Posts

Showing posts from March, 2018

REKOD DAN PENCAPAIAN TAN SRI MUSA AMAN

Image
Sebaik sahaja Datuk Seri Musa Aman dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada 2003, beliau memperkenalkan beberapa pendekatan untuk mengatasi punca-punca Sabah tersenarai sebagai negeri termiskin di negara ini. Sebagai pemimpin yang berlatar belakangkan perniagaan, maka pendapatan negeri perlu diutamakan. Atas sebab itu, punca pendapatan negeri perlu dibutirkan, menerusi pengkelasan sektor. Butiran sektor yang meliputi berbagai pendekatan itu diterjemahkan menerusi Halatuju Pembangunan & Kemajuan Negeri (HALATUJU). Menerusi HALATUJU dikenal pasti berbagai sektor yang membolehkan Sabah maju pada tahun 2025. Oleh kerana pendekatan pendapatan merupakan pemacu & pengerak ekonomi, maka beliau membentangkan bajet yang besar, selain perkiraan pendapatan bukan sahaja dapat membelanjai bajet akan tetapi pendapatan yang berlebihan. Sebagai impak kepada pendapatan yang berlebihan, maka simpanan kewangan negeri terus meningkat, bermula pada tahun 2003 yang hanya RM184juta kepada RM3.

PRU-14 SABAH: Masih Dengan "Battle Ground" Yang Sama

Image
PRU-14 SABAH masih menggunapakai 25 kawasan Parlimen dan 60 DUN, dengan jumlah 1.111juta pengundi. Pada PRU-13, dengan jumlah 900 ribu pengundi, Bn Sabah menang 22 kerusi Parlimen dan 48 Dun. Kemenangan Bn Sabah itu, bukan sahaja daripada jumlah kerusi juga undi popular, apabila mendapat 56% daripada undi keseluruhan. Trend pengundian pada PRU-14 akan kurang lebih sama dengan trend pengundian pada PRU-13, walaupun berlaku tolak dan campur kerana adanya pertambahan jumlah pengundi. Berasaskan “ dry run ” parti Bn Sabah, tidak kurang daripada 499,600 pengundi menyokong Bn daripada jumlah pengundi yang berdaftar. Jumlah undi itu boleh diterjemahkan antara 46-50 kerusi Dun, dan 22-23 kerusi Parlimen. Memang diperakui bahawa PRU-14 merupakan pilihanraya paling sengit, namun berasaskan First Past The Post, kemenangan berpihak kepada Bn. Tidak dinafikan kolaborasi antara Parti Warisan Sabah dan PH, akan mendapat undi, namun undi yang diperolehi tidak dapat diterjemahkan mener

ANTARA PERSEMPADANAN SEMULA SABAH & NEGERI-NEGERI DI SEMENANJUNG

Image
Ada satu sebab mengapa persempadan semula Sabah tidak dimasukkan dalam pembentangan persempadanan negeri-negeri di Semenanjung. Pertama, persempadanan negeri-negeri di Semenanjung tidak melibatkan pertambahan jumlah kerusi, bermakna hanya memerlukan suara majoriti mudah untuk diluluskan. Pada masa yang sama tidak perlu dibentangkan di Dewan Negara, hanya memadai mendapat perkenaan SPBA. Persempadanan semula kawasan pilihanraya Negeri Sabah, mempunyai dua matlamat, selain pertambahan jumlah-jumlah kerusi DUN juga Parlimen. Memandangkan, kajian persempdanan semula SPR yang membabitkan negeri-negeri di Semenanjung tidak membabitkan pertambahan kawasan, maka adalah bercelaru, jika dalam satu kertas cadangan, ada dua peringkat kelulusan yang diperlukan. Peringkat yang satu hanya memerlukan sokongan majoriti mudah, hanya perkenanan SPBA, sementara yang satu lagi, perlu suara 2/3, menerusi Dewan Negara, kemudian perkenaan SPBA. Memandangkan, kedudukan kerusi-kerusi Dewan Rakyat, maka aka

Shafie bercakap tentang kemajuan & Pembangunan - Boleh percaya ke ?

Image
Sungguh melucukan, apabila Datuk Shafie Apdal bercakap  secara tiba-tiba berkaitan kemajuan & pembangunan ketika melawat kawasan luar bandar Sabah, sedangkan selama 22 tahun, dua perkataan itu, jauh sekali daripada bibir beliau. Fakta menunjukkan, kawasan Semporna yang beliau wakili sejak tahun 1995, tidak beliau bangun & majukan. Malah pada tahun 2015, beliau menjadi mangsa sendiri di kawasan beliau, apabila melintas sebuah jambatan kayu di perkampungan di Semporna, beliau jatuh ke laut. Cuba bayangkan jambatan kayu yang setiap hari digunakan oleh penduduk, pun demikian dibiarkan usang. Shafie semasa beliau masih dengan kerajaan Bn, walaupun hanya berstatus menteri, akan tetapi daripada segi dana, dana kementerian beliau berkali lipat  berbanding Bajet Kerajaan Negeri. Dalam usaha kerajaan Persekutuan memajukan Sabah, khususnya kawasan luar bandar terutama berkaitan kemudahan asas, seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik, jalan raya luar bandar, maka peruntukan

SHAFIE KELENTONG PENDUDUK KOTA MARUDU !

