia akan selamat. Harga barang akan automatik menurun, harga minyak menurun. Rakyat yang tiada pekerjaan, tidak perlu mencari kerja, kerana kerja yang mencari. Hutang negara bukan sahaja akan berkurang, malah akan jadi sifar. Projek mega di bandar-bandar akan diwujudkan, persetan dengan kemajuan luar bandar. Memajukan luar bandar tidak menguntungkan kerajaan, kerana tidak memberi impak kepada perekonomian negara,

Lagi Fitnah terbaru terhadap PM

Image
Nampak gayanya menjelang PRU-14, semakin rancaknya pembangkang memfitnah PM. Lawatan DS Najib Razak ke Arab Saudi diputar belit, kononnya bukan lawan rasmi, akan tetapi bercuti. Apa yang malang lagi, kononnya semasa PM bercuti dengan isteri beliau, beliau diserati keluarga beliau, menggunakan kemudahan pesawat khas kerajaan. DS Najib Razak melawat Arab Saudi, sebagai lawatan balas Raja Salman ke Negara ini pada tahun lalu. Dalam lawatan balas PM, termasuk pemuktamadan Pusat islam Raja Salman di Putrajaya. Menerusi gambar yang dikongsi PM menerusi laman social beliau, pemitnah menggunakan gambar itu, untuk memuatkan caption yang berunsur dakwaan dan tomahan. MR

PRU-14: PILIH BN JELAS SIAPA PERDANA MENTERI

Image
Parti Barisan Nasional mempunyai 13 parti komponen, akan tetapi sangat mudah menentukan siapa Perdana Menteri, berbeza dengan Pakatan Harapan, hanya 4 parti, bukan sahaja susah menentukan siapa Perdana Menteri, akan tetapi mereka buntu. 2.  Mengapa mereka buntu? pakatan mereka adalah pakatan longgar, masing-masing parti mempunyai hala tuju sendiri, mereka ibarat tidur sebantal, mimpi lain-lain. 3.  Sanggup kah rakyat bersandar pada parti-parti demikian?  Menyokong parti-parti itu, hanya menjadikan pemimpin  parti-parti itu sebagai wakil rakyat, menikmati elaun-elaun dan kemudahan-kemudahan lain, manakala rakyat, dibiarkan terjun dengan labuh-labuhnya. 4.  Dalam menamakan Perdana Menteri, PKR menentang Dr Mahathir menjadi calon Perdana Menteri, walaupun Dr Wan Azizah sebagai timbalannya. Pemimpin PKR tahu, penubuhan parti itu semata-mata kerana mahu menjadikan Dato Seri Anwar Perdana Menteri, tak kan begitu mudah parti itu mengalah dan bersetuju, melantik orang lain. 5.  Pres

STRATEGI PEMBANGKANG: MENANG DULU FIKIR KEMUDIAN

Image
Kalaulah rakyat negara ini sempat berfikir sejenak, sudah pasti tidak akan menyokong parti pembangkang. Sebabnya, secara tidak langsung, pembangkang hanya mahu dapat kuasa, bukanpun kuasa yang didapat itu untuk kepentingan rakyat. 2.  Startegi mereka, memang dulu, fikir kemudian. 3.  Contoh arah tindakan mereka, mereka mengwar-warkan negara bakal muflis, kononnya kerana hutang negara dan penurunan nilai ringgit terhadap dollar Amerika. 4.  Berkaitan hutang negara (tahun 2013) sebelum Tun Dr Mahathir keluar daripada Umno dan masih menyokong DS Najib Razak, mantan Perdana Menteri itu berkata nisbah hutang negara 53% terhadap KDNK, tidak menjadikan Malaysia muflis seperti Greece, namun selepas itu, beliau berkata nisbah hutang negara sebesar 50.9% membolehkan negara muflis seperti Greece. 5.  Dakawaan berkaitan penurunan nilai ringgit, kononnya kerana negara dipimpin Najib, dengan kata lain, jika pemimpin lain, maka nilai ringgit mengukuh. 6.  Kini, nilai ringgit mengukuh dar

PRU14 SABAH : Elopura Dapat Calon Baru

Image
ADUN Elopura, Datuk Au Kam Wah, sudah mengumumkan tidak akan mempertahankan DUN Elopura yang dimenangi beliau sejak tahun 2004, sebaliknya kawasan itu akan ditandingi Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN tersebut Chan Tzun Hei,34. 2.  Menerusi kenyataan ADUN itu, telah menecah tradisi pengumuman calon-calon bagi parti Bn, kerana biasanya calon-calon akan diketahui selepas parlimen/dun dibubarkan, dan pengumuman calon biasanya dilakukan oleh pengerusi Bn negeri atau Presiden sesebuah parti komponen. 3.  Tidak diketuai apa yang mendorong ADUN itu menamakan calon pengganti beliau? Apa kah di kawasan itu sedang berlaku perebutan calon? selepas beliau tidak mempertahankan kawasan itu? 4.  Untuk gambaran keupayaan Au di kawasan itu bermula pada PRU 2004, 2008 dan 2013. Pada PRU 2004 beliau mendapat undi 8,095 dan menang dengan majoriti 6,978; pada PRU 2008 mendapat undi 7,919 menang dengan majoriti 5,409, manakala pada PRU 2013 beliau mendapat undi 8,105 dengan majoriti 251.

