Kerjaan BN Sabah - Sudah Mantap : Mengapa Perlu Ubah?


Perjuangan parti Warisan Sabah, kononnya mahu kerajaan negeri yang kuat, supaya kerajaan pusat mendengar suara rakyat Sabah.

Sejak tahun 2004, kerajaan negeri Sabah adalah kerajaan terkuat di negara ini, selepas negeri Sarawak. Jadi mengapa mahu mencari lagi kerajaan negeri yang kuat???

Terlupa kah Datuk Shafie Apdal, bahawa Sabah dan Sarawak merupakan simpanan tetap barisan nasional!!!!. Mengapa menjadi simpanan tetap? sebabnya kerana kerajaan negeri kuat.

Jika tujuan parti Warisan Sabah diwujudkan seperti mana kata Presiden parti pembangkang itu, hanya untuk mengwujudkan kerajaan negeri yang kuat, maknanya, para pemimpin parti itu, sebenarnya sudah ketinggalan keretapi, kerana sudah 13 tahun, kerajaan yang memerintah negeri merupakan kedua terkuat selepas Sarawak di negara ini.

Hujah Shafie, kononnya melalui kerajaan negeri yang kuat, maka pemimpin persekutuan akan mendengar suara rakyat Sabah. Aik, rupanya mantan Naib Presiden Umno itu sudah lupa, bahawa sebaik sahaja Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri, maka Perdana Menteri yang menggantikan beliau, telah benar-benar mendengar degup jantung rakyat Sabah dan Sarawak, khususnya Perdana Menteri ke-6 Dato Seri Najib Razak.


Terlupa kah Shafie, bahawa kerajaan Pusat telah menyediakan berbilion ringgit melalui KKLW yang beliau terajui, untuk Sabah dan Sarawak!!!!

" Terlupa kah Shafie, Lebuh Raya Borneo berjaya direalisasikan kerana pemimpin pusat mendengar suara rakyat Sabah dan Sarawak. "

Shafie mungkin terlupa, walaupun hanya lebih setahun meninggalkan kabinet Persekutuan, bahawa para pemimpin persekutuan sangat komited berkaitan memajukan Sabah dan Sarawak, agar setara dengan kemajuan Semenanjung.

" Shafie sebenarnya, cuba mengaburi mata rakyat Sabah, dan mahu menggambarkan, bahawa kerajaan parti Barisan Nasional Sabah tidak kuat, sehinggakan suara rakyat Sabah tidak didengar pemimpin persekutuan. "

Sedarkah Shafie, bahawa para pemimpin persekutuan khususnya Perdana Menteri dan Timbalannya, sungguh kerap melawat Sabah, dan setiap lawatan, ada sahaja ole-ole untuk rakyat Sabah; dan yang terbaharu, apabila Perdana Menteri mengumumkan naik taraf lapangan Terbang Sandakan berkos RM80juta, selain mengumumkan pemansuhan Dasar Kabotaj yang berusia lebih 30 tahun.

Terlupa kah Shafie, kerana kerajaan Sabah dan Sarawak kuat, maka ramai pemimpin dua negeri itu dilantik ke jawatan menteri Pusat.

Jika matlamat parti Warisan sabah, untuk mewujudkan kerajaan negeri yang kuat, syogianya hasrat itu perlu dilupakan, kerana kerajaan parti Barisan Nasional Sabah bukan sahaja kuat, tetapi MANTAP. TATAP BN.


M.Rakunman
21.05.2017


Comments

Popular posts from this blog

Shafie Apdal is revealing his true color !

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH