PRU-14: MIMPI SEDIH BAGI WARISAN/PH DI PANTAI TIMUR


Politik adalah satu seni, sebab itu, ada ahli politik, menganggap, air yang tenang itu tiada buaya. Malah mereka itu bersandar kepada keadaan tahun 1976 & 1985, walaupun masa itu angin perubahan hanya sepoi-sepoi bahasa, akan tetapi benar-benar rakyat menukar kerajaan.

Keadaan inilah yang memerangkap Warisan/PH di Pantai Timur, kononnya Pantai Timur akan mereka kuasai pada PRU-14, hanya bersandarkan bahawa Datuk Shafie Apdal berasal daripada Pantai Timur, iaitu Semporna.

Pengalaman melihat gaya badan rakyat Sabah sejak tahun 1989, nampaknya, tiada gaya atau sifat rakyat/pengundi Sabah di kawasan Pantai Timur beralih arah, sebaliknya masih kental dengan parti dan kerajaan yang sedia ada, termasuklah Semporna.

Hanya satu Parlimen dan satu Dun yang berkeadaan 50:50 di wilayah Pantai Timur, iaitu Parlimen Sandakan dan Dun Sulabayan, manakala Dun  Sri Tanjung, Bn berkedudukan 45:55.

Kawasan Pantai Timur, nampaknya masih wilayah Barisan Nasional.


MR

Comments

Popular posts from this blog

Shafie Apdal is revealing his true color !

Warisan fitnah Jabatan Perhutanan Sabah guna gambar pembalakan PALSU !