Posts

Showing posts from February, 2018

TUN DR MAHATHIR PUNCA SABAH MUNDUR

Image
Hanya mereka yang menelan ludah dan kahak sendiri tidak membincangkan atau mempersoalkan apa yang pernah dibawa oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan yang diketuai DAP membuat keputusan melantik beliau ke jawatan itu untuk sementara jika pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya. Perbincangan dalam kalangan rakyat Sabah berkaitan apa yang dilakukan mantan Perdana Menteri ke-4 itu ternyata mendedahkan pelbagai kelemahan beliau yang bermula daripada tindakannya menggunakan sistem penggiliran Ketua Menteri setiap dua tahun sehingga membantutkan pembangunan negeri kepada penarikan hak-hak negeri ini dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Masih lekat diingatan rakyat Sabah apabila pada tahun 1983 Dr. Mahathir membatalkan perundangan tentang hak eksklusif rakyat Sabah dalam pembekalan elektrik dan industri gas apabila diberikan kepada Persekutuan walaupun jelas terkandung di dalam MA63. Selain itu, pada tahun 1996 kuasa Imigresen

HAK SABAH & SARAWAK DALAM MA63 AKAN DIKEMBALIKAN - DS NAJIB

Image
Dato Seri Najib Razak telah berulang kali memberi pengakuan bahawa mana-mana hak Sabah dan Sarawak yang terambil, sama ada sengaja atau tidak sengajakan sebelum ini, sudah pasti dikembalikan untuk masa depan dua negeri itu dan rakyatnya. Menurut Perdana Menteri, beliau sebagai Perdana Menteri untuk semua, sanggup mengembalikan hak-hak Sabah dan Sarawak, kerana menurut beliau, sebagai satu keluarga besar, maka setiap hak masing-masing perlu dikembalikan, kerana kaedah itu akan menjamin keuntuhan keluarga besar, keuntuhan negara, iaitu negara Malaysia. Menurut Perdana Menteri, rakyat Sabah dan Sarawak telah bebas berdebat, mengulas, membuat kenyataan, menganalisa dan sebagainya berkaitan MA63, sejak beliau menjadi Perdana Menteri, berbeza ketika zaman Tun Dr Mahathir selama 22 tahun, sesiapa yang bercakap berkaitan perjanjian itu, akan dituduh sebagai anti Malaysia dan seterusnya ditangkap diletakkan dalam ISA. Dato Seri Najib Razak, adalah Perdana Menteri Malayisa pertama darip

BERDOLAK DALIKNYA SAHFIE

Image
22 tahun Datuk Shafie kata, TIADA parti terbaik memerintah negara, selain Umno dan Bn. 22 tahun bukan jangka masa singkat. Akan tetapi, apabila Umno dan Bn mendapati beliau curang, maka “digantung” keahlian. Boleh sahaja parti memecat, tapi “beri” peluang, maka beliau berpatah arang, tubuhkan parti tumbangkan Umno dan Bn. Sebabnya hanya satu dendam, dan kedudukan hilang. Kalau perjuangan seorang hanya lakonan, maka akan berlaku seperti mana yang berlaku pada Shafie. Shafie masuk politik kerana bapa saudaranya Datuk Sakaran Dandai (kini Tun) membawa masuk dan melantik beliau sebagai Setiausaha politik sebaik sahaja mantan TYT itu dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada tahun 1994. Shafie adalah seorang pegawai kerajaan, bukan seorang ahli politik. Menyertai Umno kerana dapat kedudukan, jika tidak, beliau seperti yang lain akan tunggu masa bersara, baru bising-bising soal politik. Apabila kehilangan jawatan, maka mahu kembali ke jawatan, maka mempergunakan rakyat untuk kemba

PRU-14: PILIH BN ADA REKOD, PILIH PARTI LAIN HANYA RETORIK

Image
Mana pilihan ada? Parti yang ada rekod dan teruji atau parti yang bersandarkan pada retorik dan tiada rekod. Bagi Sabah, sejak tahun 1994, apabila Bn mengambil alih tampuk kerajaan negeri, rekod dan fakta dapat dirasai oleh semua rakyat. Kalau lah rakyat memilih berasaskan kepada rekod dan bukti, maka rakyat tidak akan sangsi untuk terus memberi kepercayaan kepada Bn memerintah negeri. Rakyat Sabah, perlu ingat, parti yang mahu merampas kerajaan daripada BN, sebenarnya mantan-mantan pemimpin BN, yang pernah diberikan kuasa dan kedudukan. Namun, kerana sifat amanah dan tanggungjawab mereka bukan kepada rakyat dan negeri, akan tetapi demi kepentingan peribadi, maka mereka menjadi lawan kepada BN. Dalam BN, tiada tempat bagi mereka yang memperjuangkan kepentingan peribadi. Jika terdapatnya pemimpin seumpama itu, maka tidak akan dapat bertahan dalam gabungan berbagai parti itu. Punca itulah pemimpin yang kemudian menjadi pembangkang Sabah terkeluar daripada system parti BN, dan a

PRU-14: TUN DR MAHATHIR MAHU SELESAI MASALAH NEGARA DALAM 2 TAHUN ?

