Posts

Showing posts from April, 2018

PRU14 Sabah : UBAH hanyalah sekadar satu slogan

Image
UBAH yang digunakan parti Warisan Sabah, hanya untuk membakar semangat mereka sendiri, namun hakikat yang bersarang di dada pemimpin utama parti itu, Datuk Shafie Apdal, slogan itu tidak bakal menjadi kenyataan. Bukan mudah, bagi sebuah parti yang tiada rekod untuk menumbangkan kerajaan yang mempunyai rekod pencapaian.  Pengalaman rakyat Sabah mengubah kerajaan pada tahun 1976 dan 1985, sangat berbeza dengan keadaan sekarang. Masa ini, tiada asas bagi rakyat biasa mengubah kerajaan kerana kerajaan yang sedia ada bukan sahaja membela rakyat, akan tetapi kerajaan yang mesra rakyat. Shafie dengan rekod beliau semasa menteri Kemajuan luar bandar dan wilayah (KKLW) di mana dana RM7.5bilion peruntukan Persekutuan tidak sampai kepada rakyat masih segar. Sudah tentu rakyat tertanya-tanya, bagai mana kah seorang pemimpin yang terpalit dengan rekod tidak mengutamakan rakyat menjadi sandaran menerajui negeri? Selain itu, penubuhan parti Warisan Sabah bukanlah berasaskan aspirasi rakya

Kemajuan Sabah Bukan kerana saya seorang : Tan Sri Musa aman

Image
Kemajuan Sabah bukan kerana Tan Sri Musa Aman seorang, akan tetapi merupakan kombinasi daripada berbagai pihak, iaitu hasil kerjasama daripada semua pemimpin parti komponen, jemaah menteri, penjawat awam dan rakyat. Tanpa kerjasama daripada semua pihak, adalah mustahil bagi seorang ketua kerajaan dapat memajukan dan membangun negeri. Akibat sokongan daripada semua pihak, khususnya mandat yang diberikan rakyat sejak PRU 2004, yang mana kerajaan yang memerintah negeri sentiasa mempunyai kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri (DUN), maka kerajaan yang beliau terajui dapat merancang, melakasanakan pembangunan dan aktiviti yang mengarah kepada pembelaan rakyat. Hasil daripada kerja sama itu, kestabilan politik berada dalam keadaan mantap, aktiviti ekonomi berada pada landasan betul. Sebagai misalannya, peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2016 berjumlah RM73.8bilion meningkat daripada RM59.5bilion pada tahun 2011. Selain itu, trend kemajuan ekonomi negeri telah menj

Tamparan Hebat bagi Pembangkang Kota Belud

Image
KOTA BELUD , 17 April — Kira-kira 400 anggota parti pembangkang di Pusat Daerah Mengundi Rosok, dekat sini bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) selepas mendakwa hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti masing-masing. Kumpulan itu yang diwakili ketua PDM Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rosok Santaim Gontiung berkata tindakan mereka untuk meninggalkan parti masing-masing disebabkan sudah bosan dengan tindakan pemimpin parti yang hanya datang untuk meraih undi apabila menjelang pilihan raya. “Kebanyakan yang meninggalkan parti adalah dari PKR dan ada juga dari Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan dari Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat). Kami yang keluar dari parti hari ini akan menyertai parti dalam BN. “Tiada yang kami dapat selama beberapa penggal menyokong pembangkang…apa yang mereka janjikan sebenarnya tidak ada apa-apa…jadi kita membuat keputusan untuk bersatu padu menyokong BN kerana kami mendapati hanya BN

PENGUNDI LUAR BANDAR PENENTU KERAJAAN

Image
Mungkin hanya pemimpin politik menyadari bahawa penentuan kerajaan di negara ini sejak merdeka adalah pengundi luar bandar. Makna kata, mana-mana parti yang disokong pengundi luar bandar akan membentuk kerajaan, kecuali di Pulau Pinang. Rakyat luar bandar, sebenarnya tidak menyedari bahawa mereka lah yang menentukan kerajaan, namun daripada segi pembelaan, mereka dikategorikan sebagai rakyat kelas ke-2. Apabila media sosial meletup penggunaannya, maka kebangkitan penduduk luar bandar juga turut sama dan turut menyedarkan mereka. Kerana kerajaan pada era Tun Dr Mahathir, menganak tirikan rakyat luar bandar terutamanya daripada Sabah, Sarawak dan Kelantan, maka pemimpin seterusnya menerima padahnya.  Rakyat Kelantan telah menghukum Tun Dr Mahathir sejak tahun 1990. Akibat pemerintahan Tun Dr Mahathir yang tidak mengutamakan rakyat luar bandar, meskipun kerajaan yang dibentuk dan beliau boleh menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, kerana sokongan segmen rakyat itu, maka ada r

