PRU-14: BAHANA BERITA PALSU
Parti Bn benar-benar tercabar dengan berita palsu, daripada yang sekecil-kecilnya sehingga yang sebesar-besar-besarnya.
Contoh berita palsu adalah memuat naik gambar-gambar jentera pembalakan, lori-lori balak, kononnya jentera-jentera dan lori-lori itu sedang beroperasi di sesebuah kawasan, dan pihak-pihak yang terlibat adalah pemimpin kerajaan Bn, sedangkan faktanya, kejadian seumpama itu bukan pun berlaku di kawasan yang dimaksudkan, akan tetapi di negeri jiran. Impak kepada berita palsu itu, pihak jabatan yang menjalakan siasatan selain membuang masa dan tenaga akan tetapi juga menanggung kos yang besar.
Infografik berkaitan sejumlah wang yang dirampas SPRM daripada beberapa individu berkaitan skandal Jabatan Air Sabah, dengan ulasan bahawa SPRM tidak bertindak mendakwa pihak-pihak terbabit, kerana kononnya, wang yang dirampas itu kepunyaan pemimpin tertentu. Sedangkan faktanya, para individu yang terbabit sudahpun dihadapkan di mahkamah dan sedang menunggu hari perbicaraan.
Berita palsu memang diasaskan kepada berita benar, akan tetapi dimanipulasi sedemikian rupa untuk memberi impak negative kepada kerajaan.
Membina jalan kampung misalnya yang dilaksanakan dua tahun lalu, kemudian mengalami kerosakan kerana dilalui jentera berat, seperti lori, jentera penuai padi atau atau jentera bertayar rantai, kemudian diambil gambar, dan ditularkan, bahawa jalan tersebut tidak pernah dibaiki atau diselenggara, ataupun jika pun diselenggara, akan tetapi kontraktor yang terlibat tidak menjalankan kerja-kerja menurut speksifikasi, kerana terpaksa membayar komisyen pada pemimpin tertentu. Dakwaan seumpama ini, dikategorikan sebagai berita palsu kerana mengundang kebencian.
Ciri-ciri berita palsu antara lain berita itu mengundang kecemasan, permusuhan, kebencian dan seterusnya menjemput orang yang membacanya berdebat.
Selain itu, berita palsu adalah berita yang tidak bersumber yang diambil daripada internet, ditokok tambah, diberi catitan-catitan seolah-olah kejadian terkini.
Info grafik yang berisi berkaitan dengan kayu balak, gambar wang yang dirampas pihak SPRM, kemudiannya diedit, ditampalkan gambar pemimpin, dan seterusnya mengulas bahawa ianya ada kaitan dengan pemimpin itu. Mereka yang bertidak sedemikian adalah pengguna-pengguna laman sosial palsu, yang mana hanya pihak PDRM atau SKMM sahaja mempunyai keupayaan menelusurinya. Menutup akaun-akaun sedemikian, tanpa menangkap pelakunya, sama dengan peribahasa, mengawal 1000 ekor kerbau lebih mudah daripada seorang manusia, kerana bertindak menutup akaun palsu sedemikian, akan muncul lagi akaun palsu yang lain.
AFS sudah lama memperhatikan seorang pengguna facebook yang menyokong parti Warisan Sabah dengan menggunakan nama “mike lius” merupakan pengguna facebook yang paling aktif menulis cerita-cerita palsu dan fitnah. Malah gambar-gambar yang berkaitan pembalakan haram di Lembah Maliau adalah perbuatan pengguna facebook itu. Mengapa kah pengguna facebook itu, masih dibiarkan menularkan berita-berita palsu?
MR
Comments
Post a Comment