PATI - Siapa sebenarnya Pengkhianat?



1.  Walaupun pahit, akan tetapi perlu diakui, bahawa pengkhianat sebenar berkaitan kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin ( PATI ) ke Sabah atau negara ini, didalangi para majikan dalam sektor perladangan, pembinaan, perkhidmatan dan sektor perikanan.

2.  Majikan lebih gemar memperkerjakan PATI, untuk mengaut keuntungan maksima, kerana tidak perlu membayar sumbangan KWSP, SOSCO, Insuran, malah dapat mengekspoiltasi PATI.

3.  Dakwaan pembangkang, kononnya kedatangan PATI khususnya daripada Filipina, kerana status Sabah dalam Perlembagaan negara itu, adalah dakwaan sampah, kerana punca kedatangan PATI daripada negara jiran itu, tiada unsur politik, akan tetapi semata-mata hanyalah berkaitan mencari punca pendapatan.

4.  Selain punca pendapatan, kedatangan mereka sudah dijamin daripada para majikan yang tidak bertanggungjawab, kerana lebih mengutamakan keuntungan berbanding cintakan negara.

5.  Dakwaan  JJ Loretto Padua Jr kononnya kedatangan PATI daripada Filipina, kerana Malaysia gagal mendesak Filipina menggugurkan Status Sabah dalam Perlembagaan negara itu, hanya merupakan kenyataan politik, kerana bukti lapangan tidak menjurus kepada Status Sabah.

6.  Data statistik menunjukkan, bahawa PATI di Sabah khasnya dan negara umumnya, majoriti daripada Indonesia, diikuti Nepal dan ketiga Bangladesh, sementara Filipina berada diurutan ke-4.

7.  Adalah satu kenyataan “palui” apabila Setiausaha Agung parti Warisan Sabah membuat dakwaan, bahawa negara gagal mendesak Filipina menggugurkan tuntutan ke atas Sabah, kerana Malaysia sebagai Negara berdaulat, di mana Sabah sebahagian daripada negara, tidak pernah mengiktiraf tuntutan Filipina itu, demikian juga, tiada badan-badan di dunia yang mengiktiraf tuntutan itu. Tututan Filipina itu, hanya bersifat tuntutan syiok sendiri, dan tiada merit langsung untuk dilayan.

8.  Sebenarnya kemasukan PATI ke negara ini, lebih banyak keburukkannya daripada kebaikkannya.

9.  Memang benar, para majikan mendapat keuntungan yang besar, kerana dapat memberi gaji yang rendah, namun para majikan itu merupakan penyumbang kepada jenayah atau keburukan sosial dalam negara.

10.  Bayangkan kerajaan terpaksa berbelanja besar untuk mengatasi PATI, termasuk kos menghantar pulang PATI ke negara asal.

11.  Setiap PATI yang tertangkap, kerajaan terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM4 sehari semasa dalam penahanan, dan terpaksa menanggung kos penghantaran RM205 seorang.  Data menunjukkan, jumlah PATI yang ditahan dan dihantar pulang, sudah hampir satu juta orang. Jika mereka itu ditahan selama 180 hari sebelum dihantar pulang, maka kerajaan terpaksa membelanjakan RM720juta, jika ditambah dengan kos penghantaran yang berjumlah RM205juta, maka kerajaan terpaksa menanggung hampir RM1bilion. Kos yang disebutkan ini, tidak termasuk kos operasi  dan masa serta kesulitan yang melibatkan berbagai agensi kerajaan.

12.  Pembangkang dengan mudah menuduhkan kerajaan dan pemimpinnya tidak melakukan tindakan jitu bagi mengatasi PATI, tetapi mereka LUPA, bahawa biang kerok kepada kemasukkan PATI kerana atas “permintaan” para majikan.


13.  Inilah masalah yang ada pada  pemimpin pembangkang, mereka menggunakan pendekatan fitnah, bohong dan mengelirukan.



Musran Rakunman
2 Ogos 2017

Comments

Popular posts from this blog

Warisan fitnah Jabatan Perhutanan Sabah guna gambar pembalakan PALSU !

Shafie Apdal is revealing his true color !