22 Tahun Tun Mahathir Tidak Sedar Nafi Hak Sabah dan Sarawak
Memang pun Tun Dr Mahathir bukan Perdana Menteri semasa Akta Petrolium Negara digubal, tetapi beliaulah pelaksana utama kepada akta itu selama 22 Tahun plus sebagai Pengerusi dan penasihat Petronas. 2. Cuba bayangkan, Sabah dan Sarawakpun tidak dibenarkan menubuhkan syarikat minyak sendiri dalam tempoh mantan Perdana Menteri itu berkuasa. 3. Kini, Sabah ada Sabah Petrolium Bhd, dan Sarawak ada Petros. 4. Selepas sahaja Tun Dr Mahathir berhenti daripada jawatan Perdana Menteri, maka Sarawak ada Sarawak Corridor Renewable Energy ( SCORE ) , Sabah ada Sabah Development Corridor ( SDC ) yang bernilai berbilion ringgit, menyediakan ribuan peluang pekerjaan. 5. Sabah dan Sarawak akhirnya mempunyai Lebuh Raya ( Lebuh Raya Pan Borneo ) yang bernilai lebih RM23bilion. 6. Sekiranya Tun Mahathir masih berjawatan Perdana Menteri, tidak akan ada jambatan bertingkat di Sabah, tidak akan ada jambatan Sadong di Sarawak (Jambatan itu salah satu ...