PRU-14: MIMPI SEDIH BAGI WARISAN/PH DI PANTAI TIMUR

Image
Politik adalah satu seni, sebab itu, ada ahli politik, menganggap, air yang tenang itu tiada buaya. Malah mereka itu bersandar kepada keadaan tahun 1976 & 1985, walaupun masa itu angin perubahan hanya sepoi-sepoi bahasa, akan tetapi benar-benar rakyat menukar kerajaan. Keadaan inilah yang memerangkap Warisan/PH di Pantai Timur, kononnya Pantai Timur akan mereka kuasai pada PRU-14, hanya bersandarkan bahawa Datuk Shafie Apdal berasal daripada Pantai Timur, iaitu Semporna. Pengalaman melihat gaya badan rakyat Sabah sejak tahun 1989, nampaknya, tiada gaya atau sifat rakyat/pengundi Sabah di kawasan Pantai Timur beralih arah, sebaliknya masih kental dengan parti dan kerajaan yang sedia ada, termasuklah Semporna. Hanya satu Parlimen dan satu Dun yang berkeadaan 50:50 di wilayah Pantai Timur, iaitu Parlimen Sandakan dan Dun Sulabayan, manakala Dun  Sri Tanjung, Bn berkedudukan 45:55. Kawasan Pantai Timur, nampaknya masih wilayah Barisan Nasional. MR

#TatapBN - MENGAPA KITA SOKONG BN?

Image
Kita menyokong Bn, bukan kerana namanya Barisan Nasional. Kita sokong Bn, bukan kerana DS Najib Razak atau TS Musa Aman. Kita sokong Bn, kerana ianya merupakan sebuah parti yang dipimpin oleh semua pihak yang mewakili rakyat negara ini.  Kita sokong Bn, kerana didalamnya telah tersimpul dan dikumpulkan segala kebijaksanaan, perancangan untuk membela rakyat dan memajukan negara. Kita sokong Bn, kerana agenda parti itu merupakan rumusan secara konsensus semua pihak tanpa melihat latar belakang dan agama. Bn hanya mempunyai matlamat, iaitu membela/memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air dalam pengertian yang luas. Kita sokong Bn, kerana majoriti rakyat menikmati, merasai perkhidmatannya, meskipun nikmat khidmat itu, tidak disyukuri sesetengah pihak. Bn, walaupun merasa terkilan, kerana adanya rakyat yang menikmati khidmat bakti parti itu, namun bertindak seperti kacang lupakan kulit, bertindak tidak bersyukur, namun, hakikat perlu diterima secara lapang dada, kerana, tabiat se

Pembangkang tertipu dengan Propaganda sendiri

Image
Propaganda sebenarnya untuk mengaburi mata lawan. Apabila propaganda sendiri dipercayai sebagai betul, maka itu namanya menipu diri sendiri. Pembangkang teruja sangat dengan kehadiran pada ceramah mereka. Kerana kehadiran itu, mereka mabuk sendiri. Kalau kehadiran pada sesebuah ceramah menunjukkan kemenangan, maka sejak tahun 1998 lagi, Bn telah tewas. Di negara ini, ada dua kawasan berbeza, demikian juga trend pilihan pengundinya. Di luar bandar, di mana jumlah pengundi tidaklah seramai berbanding di bandar, majoriti adalah penyokong parti Barisan Nasional, manakala di bandar di mana jumlah pengundi jauh lebih padat dan ramai majoriti adalah penyokong pembangkang, keadaan itu ditandai semua ibu kota di negara ini dimenangi pembangkang, kecuali Johor Baharu. Oleh kerana perbezaaan antara jumlah pengundi antara bandar dan luar bandar mencapai 2:1, maka adalah lojik, jika pembangkang mendapat undi popular, demikian juga, jika perjumpaan di kawasan demikian, maka hadirinpun

Pakatan Guna Logo PKR - Satu Muslihat kepada Melayu

Image
Pemimpin Pakatan Harapan maklum, bahawa tsunami cina sudah mencapai puncaknya pada PRU-13. Apabila sudah sampai ke puncak, maka pencapaian parti-parti yang disokong kaum itu maksima seperti mana dimenangi pada PRU-13. Di Semenanjung pada PRU-13, daripada 165 kerusi, Bn menang 85, manakala pembangkang 80. Juga menerusi jumlah kerusi 80 itu, pembangkang menang undi popular. Makna kata, tsunami cina tidak akan memuncak lagi. Tun Dr Mahathir adalah pakar strategi. Kehadiran beliau dalam pembangkang, boleh mempengaruhi semua pihak menggunakan common logo. Atas sebab itu, mereka mendaftarkan logo Pakatan Harapan. Namun pendaftaran PH tidak dapat diproses, atas sebab kesilapan yang dirancang awal oleh Tun Dr Mahathir, supaya parti yang beliau taja dibatalkan, kerana beliau tahu, parti itu tiada sokongan. Pembatalan PPBM oleh ROS, adalah tindakan yang memaksa ROS bertindak. Kerana memang demikianlah rancangan Pengerusi parti itu, kerana melalui pembatalan, sekurang-kurangnya beliau b

RAKYAT SABAH MALAS, PEMIMPIN TAMAK PUNCA SABAH MUNDUR-TUN DR MAHATHIR

Image
Oleh kerana Tun Dr Mahathir Mohammad di era pemerintahan beliau menganggap rakyat Sabah malas, maka tiada rakyat negeri ini diberi peluang menjawat jawatan tinggi di peringkat Persekutuan, tiada yang diberi peluang sebagai duta. Kerana mantan PM itu menganggap pemimpin Sabah tamak, kalau ada pemimpin negeri ini dilantik ke jawatan kabinet, hanya bagi kementerian yang kurang luas peranaannya, dan sudah tentu kementerian yang  tiada peruntukan membangun rakyat dan negeri. Kerana pemimpin Sabah tamak, maka daripada tahun 1981-2003, peruntukan untuk Sabah sedikit daripada Persekutuan. Sudahlah jumlahnya sedikit, bermula tahun 1985-1994 disekat pula. Pada tempoh masa itu, bukan sahaja pembangunan Sabah terbantut, malah membayar gaji kakitangan awampun berpunca daripada pinjaman. Mengapa Tun Dr Mahathir membuat dakwaan rakyat Sabah malas dan pemimpinnya pula tamak? Ini lah cara beliau mengelak daripada perbuatan dan tindakan beliau sendiri menganak tirikan Sabah. Tun Dr Mahathir a

Gendang PRU14 sudah dipalu, sesama sendiri masih berbalah !

Image
Rakyat bukan sahaja keliru akan tetapi muak, apabila berlaku perbalahan antara para pemimpin Bn, sedangkan hari penentuan atau istilah PM & TPM Hari Raya Besar diambang pintu. Untuk mencegah perbalahan itu, kerap sekali Menteri Komunikasi & Multimedia- Datuk Salleh Tun Said Keruak mengingatkan, raikanlah perbezaan pendapat, dan berpolitiklah secara matang, untuk mengelak persengkataan. Sejak akhir-akhir ini perbalahan antara mantan-mantan pemimpin Umno dengan pemimpin yang masih berkhidmat, menunjukkan kepada rakyat, bahawa pemimpin Umno, bukan untuk rakyat & negara, akan tetapi lebih kepada mempertahankan ego masing-masing serta kepentingan peribadi. Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhiyiddin Yassin, Dato Mukhriz Mahathir, Datuk Shafie Apdal dan ramai lagi, menentang Umno, bukan kerana untuk kepentingan rakyat, akan tetapi demi kepentingan peribadi. Mengapa kah pemimpin lama seperti Tan Sri Rais Yatim, Tan Sri Rafidah Aziz begitu kritikal terhadap pemimpin yang sedang

Penduduk Sabah Miskin - Shafie Muncul sebagai HERO !!

