Posts

Showing posts from May, 2018

MANTAN PEMIMPIN UMNO/BN PERGUNA RAKYAT

Image
Beberapa calon pembangkang dalam PRU-14, hanya mempergunakan rakyat untuk mendapatkan semula kedudukan mereka yang hilang. Mereka tidak sedar, bahawa nama dan kedudukan mereka itu satu masa lalu kerana parti Umno/Bn. Oleh kerana, tiada sifat berterima kasih, tiada sifat bersyukur, mereka kini, sudah menjadi kacang lupakan kulit, malah mahu menumbangkan parti yang pernah memertabatkan mereka. Kalaulah mereka itu, bukan produk daripada kilang Umno/Bn mereka itu tidak akan menjadi perhatian. Penulis suka mengulang semula kenyataan mantan Ketua Menteri Sabah- Tan Sri Chong Kah Kiat di Batu Sapi pada Ahad, bahawa mereka-mereka itu, adalah para pemimpin yang tamak dan tidak tahu berterima kasih. Mereka itu, ibarat makan tebu, habis manis sepah dibuang. Mereka itu, tergolong seperti kacang lupakan kulit.  Para pemimpin seumpama itu, hanya mempergunakan rakyat untuk kepentingan peribadi. Calon-calon yang menjadi perhatian semasa PRU kali ini, antara lain, Datuk Shafie Apdal yang b

PRU-14 SABAH: BENAR-BENAR PESTA DEMOKRASI

Image
Betapa menariknya jawatan Wakil Rakyat. PRU-14 Sabah telah menarik 349 calon yang mewakili berbagai parti termasuk calon bebas, malah pencacai di media sosial pun masuk gelangang merebut jawatan wakil rakyat. PRU Sabah kali ini, benar-benar menggambarkan pesta demokrasi. PRU-14 Sabah kali ini, bukan sahaja dapat menarik ramai profesional, akan tetapi juga termasuk petani,dan mantan-mantan pesara kerajaan. Daripada 349 calon tersebut hanya 85 calon sahaja bakal dipilih sebagai wakil rakyat, 25 ahli parlimen dan 60 ahli dewan undangan negeri. Daripada 25 Parlimen, hanya satu parlimen berlaku satu lawan satu, iaitu parlimen Sandakan antara Bn dan DAP dan daripada 60 Dun hanya dua berlaku satu lawan satu, iaitu di Elopura antara Bn-DAP dan Dun Senallang antara Bn-PWS. Daripada 25 kawasan Parlimen, walaupun terdapat beberapa kerusi panas, akan tetapi Bn sekurang-kurang unggul di 21 kawasan, manakala DAP satu. Apa yang paling menarik untuk diamati pada PRU kali ini, adalah Par

SLOGAN UBAH ! - APA YANG DIUBAH ?

Image
Slogan parti Warisan Sabah (PWS) UBAH, sebenarnya bukan untuk kemajuan & pembangunan, kerana istilah UBAH itu, hanya mengubah jawatan-jawatan politik, seperti jawatan Ketua Menteri, menteri-menteri, setiausaha-setiausaha politik, pemimpin kemajuan masyarkat (PPM), pengerusi syarikat-syarikat kerajaan. Mereka mahu mengubah HALATUJU Pembangunan & Kemajuan Sabah. Selain itu, mereka tergiur dengan SIMPANAN kewangan Sabah yang mendekati RM4bilion, mereka teringin sangat menebang 1.87juta hektar kawasan kayu balak Sabah. Sebenarnya, tujuan slogan UBAH itu, mereka mahu mendapat peluang hasil pencapaian kerajaan Barisan Nasional. Cuba bayangkan, kerajaan Pimpinan Tan Sri Musa Aman, bermula pada tahun 2003, bersusah payah mengumpul kewangan negeri, daripada RM184juta kepada RM3.74bilion, berusaha membentangkan bajet negeri daripada di bawah RM2bilion kepada lebih RM4bilion (lebih RM4000juta). Kerajaan yang diterjaui Barisan Nasional, bertindak sedemikian rupa, supaya kawasan

PRU14 SABAH : KEBARANGKALIAN KEPUTUSAN

Image
Berasaskan kepada senarai calon-calon antara Bn dan parti lawan, ianya akan mampu menarik setidak-tidaknya 862 ribu pengundi keluar mengundi daripada 1.111 juta pengundi Sabah. Senarai calon-calon Bn boleh menarik sekurang-kurangnya 499,600 pengundi mengundi Bn, manakala calon-calon PWS/DAP/PKR dan menarik 268,000 pengundi. 499,600 pengundi dapat diterjemahkan antara 36-54 kerusi Dun dan 21-23 kerusi Parlimen. 268,000 pengundi yang mengundi parti lawan, dapat diterjemahkan antara 6-14 kerusi Dun dan Parlimen 4-2. Kalaulah calon-calon dirangkingkan, sebelum penamaan calon di peringkat DUN menempati ranking 1-36 adalah BN, DAP 37-40, manakala ranking 41-60 rebutan antara Bn, PWS, PKR dan DAP. Manakala di peringkat Parlimen ranking 1-19 ditempati BN, ke-20 oleh DAP, manakala 21-25 rebutan antara Bn/PWS/DAP. Daripada 60 kawasan Dun yang dipertandingkan 36 kawasan positif kepada Bn, 4 DAP, manakala 20 Dun rebutan antara BN/PWS/PKR/DAP. Daripada 20 kawasan DUN yang menjadi rebut

PRU14 SABAH : PELUANG BN

Image
Jika parti Warisan Sabah dan PH menghormati kolaborasi anatara mereka, maka dengan jelas, PWS menggambarkan parti itu sebagai parti Umno dalam parti Barisan Nasional, kerana bertanding sepenuhnya di kawasan-kawasan yang ditandingi Umno. Menerusi kolaborasi itu, maka pemimpin kaum cina PWS tiada tempat untuk bertanding. Melihat kepada kombinasi antara PWS dan PH, yang membezakan antara PRU-13 dan PRU-14, kawasan-kawasan yang ditandingi PKR dan Pas semasa dalam Pakatan Rakyat diambil alih oleh PWS. Melihat kepada keadaan terbaru, ianya membawa ertinya, pengundi yang mengundi PKR & Pas pada PRU-13 akan mengundi PWS. Oleh kerana DAP akan bertanding di kawasan-kawasan yang ditandingi pada PRU-13, maka pengundi akan mengundi parti itu pada PRU-13 kemungkinan juga mengundi parti itu. Jika trend pengundian akan sama dengan PRU-13, walaupun adanya pertambahan undi, namun diperkirakan seramai 862,000 pengundi akan menunaikan tanggungjawab. Daripada jumlah itu, 499,600 akan mengundi

PERKARA MENARIK DALAM MANIFESTO BN SABAH

Image
Perkara menarik dalam Manifesto Bn Sabah yang bertemakan TanahAir Ku Maju aka SABAH MAJU yang menyenaraikan 20 komitmen yang bakal dilaksanakan dalam penggal pemerintahan antaranya komitmen penyediaan peluang-peluang pekerjaan, menambah penerima biasiswa dan dermasiswa, merapatkan jurang pembangunan antara bandar & luar bandar dan membina rumah mampu milik. Komitmen-komitmen yang disebutkan lebih mengarah kepada generasi penerus sebagai sandaran kepada golongan itu untuk memajukan Sabah sesuai dengan Transformasi Nasional-TN50. Memang diakui manifesto Bn Sabah bagi berdepan PRU-14 memang dirangka sedemikian rupa sebagai kelanjutan kepada Halatuju Pembanguan & Kemajuan Sabah. Penyediaan peluang-peluang pekerajaan adalah untuk mereka yang berumur di atas 20 tahun, kerana mereka ini merupakan sebahagian daripada rakyat negeri lepasan sekolah atau kolej yang mula terjun ke alam pekerjaan. Kerajaan juga bijak mengembangkan modal insan dengan menambah jumlah biasiswa &am