Image
28 Julai 2015, belum dua tahun. Tarikh itu adalah pemecatan Datuk Shafie Apdal daripada menteri kabinet. Beliau bukan meletakan jawatan (give up) tetapi dipecat. Perdana Menteri sebelum memecat MP Semporna itu daripada jawatan menteri, telah memberi isyarat dalam mesyuarat kabinet, bahawa sebarang keputusan kabinet perlu secara konsesus, dan jika ada menteri tidak setuju dengan keputusan sedemikan, maka perlu meletakkan jawatan. Namun Shafie, meskipun secara terang-terangan sudah tidak mematuhi keputusan kabinet, tidak juga meletakkan jawatan. Mengapa Shafie terpaksa tidak sehaluan dengan kabinet? Sebabnya, Perdana Menteri menarik kuasa beliau meluluskan projek-projek di bawa KKLW sebaik sahaja, pihak SPRM menyiasat penyelewengan dana kementerian itu daripada tahun 2009-2015 untuk pembangunan luar bandar Sabah. Shafie terpaksa berdolak-dalik, ikut rentak Tun Dr Mahathir merekayasa cerita berkaitan 1MDB, kerana beliau tahu, apabila dipecat akan beliau putar belitkan pemecatan

MA63 DIMASUKKAN SEBAGAI MANIFESTO BN PRU14

Image
Penulis belum bisa mengulas, sebab musabab, mengapa MA63 dimasukkan dalam Manifesto Bn. Ada dua pemimpin Sabah mengesa agar MA63 dimasukkan dalam manifesto, iaitu Menteri Luar- Datuk Seri Anifah Aman, dan Pemangku Presiden UPKO- Datuk Matius Tangau. Ekoran kenyataan dua pemimpin itu, Timbalan Perdana Menteri membuat kenyataan, bahawa MA63 akan dimasukkan sebahagian daripada Manifesto Bn bagi PRU-14. Keputusan memasukkan MA63 dalam manifesto Bn, ada yang pro dan kontra. Bagi mereka yang kontra, MA63 tidak diperlu dimasukkan dalam manifesto, kerana manifesto bukanlah binding dalam segi undang-undang, kerana manifesto hanya merupakan janji-janji yang bakal dilaksanakan, sedangkan MA63 itu sendiri telah binding dalam segi undang-undang, ertinya tidak perlu janji-janji lagi, melainkan hanya terletak kepada keinginan/kesanggupan/desire untuk dilaksanakan. Bagi mereka yang pro pula, memasukan MA63 dalam manifesto, maka ada asas untuk dipertikaikan jika ianya tidak ditunai, makna k

PRU-14: Kekuatan UMNO

Image
Pada PRU-13, parti Umno menang 88 kerusi parlimen  dan ianya sebahagian daripada 133 yang dimenangi Bn. Daripada 88 kerusi parlimen tersebut, 14 kerusi disumbangkan oleh Umno Sabah. Di Semenanjung daripada 86 kerusi parlimen yang dimenangi Bn pada PRU-13 lalu, 74 daripadanya adalah sumbangan parti Umno. Jumlah kerusi parlimen di Semenanjung adalah 166 termasuk WP Labuan. 74 kerusi yang dikuasai Umno merupakan 44.58%. 86 kerusi yang dimenangi Bn Semenanjung merupakan 51.81%. Kehadiran Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin utama Pakatan Harapan dan calon sementara Perdana Menteri, hanya bertujuan untuk menembusi kawasan-kawasan Umno di Semenanjung. Jika kawasan-kawasan Umno di Semenanjung berjaya ditawan 20%, makna kata,  kerusi Umno Semenanjung hanya 59-60, maka, bukan sahaja mengharapkan Sarawak menyumbang 25 dan Sabah 22, akan tetapi juga mengharapkan MCA/Gerakan/MIC menyumbang antara 5-4 kerusi, bagi mendapatkan jumlah majoriti mudah 112. Bagi kerusi-kerusi majoriti mela

PRU-14: Pembangkang Syiok Sendiri !

Image
Pembangkang semacam menghitung anak ayam sebelum telur menetas.  Di Semenanjung mereka yakin dapat menewaskan Parti Barisan Nasional. Mereka cuba menafikan, bahawa Bn membawa bersamanya 85 berbanding 80 berdepan dengan PRU-14. Parti pembangkang cukup yakin, bahawa kawasan kaum cina termasuk ditandingi MCA dan Gerakan akan mereka tawan. Selain itu, PPBM dan PKR serta Amanah akan menyumbang kerusi secukupnya, melampaui jumlah kerusi yang dimenangi pada PRU-2013 di mana ketika itu Pas masih sebahagian daripada Pakatan Rakyat. Pada PRU-14 tolak campur, kerusi yang boleh menangi PH & Pas tidak akan melebihi 80 di Semenanjung, jumlah kerusi yang bakal dimenangi parti-parti itu  antara 78-63, termasuk parti Pas yang akan menang 9 kerusi. Melihat kepada angka-angka itu, Bn Semenanjung akan menang antara 87-102. Oleh kerana Sarawak akan menyumbang 25, sementara Sabah dan WP Labuan menyumbang 23, maka secara keseluruhan jumlah kerusi Bn adalah antara 150-135. Jumlah 150 adalah kuasa

PRU-14: Impak Propaganda Media Asing

Image
Daripada 15 juta pengundi yang bakal mengundi pada PRU-14, 30 peratus daripadanya dipengaruhi laporan media, samada media asing atau tempatan yang bersumber daripada pemimpin seperti Tun Dr Mahathir atau Lim Kit Siang.  Bermakna, 4.5 juta pengundi yang bakal mengundi pada PRU-14, bukan kerana keputusan sendiri berasaskan kepada keadaan sebenar dalam negara, akan tetapi lebih ditentukan oleh faktor luaran. Manakala, pengundi yang berpaksi kepada faktor dalaman dan fakta sebenar, juga sekitar 30%, ertinya, jumlah antara pengundi yang dipenagaruhi faktor luaran dan faktor keputusan sendiri berasaskan fakta dan keadaan sebenar adalah seimbang. Baki 40%, atau 6 juta pengundi, akan yang tergolong tidak berafiliasi, ertinya turun mengundi hanya kerana menunaikan tanggjugjawab sebagai pengundi. Jumlah 6 juta cukup siginifikan dalam penentuan kemenangan, setiap parti yang bertanding. Jumlah inilah yang bakal direbut dalam masa berkempen. Apa yang pasti, 9 juta pengundi yang tergolong

Shafie Jangan Mendabik Dada, Ingat Asal Usul !

Image
Kalau bukan parti Umno, Datuk Shafie Apdal  tidak akan menempa nama. Kalau bukan parti Barisan Nasional dan Umno, beliau tidak akan menjadi wakil rakyat. Rakyat menyokong parti Umno dan Bn, sebab itu seseorang yang dicalonkan mewakili parti itu maka disokong dalam pilihanraya. Shafie kena ingat, banyak juga parti-parti bertanding di Sabah pada setiap pilihanraya, namun parti itu tidak mendapat sokongan, maka calonnya juga tidak menang. Shafie kena menerima hakikat, bahawa sokongan rakyat bukan pada pemimpin akan tetapi pada parti. Sebagai contoh, Tan Sri Harris Salleh, Datuk Yong Teck Lee adalah mantan-matan Ketua Menteri Sabah, namun apabila bertanding menggunakan parti yang tidak disokong rakyat, maka gagal menang. Shafie jadi Menteri kerana parti. Shafie jadi menteri KKLW kerana Dato Seri Najib Razak, kerana kuasa melantik menteri adalah kuasa penuh Perdana Menteri. Shafie kena ingat, bukan beliau sahaja MP Sabah, namun, kerana kuasa melantik jawatan Menteri adalah kua

PRU-14 : BN KENA TANGANI ISU SABOTAJ CALON SENDIRI

Image
Pengalaman pada PRU yang lalu, ada calon-calon Bn kalah, majoriti berkurang, kerana unsur sabotaj. Bagi mengatasi isu itu, maka Bn bercadang mengumumkan calon-calon lebih awal. Tujuannya agar  proses “ memujuk ” dapat dibereskan sebelum masa berkempen dan seterusnya semasa pembuangan undi. Perlu diingat, setiap calon berpotensi mempunyai pengikut dan penyokong sendiri. Kerana pengikut dan penyokong ini, akan emosi jika pemimpin yang disokong tidak terpilih, sehinggakan ada yang terlupa perjuangan. Sepatutnya, jika semua pihak menerima, bahawa hanya seorang sahaja boleh menjadi calon daripada sekian ramai calon berpotensi, maka tidaklah timbul pujuk memujuk, apatah lagi emosi sehinggakan menimbulkan protes. Tindakan seumpama itu, jika berlaku hanya merugikan parti, kerana bertindak semberono, seolah-olah dunia sudah kiamat, sedangkan setiap ahli/penyokong/pemimpin mempunyai peranan masing-masing. Kerap didapati, lawan calon Bn, hanya muncul dan dikenali kerana menjadi calo

