PRU14 : BN Sabah - Kawasan KDM dan Cina - Kaedah Apa Yang Digunapakai ?
Jika berpaksi pada keputusan PRU-13, BN Sabah perlu lebih tiga penjuru di kawasan-kawasan KDM untuk menjamin kemenangan, sementara bagi kawasan majoriti cina, untuk sementara tiada kaedah yang boleh digunapakai. 2. Pertembungan lebih tiga penjuru, melalui perpecahan undi yang merata antara parti-parti pembangkang boleh membawa kemenangan kepada calon-calon Bn di kawasan KDM. 3. Contoh paling ketara bagai mana calon Bn pada PRU-13 lalu boleh menang menerusi pertembungan lebih tiga penjuru berlaku di DUN Kiulu, Kundasang, Paginatan, Tambunan, Liawan, Kemabong dan Nabawan. 4. Di lain pihak, pertembungan berbagai penjuru juga boleh menyebabkan kekalahan seperti mana berlaku di DUN Matunggong, Kedamaian, Tamparuli, Inanam, Api-Api, Klias dan Bingkor pada PRU-13 lalu. 5. Melihat kepada kebarangkalian kemenangan atau kekalahan calon-calon Bn Sabah menerusi pertembungan berbagai penjuru nampaknya seimbang. Maknanya, pertembungan berbagai p...