Hujah Zainnal Taraf Warung Kopi



Membaca posting Zainnal Ajamain di facebook, merupakan hujah kedai kopi yang kerap dicakapkan di kedai kopi, yang tidak jelas mana pokok dan mana pangkal.

Zainnal cuba menafikan, bahawa kejadian banjir di negara ini, bukan hanya berlaku sekali, akan tetapi setiap tahun, di kawasan-kawasan yang kerap di landa banjir.

Banjir yang melanda kawasan Kota Kinabalu, khususnya Daerah Penampang, sudah berlaku sejak dahulu lagi, sebab itu, pembinaan mitigasi banjir di Teluk Likas di bina, kononnya, boleh menyelesaikan bnjir. Apa yang pasti selepas pembinaan mitigasi banjir itu, banjir yang melanda tetap sama, tidakpun berkurang.

Manusia hanya boleh merancang, 
akan tetapi kuasa Tuhan tidak akan mampu dilawan.

Kejadian banjir di kawasan Penampang dan Kota Kinabalu dan daerah-daerah lain berlaku, apabila hujan yang turun melebihi kapasiti peparitan, selain diiringi air pasang. Apabila jumlah hujan yang abnormal dan diserati air pasang, maka itu namanya fenomena alam, dan pada keadaan itu, tiada buatan manusia yang boleh menghalangnya.

Zainnal cuba mengaitkan jumlah peruntukan dengan kejadian banjir. Kononnya, melalui peruntukan, maka dapat dibina mitigasi banjir. Dia tidak mengambil iktibar pada pembinaan mitigasi di Teluk Likas yang merentasi Damai dan Luyang, di mana pembinaan itu, memang dirancang untuk mengatasi banjir bagi kawasan Kota Kinabalu dan Penampang.



Secara kejuruteraan, apapun yang dibuat di Sungai Moyog, tidak akan dapat mengatasi banjir akibat curahan hujan yang melampau, kecualilah Sungai Moyog dijadikan empangan besar, di mana sebahagian kawasan Penampang ditenggalamkan, bagi memberi laluan pembinaan empangan ala BAKUN di Sarawak. Jika pendekatan itu dilaksanakan, kemungkinan besar, masalah banjir yang melanda Kota Kinabalu, akan dapat diatasi.

Seharusnya, Zainnal berkempen di kawasan Penampang dan meminta penduduk di kawasan itu berpindah, untuk membolehkan kawasan itu dibina empangan, atau setidak-tidak berkempen, supaya penduduk di mana tanah mereka terkena laluan pembinaan peparitan bagi pendekatan jangka pendek mengatasi banjir.

Kawasan Penampang dan Kota Kinabalu, berapa bilion ringgit pun wang dibelanjakan untuk tujuan mitigasi banjir, tidak akan mampu mengatasi masalah banjir, kecuali dengan pembinaan Empangan Moyog yang menyerupai Empangan Bakun. Ada bernai kah Zainnal, memberi tahu penduduk Penampang memberi laluan???



M.Rakunman 
25.08.2017

Comments

Popular posts from this blog

Warisan fitnah Jabatan Perhutanan Sabah guna gambar pembalakan PALSU !

Shafie Apdal is revealing his true color !