Image
Poverty is stubborn. Tiada negara di dunia ini, tiada rakyat miskin. Di Sabah, daripada 3.9juta penduduk, didapati 23,142 miskin tegar (0.59%) dan 19,673 kategori miskin (0.51%). Jumlah itu adalah sebahagian daripada 76,340 ketua keluarga yang tersenarai dalam e-kasih. Pada tahun 2016 mereka yang tersenarai dalam e-kasih adalah 109,865, sebab itu kadar kemiskinan negeri adalah 2.9%. Daripada jumlah itu, seramai 33,525 telah dikeluarkan, sebab itu, jumlah mereka yang tersenarai dalam e-kasih tahun 2017 adalah 76,340. Menerusi jumlah itu, maka kadar kemiskinan terkini Sabah adalah 1.96%. Berasaskan rekod penerima BRIM tahun 2018, rakyat Sabah yang menerima seramai 664,839 (17.05% daripada jumlah penduduk) membabitkan bayaran RM559,825,350. Penerima BRIM adalah ketua keluarga yang mempunyai pendapatan RM3,000 ke bawah. Dakwaan Presiden parti Warisan Sabah semasa ucapan perasmian Kongress tahunan parti itu pada Isnin, bahawa beliau tersempak dengan keluarga miskin di Kota Marudu,

Tujuan Penubuhan Parti Warisan Sabah

Image
Rakyat Sabah perlu tahu bahawa penubuhan parti Warisan Sabah hanya untuk kelangsungan politik Datuk Shafie Apdal, bukannya untuk negeri dan rakyatnya. Penubuhan parti itu, hanya didasarkan kepada dendam bukannya berasaskan aspirasi rakyat. Presiden parti itu terpaksa mengambil masa setahun selepas dipecat daripada kabinet Persekutuan pada Julai 2015, sebelum mengistirkan keluar daripada parti setahun kemudian. Penyebab beliau keluar parti, kerana digantung keahlian daripada parti Umno pada jun 2016. Shafie menubuhkan parti Warisan Sabah pada Oktober 2016. Terlihat sungguh, tindakan-tindakan Shafie mempengaruhi rakyat Sabah untuk menyokong beliau, yang disaluti dakwan-dakwaan karut dan bohong, dengan menafikan pencapaian negeri sejak diterajui parti Barisan Nasional bermula tahun 1994, di mana beliau sebahagian daripadanya selama 22 tahun. Selama 22 tahun, seluruh perancangan, polisi, dan pendekatan kerajaan semuanya betul belaka, termasuk dasar pemberian Geran Komunal, d

Dasar geran Komunal Sabah

Image
Dasar yang diperkenalkan Kerajaan Negeri pada tahun 2010 itu, diasaskan kepada jumpaan kerajaan negeri, bahawa rakyat yang diberi tanah kerajaan dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu menjual tanah mereka pada harga yang cukup rendah. Hasil penjualan itu, sebenarnya hanya cukup untuk sementara waktu sahaja, kemudiannya rakyat yang berkaitan terus bergelomang dengan keperitan hidup, kerana tiada media lagi untuk mencari sumber pendapatan. Menurut rekod pejabat tanah seluas 1.4juta ekar tanah kerajaan yang diberikan kepada rakyat telah bertukar tangan, khususnya di kawasan-kawasan yang terkait dengan NCR. Oleh kerana rakyat yang diberikan geran itu telah menjual tanah mereka, maka mereka itu terpaksa menceroboh tanah-tanah kerajaan, termasuk hutan simpan. Apabila kerajaan mendapati keadaan sedemikian, maka kerajaan melaksanakan satu dasar pemilikan tanah, iaitu menerusi geran komunal. Menerusi geran itu, tanah kerjaan yang diberikan tidak boleh dijual, melainkan hanya boleh diw

PRU-13 PELUANG PEMBANGKANG TAWAN PUTRAJAYA

Image
Jika diamati, peluang keemasan pembangkang merampas Putrajaya adalah pada PRU-13, bukannya pada PRU-14. Kemuncak kekuatan pembangkang adalah pada PRU tersebut. Bukti bahawa kemuncak sokongan kepada pembangkang, apabila berjaya menafikan undi popular Bn, sejak diadakannya pilihanraya di negara ini. Hanya kerana sistem pilihanraya negara menggunakan first past the post seperti mana amalan demokrasi yang digunakan oleh negara-negara seperti Amerika, United Kingdom, di mana undi popluar bukan penentu kemenangan, akan tetapi jumlah kerusi, manakala di Amerika dipanggil electoral college. Berdepan dengan PRU-14, pembangkang (Pakatan Harapan) tiada isu terpusat (central issue) yang boleh menggamit sokongan rakyat, selain dakwaan-dakwaan dan perkataan-perkataan boombastik seperti pencuri, perompak dan sebagainya. Perkataan-perkataan boombastik seumpama ini, telah digunakan oleh kumpulan reformasi pada tahun 1998, di mana masa itu, perkataan, MAHAZALIM, MAHAFIRAUN, KKN (koruptor, kroni