Image
Tergambar sangat bahawa Tun Dr Mahathir tidak bercakap benar, apabila secara konsisten bercakap bahawa negara bermasalah. Setakat ini, daripada semua kenyataan beliau yang dikatakan masalah yang sedang berlaku dalam negara, sebenarnya tiada asas dan tanpa bukti, kerana tidak disokong sebarang data dan fakta. Mantan Perdana Menteri itu seolah-olah dalam dunia fantasi. Kerana beliau dalam dunia fantasi, maka mahu membawa rakyat bersamanya. Sejak beliau memilih Dato Seri Najib Razak sebagai sasaran, semua kenyataan beliau berkaitan Perdana Menteri hanya merupakan persepi dan rekaan, malah terkategorikan sebagai berita palsu (fake news). Sebenarnya, tiada masalah yang melanda dalam negara. Masalah yang ada hanya terletak pada mantan Perdana Menteri itu, tidak mampu mendesak DS Najib meletakkan jawatan. Masalah yang ada hanya pada Tun Dr Mahathir bersama-sama dengan para pemimpin dalam Pakatan Harapan, yang saban hari membuat fitnah dan cerita bohong. Akibat cerita bohong dan

Warisan fitnah Jabatan Perhutanan Sabah guna gambar pembalakan PALSU !

Image
Jabatan Perhutanan Sabah perlu melaporkan kepada Polis dan SKMM kerana dakwaan pembalakan haram Lembangan Maliau menggunakan gambar palsu dan juga akaun Facebook palsu tertera penyokong Warisan. KOTA KINABALU : Jabatan Perhutanan Sabah menafikan dakwaan mengatakan pembalakan haram sedang berlaku di hutan rizab Lembangan Maliau, mengatakan gambar yang dimuatnaik di Internet memaparkan tanda-tanda peralatan yang tidak ditemui di Sabah. Ketua Konservator Datuk Sam Mannan berkata dakwaan Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah itu tidak benar, dan membidas kumpulan itu kerana memfitnah dan menyebarkan perkara tidak benar yang berniat jahat. “ Gambar yang tersebar di media sosial boleh diambil di mana sahaja di pulau Borneo . “ Perkara yang paling tidak konsisten dalam dakwaan-dakwaan itu ialah peralatan yang dipaparkan menunjukkan tanda-tanda pendaftaran yang tidak terdapat di Sabah ,” katanya. Mannan berkata Lembangan Maliau diwartakan sebagai kawasan perlindungan penuh (TPA)

PRU-14: BAHANA BERITA PALSU

Image
Parti Bn benar-benar tercabar dengan berita palsu, daripada yang sekecil-kecilnya sehingga yang sebesar-besar-besarnya. Contoh berita palsu adalah memuat naik gambar-gambar jentera pembalakan, lori-lori balak, kononnya jentera-jentera dan lori-lori itu sedang beroperasi di sesebuah kawasan, dan pihak-pihak yang terlibat adalah pemimpin  kerajaan Bn, sedangkan faktanya, kejadian seumpama itu bukan pun berlaku di kawasan yang dimaksudkan, akan tetapi di negeri jiran. Impak kepada berita palsu itu, pihak jabatan yang menjalakan siasatan selain membuang masa dan tenaga akan tetapi juga menanggung kos yang besar. Infografik berkaitan sejumlah wang yang dirampas SPRM daripada beberapa individu berkaitan skandal Jabatan Air Sabah, dengan ulasan bahawa SPRM tidak bertindak mendakwa pihak-pihak terbabit, kerana kononnya, wang yang dirampas itu kepunyaan pemimpin tertentu. Sedangkan faktanya, para individu yang terbabit sudahpun dihadapkan di mahkamah dan sedang menunggu hari perbicaraan.

PRU-14 SABAH: PERTEMBUNGAN PERSONALITI

Image
Kalau lah rakyat Sabah mengadili para pemimpin berasaskan personality pada PRU-14, sudah tentunya parti-parti pembangkang tiada peluang untuk menewaskan parti Barisan Nasional. Daripada sekian ramai pemimpin parti pembangkang, hanya seorang pemimpin belum teruji bertanding dalam pilihan raya sebagai calon parti pembangkang. Pemimpin itu adalah Datuk Shafie Apdal. Datuk Yong Teck Lee, Datuk Lajim Ukin, Datuk Wilfred Bumburing, Datuk Jeffery Kitingan sudah teruji sebagai calon pembangkang. Di antara mereka itu, Yong tidak lagi pernah menang. Datuk Lajim dan Bumburing merupakan pemimpin Bn yang keluar daripada Bn menjelang PRU-13, manakala Yong keluar daripada Bn sebaik sahaja Gerakan September tahun 2008 Dato Seri Anwar Ibrahim gagal. Pada PRU-13, terbukti personality mantan pemimpin BN yang menjadi pembangkang, hanya menyelematkan diri masing-masing, dan tidak membawa impak di kawasan lain, meskipun salah seorang mantan pemimpin UPKO, Maijol Mahap hampir melakukan “upset” di