PEMBALAKAN DI SABAH - HANYA ORANG BANGANG SAHAJA YANG PERCAYA

Image
Rekod Jabatan Hutan Sabah, rekod Hansard Dewan Undangan Negeri Sabah, menunjukkan bahawa sejak tahun 2002, keluasan hutan kekal Sabah telah meningkat lebih 1juta hektar. Apa maksud rekod itu? Maknanya, pembalakan di Sabah tidak dilaksanakan seperti tahun-tahun sebelum itu. Pada tahun 2002, hutan kekal Sabah adalah 838ribu hektar, manakala tahun 2017 1.8juta hektar. Hanya orang bangang percaya, bahawa pembalakan berleluasa, sedangkan rekod di lapangan tidak menyokong dakwaan itu. Tiada kelojikan sama sekali, mengatakan pembalakan berluluasa di Sabah, sedangkan hutan kekal bertambah. Oleh kerana penyokong parti Warisan Sabah tiada modal, dan hanya jaguh di laman sosial, maka boleh sahaja membuat dakwaan karut. Dia tidak tahu, bahawa dakwaan dia itu menunjukkan kebodohan. Hanya orang-orang bodoh sahaja percaya, bahawa Tan Sri Musa Aman menjalankan aktiviti pembalakan, kerana rekod menunjukkan, bahawa tiada aktiviti seumpama itu. Pembalakan di Sabah bukan sahaja dipantau ba

PRU-14: BAGAIMANA UNDI DICURI ?

Image
sekadar hiasan Sistem pengundian di negara ini, adalah setiap pengundi perlu datang di pusat pengundian untuk mengundi dengan berbekalkan kad pengenalan biru (warganegara), disenaraikan sebagai pengundi dan jari dipalitkan dengan dakwat kekal. Dengan cara demikian, bagai mana mencuri undi? SPR menyediakan daftar pemilih, jumlah kertas undi sama dengan daftar pemilih, kemudiannya, SPR merekodkan jumlah undi dikeluarkan dan jumlah undi dimasukkan ke peti undi.  Tiada rekod dalam pilihanraya negara ini, jumlah kertas undi dikeluarkan lebih sedikit berbanding jumlah undi dalam peti undi. Laporan media antarabangsa seperti The Economist, kemudiannya diperkuat oleh Tun Dr Mahathir, bahawa PH sudah menang sebelumpun PRU-14 diadakan. Kekalahan parti itu kerana Bn mencuri undi, selain dakwaan menipu. Cara mengundi di negara ini cukup telus. Setiap pusat pengundian, ada agen masing-masing parti, samada Bn atau pembangkang. Sebelum pengundi mendapat kertas undi, ianya disemak secara sel

PRU-14 SABAH: KEMUNGKINAN BESAR SABAH GUNA 73 DUN

Image
Usul persempadanan baru bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi negeri-negeri di Semenanjung & Sabah bakal dibentangkan di Dewan Rakyat dalam sesi kali ini.  Tarikh pembentangannya kemungkinan besar minggu depan. Usul itu hanya memerlukan majoriti mudah, yakni 111 daripada 220 (kerana jumlah MP hanya 220 daripada 222, kerana dua MP telah meninggal dunia). Selepas diluluskan di Dewan Rakyat, maka perlu perkenaan SPBA, selepas itu persempadanan itu digazetkan. Kawasan baru itu dapat digunakan dalam PRU-14, sebaik sahaja mendapat perkenaan (tandatangan) SPBA. Apabila usul itu digunapakai, maka Sabah menggunakan 73 kawasan Dun pada PRU-14. Persempadanan baru Sabah sebenarnya telah diluluskan Dun Sabah pada Ogos 2016. Kawasan-kawasan baru Dun Sabah adalah N2 Bengkoka, N6 Mangaris N8 Pintasan ,N13 Pantai Dalit , N17 Darau, N24 Tanjung Dumpil , N27 Dambai, N44 Tulid, N47 Telupid, N51 Sungai Manila, N58 Lamag, N61 Segama dan N70 Kukusanu. Senarai daftar p

AZMIN ALI TERPERANGKAP !!