PRU-14: CALON NOMAD

Image
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri- Dato Seri Dr Zahid Hamidi semasa melancarkan Jentera Pilihanraya Negeri Johor, untuk menolak calon nomad, membawa implikasi seorang calon daripada Sabah yang terpaksa berpindah tempat, kerana tidak lagi menjadi pilihan parti dan pemimpin setempat. Memang kenyataan TPM itu merujuk kepada Lim Kit Siang, kerana penasihat DAP itu merupakan calon nomad. Jika lah, pengundi mengambil iktibar kepada kenyataan TPM itu, maka jika ada calon Bn dalam kategori yang sama, maka ianya boleh digunakan oleh parti lawan untuk merai undi. Jalinan komunikasi pada era ini, tidak lagi terhad, di tempat di mana sesuatu kenyataan itu diucapkan. Kenyataan TPM itu, sudahpun digunapakai oleh parti lawan dan disebarkan melalui media alternatif, cerita-cerita kedai kopi. Nampak gayanya, kenyataan TPM itu, boleh menjadi penghalang kepada calon "nomad" Bn Sabah pada PRU-14. Apa kah menerusi kenyataan TPM itu, boleh mempengaruhi keputusan Bn Sabah mencalonkan

PRU-14 SABAH: PEMBANGKANG MEMBANGKITKAN SENTIMEN DAN EMOSI

Image
Berita palsu yang dikaitkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan 30,000 dokumen kepada warga asing kononnya untuk melayakkan mereka mengundi, dakwaan Tun Dr Mahathir Mohammad, bahawa undi pos disorokkan dengan undi palsu, selain isu persempadanan merupakan isu yang membangkitkan sentimen dan emosi. Pada PRU-13, berita palsu yang dikaitkan dengan 40ribu pengundi Bangla, isu padam lampu semasa pengiraan undi, isu pembakaran kitab injil, jika Bn menang juga telah menimbulkan sentimen & emosi. Selain daripada itu tujuan jangka panjang kaum cina untuk menguasai politik tanah air, telah mendapat jolokan "tsunami cina" pada PRU-12 & 13. Kaum cina telah sedar daripada awal, setiap daripada mereka yang cukup umur untuk mengundi, maka mereka mendaftar sebagai pengundi, berbeza dengan kaum melayu, yang masih terpaku bahawa negara ini mempunyai majoriti penduduk melayu, maka tidak kurang 3 juta di seluruh negara yang layak mengundi, tidak mendaftar sebaga

PRU-14 SABAH: ANTARA SENTIMEN DAN KEMAJUAN

Image
Pengalaman rakyat Sabah mengubah kerajaan kerana sentimen adalah pada tahun 1976 dan tahun 1985. Paling menonjol sekali pada tahun 1985, apabila sentimen mengatasi kemajuan. Rakyat negeri ini yang berusia antara 40-an ke atas sudah tentu masih ingat bagaimana rentak kemajuan negeri antara tahun 1976-1985, di bawah pemerintahan parti Berjaya yang diterajui Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri). Dalam tempoh masa 9 tahun, bukan sahaja pembangunan fizikal akan tetapi penyediaan peluang-peluang pekerajaan disediakan, kerana kerajaan negeri banyak mengwujudkan berbagai agensi kerajaan, seperti KPD, SAFODA, Ko-Nelayan, Safma, SFI, Sabah Shipyard, Cement Industry, SEDCO dan banyak lagi. Hanya kerana sentimen, kerajaan yang membawa begitu banyak kemajuan dan pembangunan, cukup mudah dikalahkan. Demikian juga apabila Parti PBS yang menjadi parti pembangkang kepada Bn bermula tahun 1990, meskipun kerajaan negeri dan rakyatnya dinafikan daripada segi kemajuan & pembangunan oleh Pers