PRU14 Sabah : UBAH hanyalah sekadar satu slogan
UBAH yang digunakan parti Warisan Sabah, hanya untuk membakar semangat mereka sendiri, namun hakikat yang bersarang di dada pemimpin utama parti itu, Datuk Shafie Apdal, slogan itu tidak bakal menjadi kenyataan. Bukan mudah, bagi sebuah parti yang tiada rekod untuk menumbangkan kerajaan yang mempunyai rekod pencapaian. Pengalaman rakyat Sabah mengubah kerajaan pada tahun 1976 dan 1985, sangat berbeza dengan keadaan sekarang. Masa ini, tiada asas bagi rakyat biasa mengubah kerajaan kerana kerajaan yang sedia ada bukan sahaja membela rakyat, akan tetapi kerajaan yang mesra rakyat. Shafie dengan rekod beliau semasa menteri Kemajuan luar bandar dan wilayah (KKLW) di mana dana RM7.5bilion peruntukan Persekutuan tidak sampai kepada rakyat masih segar. Sudah tentu rakyat tertanya-tanya, bagai mana kah seorang pemimpin yang terpalit dengan rekod tidak mengutamakan rakyat menjadi sandaran menerajui negeri? Selain itu, penubuhan parti Warisan Sabah bukanlah berasaskan aspirasi r...