Benarkah ekonomi Malaysia Gagal ? - Bahagian 1
Sesiapa yang minat memperhatikan bagaimana fiskal negara diurus sejak tahun 2009, sebaik sahaja Datuk Seri Najib Razak dilantik ke jawatan Perdana Menteri, maka dapat dilihat bagaimana defisit fiskal negara terus berkurang.
Tahun 2009 (-6.7%), 2010 (-5.3%), 2011 (-4.7%), 2012 (-4.3%), 2013 (-3.8%), 2014 (-3.4%), 2015 (-3.2%) dan 2016 (-3.1%). Selama 8 tahun, pentadbiran DS Najib berjaya menurunkan defisit dengan kelajuan purata 4.31% setahun, atau berjaya menambah pendapatan negara sebanyak 116.13% untuk tempoh masa itu.
Fakta itu, disokong oleh pertumbuhan KDNK negara yang berlegar-legar pada purata di atas 5% setahun. Sebagai perbandingan, selama 48 tahun, pertubuhan KDNK Singapura 43 kali telah mengatasi pertubuhan negara, kecuali bermula tahun 2012-2016, pertumbuhan negara mengatasi negara jiran itu. Tahun 2012 (M=5.5%; S=3.7%) 2013 (M=4.7%; S=4.7%), 2014 (M=6%; S=4.68%), 2015(M=5%; S=2%) dan 2016 (M=4.2%; S=1.8%) bagi suku pertama 2017 (M=5.6%; S=2.7%).
Jika ada pihak yang selama mengagung-agungkan negara jiran itu, maka pertumbuhan KDNK lebih tinggi berbanding negara sebanyak 43 kali menyokong fakta, mengapa negara jiran itu lebih maju dan lebih kaya.
Di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir, tidak sekalipun pertumbuhuan KDNK negara mengatasi pertumbuhan KDNK negara jiran itu.
Mungkin atas fakta kejayaan pemerintahan DS Najib Razak jauh lebih baik daripada pemerintahan mantan Perdana itu, adalah penyebab utama beliau benar-benar cemburu.
Atas dasar cemburu itu, maka berbagai tomahan dan dakwaan karut, termasuk bahawa negara bakal muflis (oktober 2016) dan negara gagal di alamatkan kepada DS Najib oleh mantan PM itu dan dibantu oleh puak-puak pembangkang.
Tun Dr Mahathir tidak dapat menerima, bahawa kepimpinan dan pemerintahan DS Najib jauh lebih baik daripada beliau. Memang, mantan Perdana Menteri itu, mempunyai sifat tidak mahu mengaku kalah, dan atas sifat itu, mendorong beliau bertindak berlawanan dengan fakta.
Apa yang jelas, mantan Perdana Menteri itu bersama puak-puak pembangkang, tidak sedar, bahawa dakwaan fitnah dan bohong, tidak akan bertahan lama, kerana lambat laun, dakwaan mereka itu, akan diketahui rakyat, dan fakta benarlah, yang bakal bertapak di hati rakyat.
M.Rakunman
1.06.2017
Comments
Post a Comment