PERKARA MENARIK DALAM MANIFESTO BN SABAH


Perkara menarik dalam Manifesto Bn Sabah yang bertemakan TanahAir Ku Maju aka SABAH MAJU yang menyenaraikan 20 komitmen yang bakal dilaksanakan dalam penggal pemerintahan antaranya komitmen penyediaan peluang-peluang pekerjaan, menambah penerima biasiswa dan dermasiswa, merapatkan jurang pembangunan antara bandar & luar bandar dan membina rumah mampu milik.

Komitmen-komitmen yang disebutkan lebih mengarah kepada generasi penerus sebagai sandaran kepada golongan itu untuk memajukan Sabah sesuai dengan Transformasi Nasional-TN50.

Memang diakui manifesto Bn Sabah bagi berdepan PRU-14 memang dirangka sedemikian rupa sebagai kelanjutan kepada Halatuju Pembanguan & Kemajuan Sabah.

Penyediaan peluang-peluang pekerajaan adalah untuk mereka yang berumur di atas 20 tahun, kerana mereka ini merupakan sebahagian daripada rakyat negeri lepasan sekolah atau kolej yang mula terjun ke alam pekerjaan.

Kerajaan juga bijak mengembangkan modal insan dengan menambah jumlah biasiswa & dermasiswa bagi berdepan dengan indutsri 4.0.

Kerajaan juga bijak untuk membendung penghijaraan daripada luar bandar ke bandar dengan meraptkan jurang pembangunan. Pendekatan ini, membawa erti, pembangunan selama sepenggal akan lebih banyak tertumpu di kawasan luar bandar.

Untuk menggalakan atau menjamin setiap rakyat atau keluarga mempunyai rumah kediaman sendiri, pembinaan rumah mampu milik yang diberi subsidi kerajaan, merupakan langkah baik, dan sudah tentunya berimpak kepada kesejahteraan rakyat.

Akujanji Bn Sabah ini, bukan berisfat gula-gula, akan tetapi memang perkara-perkara-perkara yang disenaraikan merupakan faktor-faktor yang mendorong Sabah Maju, sesuai dengan tema manifesto.



Suara Rakyat 

Comments

Popular posts from this blog

Shafie Apdal is revealing his true color !

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH