REKOD DAN PENCAPAIAN TAN SRI MUSA AMAN
Sebaik sahaja Datuk Seri Musa Aman dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada 2003, beliau memperkenalkan beberapa pendekatan untuk mengatasi punca-punca Sabah tersenarai sebagai negeri termiskin di negara ini. Sebagai pemimpin yang berlatar belakangkan perniagaan, maka pendapatan negeri perlu diutamakan. Atas sebab itu, punca pendapatan negeri perlu dibutirkan, menerusi pengkelasan sektor. Butiran sektor yang meliputi berbagai pendekatan itu diterjemahkan menerusi Halatuju Pembangunan & Kemajuan Negeri (HALATUJU). Menerusi HALATUJU dikenal pasti berbagai sektor yang membolehkan Sabah maju pada tahun 2025. Oleh kerana pendekatan pendapatan merupakan pemacu & pengerak ekonomi, maka beliau membentangkan bajet yang besar, selain perkiraan pendapatan bukan sahaja dapat membelanjai bajet akan tetapi pendapatan yang berlebihan. Sebagai impak kepada pendapatan yang berlebihan, maka simpanan kewangan negeri terus meningkat, bermula pada tahun 2003 yang hanya RM184juta kepada RM3....