Image
MB Selangor bertanya di Dewan Rakyat, sejauh mana krtikalnya isu 1MDB terhadap kewangan negara? Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan menjawab, kritikal lagi isu air di Selangor.  Jawapan Perdana Menteri itu, memang tepat pun, bukan jawapan politik, kerana isu air di Selangor benar-benar dalam keadaan krtikal. Akibat ketiadaan air, banyak restoran tutup, impaknya banyak peniaga rugi, ramai yang kehilangan pekerjaan, kerana perniagaan tutup. Manakala isu 1MDB, tiada rekod ada rakyat negara ini kehilangan kerja, kehilangan pendapatan. Malah projek-projek di bawah syarikat itu berjalan seperti biasa, tanpa gangguan. Mengapa Azmin Ali dan kawan-kawan panas punggung kerana PM menjawab perkara yang betul, sehinggakan Dewan  Rakyat jadi riuh rendah? Pinjaman negara pada paras 50.8% daripada KDNK, masih dibawah 55%. Makna kata, hutang negara masih dirurus dengan baik.  Azmin Ali, mengambil contoh Singapura dan Jepun, sedangkan negara jiran itu mempunyai 112% hutang daripada KDNK,

PRU14 Sabah : Kesan Pakatan Undi Warisan-PH

Image
Matlamat utama sesebuah parti bertanding adalah untuk menang. Demikian juga parti Warisan Sabah, bertanding untuk menewaskan parti Barisan Nasional. Parti Warisan Sabah dan Pakatan Harapan (DAP-PKR-PPBM-Amanah)  menggunakan pendekatan tahun 1985 antara parti PBS dan parti Usno, berpakat undi  tetapi tidak bergabung. Parti Warisan Sabah sebagai parti dominan dalam pakatan undi antara parti-parti dalam PH. Oleh kerana parti pimpinan Shafie itu mahu menjadi dominan, maka setidak-tidaknya bertanding 60-70% daripada 60 Dun, atau dengan kata lain 36-42 kerusi, ertinya 24-18 kerusi ditandingi parti-parti dalam PH. Menrusi pendekatan itu, pakatan undi itu (electrol pack) antara parti-parti itu akan mendapat undi pengundi yang pernah mengundi parti-parti PKR/DAP/PAS pada PRU-13 lalu melalui Pakatan Rakyat. Jika pun ada pertambahan jumlah undi, kerana impak kehadiran Shafie dalam kumpulan pembangkang, hanya berkisar antara 5-6% undi secara keseluruhan. Kencenderungan pengundian pengu

Manifesto Pakatan Harapan : Populis & Retorik

Image
Memang kalau berjanji, namun tiada niat untuk melaksanakannya, maka janji-janji itu boleh menyenaraikan bulan bintang. Kerana ianya janji bulan bintang, maka sedap dibaca namun apabila digunakan akal dan fikiran ianya tidak lojik, hanya berebentuk populis dan retorik. Manifesto PH itu, tergambar sungguh bahawa DAP merupakan parti tunjang pakatan itu, kerana kandungan manifesto itu mencerimkan apa yang diperjuangkan parti itu sekian lama dan juga sebahagian isi kandungan manifesto telah meletakkan najis dimuka Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno serta Pengeruusi Bn selama 22 tahun. Manifesto PH yang dilancarkan pada 8 Mac dengan Tajuk  Membina Negara Memenuhi Harapan merupakan ramuan daripada janji-janji lama yang dikitar semula selain angan-angan yang tak sudah, sebabnya ianya hanya bebentuk merai undi, tanpa disertai dengan perancangan yang jelas. 60 Janji-Janji PH itu, mahu memerangkap 15 juta pengundi negara ini untuk mempercayai bahawa kerana bunyi g

MANIFESTO PH UNTUK SABAH : UMPAN BERACUN

Image
Manifesto PH untuk Sabah yang terkandung dalam Buku Manifesto parti pembangkang itu yang bertajuk MEMBINA NEGARA MEMENUHI HARAPAN yang dilancarkan pada 8 Mac 2018 yang diletakkan sebagai JANJI KE-47 & 48 merupakan UMPAN BERACUN yang amat berbisa, kerana selain sedap dibaca, juga telah mengambilkira aspirasi rakyat Sabah. Memang janji-janji tersebut, semata-mata untuk memenangi pilihanraya, kerana bukan sahaja berbentuk janji populis, akan tetapi janji yang sukar ditolak. Janji-janji itu, semacam seseorang dijanjikan dengan hanya menggunakan wang RM1, untuk membeli loteri, bukan sahaja pasti menang, akan tetapi jumlah kemenangan tidak akan habis selama 7 keturunan. Janji ke-47 yang bertajuk : Desentralisasi Kuasa Kepada Sabah dan Sarawak; telah mengubah istilah autonomi, kerana autonomi lebih menyeluruh, sedangkan desentralisasi hanya sebahagian.  Manakala Janji ke-48  bertajuk Memulangkan dan Menjamin Hak Tanah Adat Sabah dan Sarawak. Bagi Janji ke-47, jika PH memerintah,

