POLITIK MEMBANGKITKAN SUKU BANGSA-POLITIK BAHAYA



Sabah adalah negeri yang didiami masyarkat majmuk. Lebih 36 etnik suku bangsa, telah hidup harmoni sejak sekian lama. Namun, timbulnya para pemimpin yang menyokong parti pembangkang membangkitkan isu-isu suku bangsa, sebenarnya cukup bahaya pada negeri seperti Sabah.

Mempolitikkan suku bangsa, tidak mendatangkan apa-apa faedah pada negeri ini, kerana ianya hanya menyebabkan polarisasi antara rakyat berbilang kaum.

Hakikat yang perlu diterima setiap rakyat Sabah, tiada suku bangsa yang dominan dan menguasai suku bangsa lain.

Melihat kepada kecenderungan pemimpin politik yang memperpolitkkan suku bangsa, seharusnya pihak berkuasa bertindak dengan cepat membendung gejala itu sebelum menjadi kronik.

Apabila seorang pemimpin membangkitkan suku bangsa lain, maka pemimpin lain juga akan membangkitkan suku bangsa pihak lain. Makna kata, apabila berlaku aksi maka akan berlaku reaksi. Apabila isu menjadi tegang, maka perbalahan yang pada mulanya hanya berbentuk hujah mulut akan menjadi pertembungan fizikal, dan apabila itu berlaku, maka Sabah akan menjadi negeri bergolak, dan adalah sukar membendungnya. Pihak berkuasa perlu bertindak dengan cepat, kerana mencegah lebih mudah daripada mengubati.

Tidak kisah di pihak mana, apa kah mereka itu penyokong kerajaan atau kah pembangkang, pihak berwajib perlu bertindak segera terhadap mereka yang mempergunakan suku bangsa sebagai bahan politik.

Sebelum Sabah menjadi porak peranda, adalah tindakan betul jika pihak berkuasa bertindak terhadap mereka-mereka ini.

Kehadiran para pemimpin atau individu yang mahu merosakan keharmonian masyarakat majmuk perlu dinyahkan daripada kancah politik negeri.


MR

Comments

Popular posts from this blog

Shafie Apdal is revealing his true color !

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH