Banjir & Act Of God telah Merungkainya



1.  Kelemahan pembangunan yang dibuat manusia, sangat mudah untuk dirungkai, apabila “the act of god”  telah mendedahkannya.

2.  Sistem perpartian yang dibina berasaskan piawaian yang direkomendasi juru perunding bertauliah, dan kononnya, apabila siap pembinaan itu, maka dapat mengatasi musibah banjir.

3.  Satu perkara yang dilupakan oleh juru perunding itu, membina sesuatu di atas bumi yang menghalang semulajadi aliran air, secanggih manapun binaan itu, tidak akan mampu  menghindar bencana alam yang hendak diatasi.

4.  Banjir kilat yang melanda beberapa tempat hujung minggu lalu, termasuk ibu negeri, malah di Kota Belud yang hampir meranapkan kawasan Jelapang Padi, menunjukkan bahawa infra yang dibina untuk mengatasi banjir, tidak cukup canggih menghalang kejadian banjir.

5.  Rekomendasi juru perunding yang mengaku pakar kejuruteraan, dengan mudah diketahui, bahawa mereka itu bukanlah juru perunding yang mahir, atau dengan kata lain indah khabar daripada rupa, berhubungan dengan keupayaan mereka.

6.  Akibat kelemahan juru perunding, bukan sahaja kerajaan tidak mendapatkan sesuatu yang diharapkan apabila berbelanja ratusan juta ringgit bagi membina infra yang seharusnya menghalang kejadian banjir kilat, para pemimpin kerajaan, khususnya Ketua Menteri, terpalit dengan kelemahan itu.

7.  Apa yang malang lagi, mereka yang anti kerajaan dengan mudah menuding jari kepada Ketua Menteri, malah ada yang terang-terangan mendakwa bahawa Ketua Menteri “songlap” wang, seperti yang ditulis Zainnal Ajamain di laman facebook miliknya, kononnya pam air tidak dapat dibeli, kerana wang kerajaan dipoketkan oleh Datuk Musa. Sila lihat disini

8.  Kenyataan Zainnal itu, sebenarnya mempunyai merit untuk dibawa ke mahkamah, kerana dakwaan itu, sungguh serius, apatah lagi, ianya dimuat naik, apabila ramai rakyat berdepan dengan musibah banjir kilat.

9.  Musa Aman bukan pun seorang jurutera, beliau merupakan ahli perniagaan dan kewangan yang bertukar angin menjadi ahli politik.

10.  Jika kerajaan negeri yang diketuai Musa Aman melantik para perunding bagi projek-projek tebatan atau mitigasi banjir, ianya bukan berasaskan penilaian Ketua Menteri, akan tetapi ditentukan oleh para jurutera kerajaan yang diketuai Pengarah Jabatan Kerjaraya.

11.  Musa terperangkap dengan kualiti kakitangan sendiri, dan beliau dapat mengetahui sejauh mana ilmu dan kemahiran mereka itu, apabila “the act of god” membantu beliau merungkainya.

12.  Kejadian banjir kilat, membuka mata Datuk Musa Aman, bahawa juru perunding yang mengaku mahir dan pakar, sebenarnya " Indah Khabar Dari Rupa ".      
             


M. Rakunman
16.08.2017


Comments

Popular posts from this blog

Warisan fitnah Jabatan Perhutanan Sabah guna gambar pembalakan PALSU !

Shafie Apdal is revealing his true color !