PRU-14 SABAH: KAWASAN PILIHAN PARTI WARISAN SABAH

Image
Parti Warisan Sabah akan bertanding 16 kawasan parlimen dan 44 kawasan Dun. Kawasan Parlimen adalah- Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Penampang, Papar, Kimanis, Sipitang, Keningau, Beluran, Libaran, Batu Sapi, Kinabatangan, Silam, Semporna dan Kalabakan. Manakala Dun adalah- Banggi, Tanjong Kapor, Pitas, Tandek, Usukan, Sulaman, Kiulu, Karambunai, Tanjong Aru, Petagas, Kawang, Pantai Manis, Bongawan, Membakut, Klias, Lumadan, Sindumin, Kundasang, Paginatan, Tambunan, Liawan, Melalap, Kemabong, Sook, Nabawan, Sugut, Labuk, Gum-Gum, Sungai Sibuga, Sekong, Karamunting, Kuamut dan Sukau. Berasaskan keputusan PRU-13, semua kawasan itu dimenangi Bn kecuali Parlimen Penampang dan Dun Klias. Bagi berdepan dengan PRU-14, Bn membawa bersamanya (bagi parlimen) majoriti Kudat (12,376), Kota Marudu (842), Kota Belud (5,095), Sepanggar (9,442), Papar (10,535), Kimanis (5,723), Sipitang (9,469), Keningau (3,918), Beluran (9,988), Libaran (11,586), Batu Sapi (3,798), Kinabatangan

PRU 14 SABAH: KAWASAN PILIHAN DAP

Image
Parti DAP akan bertanding 3 Parlimen dan 7 Dun pada PRU-14. Manakala PKR 6 Parlimen dan 9 Dun. Oleh kerana gabungan Pakatan Harapan itu berkolaborasi dengan parti Warisan Sabah, maka parti Warisan akan bertanding 16 kawasan parlimen dan 44 Dun. Menerusi jumlah kerusi yang ditandingi PWS baik parlimen mahupun Dun, membolehkan parti pimpinan Datuk Shafie Apdal itu mengetuai kolaborasi dua parti itu. Dalam artikel blog ini sebelum artikel ini, penulis telah menganalisa serba sedikit berkaitan peluang PKR dalam PRU-14. Melihat kepada kawasan-kawasan yang ditandingi parti yang berlambang mata itu, nampaknya hanya DUN Moyog ada peluang untuk dimenangi. Pada artikel ini akan dilihat kawasan-kawasan yang menjadi pilihan atau ditandingi DAP. Bagi kawasan Parlimen, Dap akan mempertahankan Parlimen Sandakan dan Kota Kinabalu, manakala akan mencuba nasib di Parlimen Tenom. Berasaskan keputusan PRU-13 Parlimen Sandakan dimenangi DAP dengan majoriti 1,088 mengalahkan calon Bn- Presiden

PRU-14 Sabah: Kawasan Pilihan PKR

Image
PKR Sabah bertanding 6 kerusi Parlimen dan 9 kerusi Dun. Kerusi-kerusi parlimen adalah Putatan, Tuaran, Beaufort, Ranau, Pensiangan dan Tawau. Manakala DUN- Api-Api, Moyog, Inanam, Tamparuli, Kuala Penyu, Matunggong, Kedamaian, Tempasuk dan Karanan. Jika berasaskan keputusan PRU-13, hanya Api-Api, Moyog, Inanam, Tamparuli, Matunggong dan Kedamaian dimenangi parti itu. Pada PRU-13, Putatan dimenangi Bn dengan majoriti 9,507, Tuaran majoriti 5,190, Beaufort majoriti 673, Ranau majoriti 3,611, Pensiangan 1,744 dan Tawau majoriti 4,979. Manakala di Tempasuk dan Karanan serta Kuala Penyu masing-masing Bn menang dengan majoriti 5,210 dan 3,500 serta 2,273. Bagi kerusi Api-Api meskipun dimenangi PKR, dengan majoriti 795 akan tetapi kemenangan bukan dengan undi popular, demikian juga di Tamparuli, Inanam,  Matunggong dan Kedamaian. Senario politik pada PRU-14 sangat berbeza berbanding PRU-13. Tamparuli, Matunggong dan Kedamaian dimenangi parti itu bukan kerana faktor parti akan t