Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta
3 mantan pegawai kerajaan sedang berdrama di Kuala Lumpur menjadi pengkhianat, 1 mantan menteri di Sabah tengah pula kumpul duit untuk mencapai misi peribadi. 1. Sumber rapat Shafie Apdal dan kumpulan yang bakal meletakkan Shafie Apdal sebagai Ketua pembangkang menyatakan Datuk Peter Anthony Pengarah Urusan Asli Jati Engineering Sdn. Bhd bakal menyediakan dana besar RM 200 juta untuk kempen dan penubuhan parti baru Shafie Apdal. Dengan dana hasil rasuah projek yang diberikan Shafie ketika Menteri KKLW selain #Taikun besar Joseph Lo (Mentua Peter Anthony) tentunya dana besar dapat dikumpul untuk membiayai kempen Shafie Apdal. 2. Desas desus pertemuan Shafie dengan Pembangkang Sabah bukan lagi rahsia apabila siri perjumpaan Shafie Apdal di Semporna dan terbaru turut dibantu PKR Sabah. 3. Umum mengetahui Datuk Peter Anthony, Presiden KDM Malaysia merupakan proksi dan kroni tegar Shafie Apdal. Shafie pernah menganugerahkan beliau kontrak Projek Bekalan Air Bandar ( BALB) dan ...