Isu-Isu Pembangkang yang Tidak Logik & Rekaan semata-mata

Jika diteliti, isu-isu pembangkang keluar masuk kampung, termasuk di laman-laman sosial, adalah isu-isu berulang yang tidak berfakta, isu-isu hanya dakwaan, malah hampir keseluruhannya isu-isu fitnah.

Pentularan di media sosial termasuk paparan skrin yang mengaitkan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), kononnya mendaftar pihak-pihak tentu sebagai pemilih, namun selepas nombor kad pengenalan yang ditularkan disemak melalui http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/defaultbm.asp...; terbukti nombor kad pengenalan yang ditularkan tidak wujud.  Contoh pengguna facebook yang dengan nama TJ Ajamin mentularkan kad pengenalan bernombor 680702125285, kononnya pemegang kad pengenalan itu terdaftar di Kg Darau, Menggatal, parlimen Sepanggar, terbukti melalui semakan, kad pengenalan sedemikian tidak wujud.

Melihat pada profile pengguna facebook itu, memakai songkok, seolah-olah beragama islam, namun pada bulan suci ini, masih sanggup menabur fitnah, kerana semata-mata mahu memalitkan kerajaan dan agensi seperti SPR, kononnya, akan terus menang pilihan raya, kerana menternak PATI sebagai pengundi.

Pembangkang pada umumnya, sebenarnya tiada isu yang boleh dilontarkan kepada kerajaan, kerana kepimpinan kerajaan bukan sahaja mendengar degup jantung rakyat, akan tetapi telah berusaha menyelesaikan setiap masalah rakyat, sesuai dengan kemampuan dan kuasa yang ada.

Kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dengan dibantu barisan kabinet, para wakil rakyat, para pegawai kerajaan, agensi kerajaan serta para NGO bertungkus lumus pada setiap peluang, tanpa melihat masa dan situasi melalui acara turun padang, bukan sahaja untuk memastikan projek-projek atau program-program kerajaan untuk rakyat berjalan dengan lancar, akan tetapi memastikan seluruhnya dapat siap sesuai dengan jadual yang ditetapkan, supaya rakyat dapat menikmatinya.

Musa dalam pemerintahan beliau, kerap berhujah, setiap pemasalahan rakyat akan ditangani dengan jitu, sesuai dengan keupayaan dan kemampuan kewangan kerajaan. Jika sekiranya, ada kemudahan asas rakyat yang belum dilaksanakan, sebabnya, kerajaan masih terbantut dengan sumber kewangan, namun apa yang pasti, sebaik sahaja kerajaan mempunyai dana untuk pelaksanaan, maka kemudahan-kemudahan sedemikian,  akan dilaksanakan.

Pembangunan tidak pernah berhenti. Kerajaan pada hari ini akan terus membangunkan berbagai kemudahan untuk rakyat. Hanya masa dan kewangan sahaja yang menentukan. Atas sebab itu, rakyat kena bersabar, jika ada kemudahan asas yang belum dilaksana. Apa yang penting dan mustahak, rakyat kena terus menyokong kerajaan yang ada, agar dapat meneruskan pembangunan dan pembelaan.

Pembangkang hanya tahu menabur janji bulan bintang, janji-janji retorik, kerana sebenarnya para pemimpin pembangkang yang ada suatu masa lalu, sebahagian daripada kerajaan, namun semasa mereka ada kuasa, tidakpun melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan, sehinggakan kerajaan yang ada terpalit dengan tindakan mereka itu.

M.Rakunman
29.05.2017

Comments

Popular posts from this blog

Shafie Apdal is revealing his true color !

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH