Umno Berjasa Pada Rakyat Sabah
Kerana kehadiran parti UMNO ke Sabah, bukan sahaja ramai pemimpin negeri dilantik ke peringkat Persekutuan, akan tetapi juga ramai penjawat awam negeri ini dilantik mengetuai agensi-agensi atau jabatan Persekutuan. Apa yang sangat ketara, sejak parti itu menjadi tunjang kepada kerajaan negeri, bukan sahaja kestabilan politik dapat diwujudkan, akan tetapi juga pembangunan dan kemajuan negeri berjalan pada landasan betul. Tan Sri Musa Aman bersama para pemimpin lain termasuk para pemimpin parti komponen Bn, telah Berjaya menterjemahkan amanah yang diberikan oleh rakyat, membangun dan memajukan negeri, baik daripada segi fizikal akan tetapi juga pendapatan. Kehadiran Umno telah melahirkan berbagai pemimpin yang mempunyai komitmen dan komited terhadap negeri dan rakyatnya. Kadar kemiskinan negeri menurun dengan drastiknya. Pada tahun 2016 kadar kemiskinan adalah 2.9% berbanding pada tahun 2009 19.7%. Simpanan kewangan negeri pada tahun 2017 berjumlah RM3.74bilion, berbanding ...