Isu-Isu Pembangkang yang Tidak Logik & Rekaan semata-mata
Jika diteliti, isu-isu pembangkang keluar masuk kampung, termasuk di laman-laman sosial, adalah isu-isu berulang yang tidak berfakta, isu-isu hanya dakwaan, malah hampir keseluruhannya isu-isu fitnah. Pentularan di media sosial termasuk paparan skrin yang mengaitkan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), kononnya mendaftar pihak-pihak tentu sebagai pemilih, namun selepas nombor kad pengenalan yang ditularkan disemak melalui http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/defaultbm.asp...; terbukti nombor kad pengenalan yang ditularkan tidak wujud. Contoh pengguna facebook yang dengan nama TJ Ajamin mentularkan kad pengenalan bernombor 680702125285, kononnya pemegang kad pengenalan itu terdaftar di Kg Darau, Menggatal, parlimen Sepanggar, terbukti melalui semakan, kad pengenalan sedemikian tidak wujud. Melihat pada profile pengguna facebook itu, memakai songkok, seolah-olah beragama islam, namun pada bulan suci ini, masih sanggup menabur fitnah, kerana semata-mata mahu memalitkan kerajaan dan agensi ...