PRU-14 Sabah: Kawasan Pilihan PKR
PKR Sabah bertanding 6 kerusi Parlimen dan 9 kerusi Dun. Kerusi-kerusi parlimen adalah Putatan, Tuaran, Beaufort, Ranau, Pensiangan dan Tawau. Manakala DUN- Api-Api, Moyog, Inanam, Tamparuli, Kuala Penyu, Matunggong, Kedamaian, Tempasuk dan Karanan.
Jika berasaskan keputusan PRU-13, hanya Api-Api, Moyog, Inanam, Tamparuli, Matunggong dan Kedamaian dimenangi parti itu.
Pada PRU-13, Putatan dimenangi Bn dengan majoriti 9,507, Tuaran majoriti 5,190, Beaufort majoriti 673, Ranau majoriti 3,611, Pensiangan 1,744 dan Tawau majoriti 4,979.
Manakala di Tempasuk dan Karanan serta Kuala Penyu masing-masing Bn menang dengan majoriti 5,210 dan 3,500 serta 2,273.
Bagi kerusi Api-Api meskipun dimenangi PKR, dengan majoriti 795 akan tetapi kemenangan bukan dengan undi popular, demikian juga di Tamparuli, Inanam, Matunggong dan Kedamaian.
Senario politik pada PRU-14 sangat berbeza berbanding PRU-13. Tamparuli, Matunggong dan Kedamaian dimenangi parti itu bukan kerana faktor parti akan tetapi calon. Hanya di DUN Moyog sahaja berasaskan parti.
Manakala undi "calon" PKR di Parlimen Beaufort dan Pensiangan begitu tinggi, bukan kerana parti akan tetapi faktor calon.
Melihat kepada kerusi-kerusi yang ditandingi PKR, nampak gayanya, parti itu hanya akan menang antara satu-dua kerusi, iaitu DUN Api-Api dan Moyog. Berasaskan senario semasa, Dun Api-Api berada dalam kedudukan 55:45 berpihak kepada Bn. jika demikian, maka Dun Moyog merupakan taruhan parti itu pada PRU-14.
Suara Rakyat
Comments
Post a Comment