2 + 0 + 1 + 8 = 11

Image
PERLUKAH DITETAPKAN PRU14 ? Saranan MP Pokok Sena- Mahfuz Omar, supaya DS Najib Razak menetapkan tarikh PRU-14, supaya rakyat atau pengundi dapat mempersiapkan diri menghadapi PRU itu. 2.  Apa kah saranan itu mempunyai merit untuk diambil peduli? 3.  Negara ini, bukan sekali berdepan PRU. PRU-14 adalah yang ke-14, walaupun ada pengundi menghadapinya untuk kali pertama. 4.  Sebenarnya pengundi tidakpun perlu membuat persediaan apa-apa menghadapi PRU, kerana komitmen pengundi hanya keluar mengundi, dan selepas itu tiada sebarang tuntutan lain. 5.  Pengundi khususnya yang tidak terlibat dengan aktiviti kempen, hanya memerlukan masa antara 1-2 jam daripada mana-mana tempat untuk pergi ke pusat mengundi untuk membuang undi. Pengundi tidak terlibatpun, menjaga kontak undi, tidak terlibat mengira undi. 6.  Tugas pengundi hanya keluar mengundi pada tarikh dan masa yang ditentukan. Ertinya, tiada sebarang keperluan persedian atau persiapan yang diperlukan, kerana kertas undi,

PRU14 Sabah - Pembangkang Hanya SYIOK Sendiri

Image
Parti pembangkang Sabah perlu mengakui, bahawa mereka ketandusan pemimpin yang boleh menarik sokongan rakyat.  Pembangkang tiada pemimpin yang boleh dihandalkan untuk membela Sabah dan rakyatnya. 2.  Para pemimpin pembangkang terdiri daripada pemimpin yang syiok sendiri, glamour sendiri, semacam angkat bakul sendiri. 3.  Pemimpin Sabah yang tiada rekod yang boleh dilihat oleh rakyat sebagai membela negeri dan rakyatnya.  Apa yang ada, adalah pemimpin yang terpalit dengan berbagai skandal, yang mana semua skandal itu telah manafikan hak-hak rakyat. 4.  Pemimpin seperti Datuk Shafie Apdal terpalit dengan skandal RM7.5bilion dana KKLW, terpalit dengan cadangan menjual tanah di Tongod  menerusi RISDA, sehinggakan wang agensi Persekutuan itu yang berjumlah RM15.5 juta hilang begitu sahaja, terpalit dengan cadangan menjual Yayasan Sabah tahun 1994. 5.  Sementara para pemimpin yang termasuk dalam Gabungan Sabah, ada yang terpalit berkaitan Saham Amanah Sabah (SAS), ada yang terpalit

TINJAUAN KEPUTUSAN PRU 1999 - 2013 NEGARA

Image
Pada PRU 1999, selepas krisis kewangan serantau, dan pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim, serta era reformasi, Bn menang 148 kerusi parlimen berbanding pembangkang 45. Jumlah kerusi Bn itu mewakili 76.7% daripada keseluruhan kerusi yang dipertandingkan. 2.  PRU 2004, selepas pesaraan Tun Dr Mahathir, yang bersara pada Oktober 2003, Bn menang 198 kerusi parlimen berbanding pembangkang 21. Jumlah kerusi yang diperolehi Bn tersebut merupakan 90.41% daripada keseluruhan kerusi yang dipertandingkan. 3.  Apa yang boleh dilihat daripada keputusan PRU 2004 tersebut? jawapannya, bagai mana rakyat bersuka ria menyambut keputusan Tun Dr Mahathir untuk bersara. 4.  Keputusan rakyat menerusi PRU 2004, telah mencuit hati mantan Perdana Menteri terlama negara itu, sehinggakan beliau mula mengeritik kepimpinan Dato Seri Abdullah Badawi. 5.  Mantan Perdana Menteri berusaha kembali dalam arena politik, termasuk bertanding perwakilan 7 (G7) bagi Bahagian Kubang Pasu yang pernah beliau ketuai be