PRU14: Kempen Menyokong Mahathir dan Kawan-kawan

Image
Mereka berkempen agar rakyat jangan menonton TV3 atau RTM dan jangan membaca surat khabar arus Perdana, kerana menurut mereka, media-media itu membawa mesej atau propaganda kerajaan Bn mempengaruhi minda rakyat, sebaliknya mereka menggalakkan rakyat mendapat berita atau maklumat daripada portal-portal on line atau real time, kerana menurut mereka portal-portal sedemikian menyiarkan atau melaporkan berita-berita atau maklumat seimbang. Selain itu, mereka meminta rakyat jangan hadir pada ceramah-ceramah Bn, kerana ceramah-ceramah itu tiada sesuatu yang baharu, kecuali membidas pembangkang. Mengundi Bn bermakna mengundi harga barang naik, mengekalkan GST, mengekalkan perompak dan penyanggak. Mengundi Bn, maka membolehkan kerajaan itu melaksanakan polisi-polisi tidak populis, seperti pelaksanaan GST selepas PRU-13. Apabila kerajaan baru mengambil alih, maka tindakan populis akan diambil oleh kerajaan baharu seperti pemansuhan GST, menyediakan air percuma. Mengundi Pakatan Hara

PRU-14: FAKTOR BENCI PENENTU KEPUTUSAN PILIHAN RAYA

Image
Sedarkah anda, factor apa yang menyebabkan Kelantan terlepas daripada parti Bn pada tahun 1990? Penyebabnya adalah kebencian. Kemudiannya, factor kebencian itu membesar sehinggakan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak terlepas daripada kerajaan Bn pada tahun 2008. Parti yang memerintah Selangor, Pulau Pinang Berjaya mempertahankan factor kebencian, sebab itu pada PRU-13, Bn kalah teruk di dua buah negeri itu. Manakala di Kedah, kerana pemimpin kerajaan masa itu, tidak menanam kebencian sebagai asas mempertahankan kerajaan, maka factor itu tidak melekat pada hati rakyat, kerana itu lah pada PRU-13, Kedah kembali ke pangkuan Bn. Di Kelantan pula, meskipun kebencian bukan lagi asas pemerintahan negeri itu, akan tetapi rakyat pula sudah sebati dengan kerajaan negeri, kerana rakyat merasa, samada di perintah Bn atau Pas, tindakan kerajaan tetap akan sama. Bagi rakyat Kelantan, menggantikan kerajaan, tidak menukar hala tuju pemerintahan, melainkan hanya menggantikan para pemimpin

PRU-14: PH SUDAH YAKIN BAKAL TEWAS

Image
Adalah menjadi satu kelaziman, jika seseorang meminta bantuan dalam suatu pertarungan atau peperangan, kerana yakin tiada kekuatan. Atas dasar itu, maka PH yang diketuai Tun Dr Mahathir meminta pihak luar ‘campur” tangan dalam PRU-14. Campur tangan itu berupa, jika PH tewas, maka mengharapkan pihak luar akan campur tangan mempersoalkan keputusan itu dengan berbagai dakwaan, seterusnya tidak mengiktiraf keputusan itu. Adalah sungguh pelik, sebab yang mengetuai permintaan campur tangan itu adalah Tun Dr Mahathir. Pemimpin yang sama selama 22 tahun sangat menentang campur tangan pihak luar dalam urusan pemerintahan atau urusan politik dalam negara. Jika mantan Perdana Menteri itu mempersoalkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negara ini, sedangkan badan itu lah yang diguna pakai selama 22 tahun beliau memerintah. Sistem yang digunakan adalah system yang sama, malah kini ditambah baik dengan penggunaan dakwat kekal. Melihat cara SPR mengendalikan pilihanraya, di mana masing-masin

BN Menjamin Masa Depan Sabah dan Rakyatnya !

Image
Kata peribahasa, jangan sesekali terperangkap dengan keadaan seperti tikus membaki labu, mendengar guruh di langit lalu mencurahkan air di tempayan, atau mengejar bayang-bayang, kerana semua itu merangkap anda pada sesuatu yang sia-sia. Kerajaan Bn yang menerajui Sabah sejak tahun 1994, telah menunjukkan komitmen dan komited memajukan negeri dan rakyatnya. Perancangan yang mantap sudah dibuat, ada yang sudah siap dilaksanakan, sedang dilaksanakan dan akan dilaksanakan. Halatuju pembangunan dan Kemajuan Sabah sudah "in-place" dan telah membuahkan hasil, pelaksanaan pada landasan betul, dan pasti pada tahun 2025, Sabah lepas landas sebagai negeri maju. Rakyat Sabah tidak perlu lagi terpengaruh dengan parti-parti yang tidak tentu arah, yang mana para pemimpinnya masih asyik dengan janji-janji bulan bintang, janji retorik. Parti Bn ibarat kerja menanam padi, bukan sahaja padi sudah dituai, malah penanaman sudah berkali-kali, selain itu padi sudah menjadi beras dan sete