Mahathir Kata Anak-Anak Beliau Kaya Raya Sebab Rajin

Image
Pengertian rajin, sangat realtif. Laporan agensi pelancongan dunia, memberi laporan, bahawa rakyat negara ini, masa yang digunakan untuk melancong paling sedikit, sebaliknya adalah untuk bekerja. Menerusi laporan itu, maka rata-rata rakyat negara ini adalah rajin, namun mengapa mereka tidak sekaya dengan anak-anak Tun Dr Mahathir. Kekayaan seseorang sebenarnya terletak pada peluang, dan diimbangi dengan kerajinan. Jika kerajinan sahaja tanpa peluang, sebab itulah rakyat negera ini masih tergolong M40 dan B40, malah masih ada yang berstatus miskin. Siapa kata mereka yang yang menerima BR1M tidak rajin, malah diantara mereka itu bersengkang mata di waktu malam, berjempur dengan panas di siang hari, dimakan pacat di sawah, di gigit nyamuk di kebun, malah bertarung nyawa di bangunan-bangunan pencakar langit. Kerajinan juga ditunjukan oleh pekerja pengendali sampah, para pemandu teksi, bas, lori dan sebagainya. Mereka, rajin-rajin  belaka, mengapa tidak sekaya dengan anak-anak Tun D

BUKAN CARA MALAYSIA - TUNTUT BUKAN HAK

Image
Lim Kit Siang mempersoalkan mengapa Malaysia tidak menuntut Pesawat Peribadi Boombardier 5000 yang ditahan Singapura, Wang RM400juta di bank di Swiss dan Kapal Mewah Equanimity yang ditahan Indonesia. Boleh menuntut sesuatu harta, bukan milik? Boleh kah menunut harta hanya andaian atau dakwaan? Kalau dibolehkan, penulis mahu menunut hak sebahagian daripada kekayaan anak-anak Tun Dr Mahathir, kerana diyakni, kekayaan itu berpunca atas pengaruh bapa mereka semasa Perdana Menteri. Penulis juga rakyat negara ini, berhak atas harta itu. Lim Kit Siang kena tolong penulis menuntut sebahagian harta kepunyaan anak-anak Tun Dr Mahathir. Tun Dr Mahathir dan anak-anak merupakan ketua perompak, kerana merompak hak rakyat negara ini, termasuk hak penulis. Kerana Lim Kit Siang dan orang luar negara mendakwa bahawa pemimpin Malaysia adalah perompak tanpa bukti, maka, apa beza dengan dakwaan penulis, bahawa Tun Dr Mahathir dan anak-anak adalah perompak!!!. MR

PRU-14: SUDAH BOBROK KAH POLITIK MALAYSIA?

Image
Contoh permainan politik bobrok Malaysia, apabila pemimpin PKR memberi gambaran bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana politik, sedangkan satu dunia tahu, bahawa mantan TPM itu dipenjarakan kerana salah laku seks. Contoh berikutnya adalah isu berkaitan 1MDB & Jho Low. Jho Low tiada kaitan langsung dengan syarikat GLC itu, tetapi dipolitikkan sedemikian rupa, seolah-olah Jho Low adalah 1MDB, dan 1MDB adalah Jho Low. Apa yang malang, pemimpin seperti Tan Sri Dr Rais Yatim, terjebak sebahagian yang percaya, bahawa 1MDB adalah Jho Low demikian juga sebaliknya, sehinggakan beliau mendakwa bahawa Menteri Komunikasi  dan Mutimedia- Datuk Salleh Said Keruak mempertahankan Jho Low, apabila menteri itu mengatakan untuk rekod sedia ada, tiada keterkaitan antara Jho Low dengan kapal mewah Equanimity yang ditahan penguasa Indonesia, di Pulau Benoa, Bali. Tiada mana-mana pihak yang boleh mengesahkan, bahawa Jho Low adalah pemilik kapal mewah itu, termasuklah DOJ yang mahu b

MAJLIS TINDAKAN SARA HIDUP NEGARA : PEMIMPIN SABAH PERLU REBUT PELUANG

Image
Ahmad Zahid (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Bil 1/2018  di bangunan Parlimen hari ini. - Foto oleh Bernama Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ( MTSHN ) yang diumumkan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno pada Disember 2017, patut dimanfaatkan oleh para pemimpin Sabah, kerana rakyat Sabah sangat terkesan dengan peningkatan sara hidup. Seharusnya, kerangka kerja berkaitan keperluan sara hidup bagi rakyat Sabah sudah disiapkan dan diserahkan kepada majlis itu. Sabah tidak perlu mengulangi kesilapan masa lalu, semasa pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di era Pemerintahan Allahyarham Tun Razak, kerana pada masa itu, para pemimpin Sabah atau sesiapa di negeri di bawah bayu itu tiada pengetahuan bagai mana merancang “the way forward” atau “ proaktif ” atau pemikiran atau perancangan ke depan, kerana terhad pengetahuan dan ilmu. Pada kali ini, menerusi pengwujudan majlis seperti ini, tidak perlu disia-siakan oleh

SHAFIE KELENTONG RAKYAT !!

