TUN DR MAHATHIR PUNCA SABAH MUNDUR
Hanya mereka yang menelan ludah dan kahak sendiri tidak membincangkan atau mempersoalkan apa yang pernah dibawa oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan yang diketuai DAP membuat keputusan melantik beliau ke jawatan itu untuk sementara jika pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya. Perbincangan dalam kalangan rakyat Sabah berkaitan apa yang dilakukan mantan Perdana Menteri ke-4 itu ternyata mendedahkan pelbagai kelemahan beliau yang bermula daripada tindakannya menggunakan sistem penggiliran Ketua Menteri setiap dua tahun sehingga membantutkan pembangunan negeri kepada penarikan hak-hak negeri ini dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Masih lekat diingatan rakyat Sabah apabila pada tahun 1983 Dr. Mahathir membatalkan perundangan tentang hak eksklusif rakyat Sabah dalam pembekalan elektrik dan industri gas apabila diberikan kepada Persekutuan walaupun jelas terkandung di dalam MA63. Selain itu, pada tahun 1996 kuasa Imigresen...