Benarkah ekonomi Malaysia Gagal ? - Bahagian 2

Demikian juga negara kita yang merupakan pengeksport barang-barang elektronik, minyak kelapa sawit, produk berasaskan getah atau getah, produk berasaskan kayu yang mempergunakan dollar amerika, dengan menurunnya tukaran wang negara terhadap dollar, maka eksport barangan negara itu, sekiranya tetap bernilai sama, sebelum penurunan wang negara,  maka menguntungkan negara kerana apabila nilai eksport ditukar kepada mata wang tempatan, ianya berjumlah lebih besar.

Oleh kerana syarikat menggunakan mata wang tempatan, dan kos pengeluaran tetap tidak berubah, maka keuntungan syarikat akan lebih besar.

Sebenarnya rakyat negara ini, yang kerap sangat bercakap soal penurunan nilai tukar ringgit terhadap dollar Amerika, sebenanya tidak terdedah kepada fenomena itu. Sebabnya, 90 peratus keperluan rakyat negara ini, seluruhnya produk tempatan dan sudah tentunya tidak terikat dengan nilai tukar asing.

Mengapa mereka itu, semacam berdepan kiamat? apabila nilai ringgit merosot berbanding dollar? Sebenarnya, anggapan mereka itu, hanya ikut-ikutan, sesuatu perkara di mana mereka tidakpun terimpak.

Sebenarnya, mereka yang terimpak berkaitan dengan nilai pertukaran asing, adalah mereka yang kerap ke luar negara, atau mempunyai anak-anak yang belajar di luar negara, namun berapa ramai mereka itu, berbanding penduduk negara ini berjumlah 32juta.

Sebagai contoh, tahun 2016, seramai lebih kurang 150ribu rakyat negara ini melawat United Kingdom, di mana VAT=semacam GST 20%, tidakpun bising, akan tetapi mereka yang tidak langsung terlibat, yang bising.

Benarlah, sesuatu tindakan di mana sebelumnya berasaskan TEORI boleh memberi impak positif kepada rakyat, namun “ceteris paribus” tidak berlaku, maka TEORI tinggal TEORI, kerana manusia bertindak sebaliknya. Inilah yang berlaku pada sistem percukaian GST, dan kemungkian juga akan berlaku pada pemansuhan DASAR KABOTAJ.

M.Rakunman
1.6.2017


Comments

Popular posts from this blog

Shafie Apdal is revealing his true color !

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH