PRU14 : Apa Pilihan Rakyat Sabah ?
Kalau melihat isu yang di bawa pembangkang, berkisar-kisar pada isu MA63. 2. Mengapa faktor MA63 menjadi pilihan pembangkang? sebabnya dalam dokumen itu, termaktub berkaitan hak-hak Sabah, apa kah itu berkaitan agama, berkaitan ekonomi, mahupun berkaitan status. 3. Mempergunakan isu MA63, memudahkan mereka membangkitkan berbagai sentimen, yang meliputi semua perkara, daripada kemajuan infrastruktur, kemajuan pendidikan, peluang-peluang perjawatan, peluang-peluang perniagaan dan sebagainya. 4. Adalah cukup mudah bagi pembangkang membakar perasaaan rakyat Sabah, apabila merujuk kepada MA63. Sebab itu, apabila diperhatikan, setiap mereka yang mempunyai sentimen anti Persekutuan, cukup mudah mengenali mereka apabila KERAP MEMBANDINGKAN ANTARA APEL DAN DURIAN, mereka bercakap TIDAK berasaskan perbandingan setara, akan tetapi KERAP SANGAT memesongkan FAKTA . Sebagai misalan, apabila merujuk berkaitan jalan raya, MEREKA tidak membezakan antara jalan...