Image
Siapa cakap rakyat Sabah boleh mengarahkan Kerajaan Persekutuan. Bukti jelas, semasa Kerajaan Usno yang diterajui Bapa Kemerdekaan Sabah tidak juga dapat mengarahkan Kuala Lumpur. Kalau dikatakan Kerajaan Negeri yang kuat kerana mempunyai kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri, Parti Berjaya dan Parti PBS juga mempunyai kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri, makna kata kerajaan Negeri cukup kuat. Tanya pada Tan Sri Harris Salleh dan Tan Sri Pairin Kitingan, adakah kerajaan yang mereka pimpin dapat mengarahkan Kerajaan Persekutuan. Tuntutan Filipina ke ke atas Sabah sejak sebelum merdeka, berterusan pada era Usno, era parti Berjaya dan era parti PBS, dan kini era Umno Sabah. Mengapa tuntuntan itu dimainkan di Filipina? Sebab ianya digunakan sebagai isu politik, bagi sesiapa yang mahu jadi Presiden Negara itu. Filipina sejak sekian lama, tidak pernah membawa tuntutan itu di mana-mana di dunia, termasuk Bangsa-Bangsa Bersatu, sebab negara itu tahu, jika tuntutan itu dikemukan, badan dun

PRU-14 SABAH: PARTI KDM BN BEKERJA SEPASUKKAN - KHABAR BURUK PADA PEMBANGKANG

Image
Pengalaman parti komponen Bn berasaskan KDM pada PRU-13 lalu dijadikan asas untuk membentuk pasukan kuat pada PRU-14. Kurangnya koordinasi antara parti-parti itu, selain sifat seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing  dan berlakunya seperti ketam dalam baldi telah dikenal pasti sebagai penyebab beberapa kawasan yang ditandangi parti berasaskan KDM ditawan parti lawan, malah beberapa kawasan yang dimenangi kerana pertembungan berbagai penjuru, termasuklah di kawasan yang ditandingi Tan Sri Pairin Kitingan. Malah, yang cukup malang, Presiden UPKO tewas di pada PRU tersebut. Semalam, parti komponen KDM PBS, UPKO dan PBRS berjanji bekerja sebagai satu pasukan bersama-sama parti-parti lain khususnya Umno untuk memastikan satu suara pada PRU-14. Menerusi kerja berpasukan, maka keadaan PRU 2004 dan 2008 akan berulang. Jika kerja sepasukkan berterusan sehingga ke pembuangan undi, tiada sebab parti lawan boleh menang. PRU-14 memang sebuah pilihanraya yang amat sengit

PRU-14: BN MASIH PILIHAN RAKYAT

Image
Memang diakui, PRU-14 adalah pilihanraya paling sengit. Para pemimpin pembangkang, khususnya Tun Dr Mahathir, Lim Kit Siang dan Muhiyiddin Yassin, PRU-14 adalah peluang terakhir mereka. Di kalangan mereka masuk kampung keluar kampung, memberi tahu rakyat, cuba mereka untuk sepenggal, jika gagal memerintah dengan baik, maka pada PRU berikutnya tukar. Mereka mahu menjadikan rakyat sebagai bahan percubaan. Berbeza dengan Bn, tidak perlu lagi tindakan percubaan, kerana semuanya sudah teratur. Hari ini menang, hari ini juga meneruskan kerja-kerja yang telah dirancang. Manakala pembangkang, bukan sahaja masih merancang, akan tetapi bergaduh sesama sendiri, siapa jadi menteri ini, siapa jadi menteri itu, mana satu yang perlu dilakukan dahulu, mana yang kemudian.  Pendek kata, untuk 100 hari pertama, mereka sibuk bergaduh semasa sendiri. Apabila keadaan dalam kelam kabut, rakyatlah yang rugi. Masa itu, nak kata apa lagi, nasi sudah menjadi bubur. Permainan politik, semuanya serba

