Apa sebenar di sebalik Pendaratan Ikan Di Sabah ?
Dikatakan pendaratan ikan di Sabah, berkurang 50%, kononnya kerana akibat dibenarkannya kapal-kapal Vietnam yang dioperasikan oleh pemilik tempatan di perairan negara. Perlu diketahui, bahawa kapal-kapal itu tidak mendaratkan hasil-hasil tangkapan mereka di jeti-jeti di Sabah, kerana pendaratan kapal-kapal itu dipolitikkan oleh pihak pembangkang. Sebagai contoh, awal bulan ini, Naib Presiden parti Warisan Sabah, Junz Wong mempersoalkan, mengapa kapal-kapal Vietnam itu mendaratkan ikan mereka di Jeti SAFMA, Kota Kinabalu. Pemilik lesen tempatan yang mengoperasikan kapal-kapal Vietnam di laut dalam, serba salah, kerana tindakan mereka mendaratkan ikan di jeti Sabah dipolitikkan. Memang, hasil tangkapan ikan bukan daripada nelayan yang termasuk dalam persatuan pemilik boat nelayan Pantai Barat Sabah, akan tetapi, sebarang tangkapan yang boleh didaratkan di jeti Sabah, sebenarnya penyumbang kepada jumlah ikan yang didaratkan. Namun, pendaratan ikan yang ditangkap oleh kapal Vietn...