SHAFIE: BUKAN PEJUANG SABAH

Image
Tanda-tanda seorang pejuang, apabila ada kedudukan dan kuasa, maka masa itulah dipergunakan kedudukan dan kuasa itu untuk membela rakyat. Shafie selama 22 tahun sebagai wakil rakyat  Sabah, dalam tempoh masa itu, 11 tahun sebagai menteri penuh Persekutuan, tidak terkeluar sepatah perkataan pun berkaitan bahawa Sabah hanya untuk Sabah. Demikian juga kenyataan berkaitan royalti minyak, tiada sepatah pun beliau bercakap berkaitan 5% itu tidak adil. Kerana kelantangan pemimpin lain yang bercakap berkaitan kemajuan dan pembangunan Sabah, maka beliau diberi amanah oleh Dato Seri Najib Razak menerajui Kementerian KKLW, kerana menerusi kementerian itu disalurkan berbilion ringgit peruntukan untuk memajukan luar bandar Sabah. Sebagai pemimpin Umno yang berkedudukan nombor tiga, maka diharapkan beliau dapat mengatasi rungutan rakyat luar bandar Sabah, khususnya berkaitan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik, jalan-jalan kampung dan sebagainya. Sebagai pemimpin

BAHANA PEMIMPIN RASIS

Image
Kerajaan BN sejak Dato Seri Najib Razak dilantik ke jawatan Perdana Menteri memperkenalkan dua pendekatan, iaitu 1Malaysia dan terbaharu NegaraKu. Dua konsep ini, merupakan pendekatan jitu bagi mempertahankan keharmonian masyarkat majemuk negara ini. Malangnya, masih ada pemimpin politik yang menggunakan politik rasis untuk mendapat sokongan politik. Sabah dengan pelbagai sukubangsa, pernah dianggap sebagai contoh konsep 1Malaysia, namun akibat pencerobohan pengganas sulu di Lahad Datu pada tahun 2013, maka ada pemimpin politik negeri mempergunakan sukubangsa sebagai kaedah berpolitik. Politik suku, sebenarnya tidak patut mendapat tempat dalam politik Sabah. Jika pendekatan ini dibiarkan, dikhuathirkan satu hari nanti, negeri ini akan bergolak. Hakikat perlu diterima, semasa persempadan pilihanraya Sabah masih kekal pada jumlah 48 kawasan Dun, setiap 9 tahun berlaku perubahan kerajaan negeri. Perubahan kerajaan bukannya mendatangkan kebaikan kepada negeri dan rakyatnya, akan t

KAD PENGENALAN BENTUK BARU- TIADA JAMINAN TIDAK DIPALSUKAN

Image
Cadangan berbagai pihak, kononnya untuk mengatasi kad pengenalan palsu yang kerap dikaitkan dengan rakyat Sabah, maka satu BENTUK KAD PENGENALAN BARU dilaksanakan, dan masa yang sama KAD PENEGALAN atau MyKad   hendaklah ditarik balik. Persoalan pertama, jika kad pengenalan bentuk baru diperkenalkan, jabatan mana yang mengeluarkan? Soalan kedua, data mana yang digunakan? Kalau bercakap berkaitan kad pengenalan palsu, negara ini telah menukar 4 kali Kad Pengenalan, sampailah ke bentuk sekarang ini MyKad yang mempunyai “cip” penyimpan data, namun gejala kad pengenalan palsu masih berleluasa. Satu ciri Kad Pengenalan Palsu, ianya tidak tersimpan pada pangalan data Jabatan Pendaftaran Negara. Kad Pengenalan palsu, berupa Kad Pengenalan palsu atau Kad Pengenalan orang lain digunakan oleh orang lain, ertinya, satu kad digunakan oleh  lebih seorang, hanya bezanya gambar pada MyKad itu telah ditukar. Kad Pengenalan palsu tidak digunakan untuk sebarang urusan, kecuali hanya kad penge

POLITIK MEMBANGKITKAN SUKU BANGSA-POLITIK BAHAYA

Image
Sabah adalah negeri yang didiami masyarkat majmuk. Lebih 36 etnik suku bangsa, telah hidup harmoni sejak sekian lama. Namun, timbulnya para pemimpin yang menyokong parti pembangkang membangkitkan isu-isu suku bangsa, sebenarnya cukup bahaya pada negeri seperti Sabah. Mempolitikkan suku bangsa, tidak mendatangkan apa-apa faedah pada negeri ini, kerana ianya hanya menyebabkan polarisasi antara rakyat berbilang kaum. Hakikat yang perlu diterima setiap rakyat Sabah, tiada suku bangsa yang dominan dan menguasai suku bangsa lain. Melihat kepada kecenderungan pemimpin politik yang memperpolitkkan suku bangsa, seharusnya pihak berkuasa bertindak dengan cepat membendung gejala itu sebelum menjadi kronik. Apabila seorang pemimpin membangkitkan suku bangsa lain, maka pemimpin lain juga akan membangkitkan suku bangsa pihak lain. Makna kata, apabila berlaku aksi maka akan berlaku reaksi. Apabila isu menjadi tegang, maka perbalahan yang pada mulanya hanya berbentuk hujah mulut akan menja