PRU14 Sabah : SPRM Siasat Shafie, Maka Pembangkang Tumbangkan BN
Ada penganalisis politik daripada UNIMAS mendakwa, kerana SPRM menyiasat Datuk Shafie Apdal pada masa ini, maka parti pemimpin mantan Menteri KKLW itu bakal menumpaskan Bn Sabah. 2. Terlalu gamblang pandangan itu, hanya kerana “timing” siasatan, maka menjadi faktor yang signifikan kepada parti Warisan Sabah mendapat sokongan pengundi. 3. Persoalan yang ditumbulkan, jika memang ada salahlaku, mengapa siasatan tidak dijalankan semasa Datuk shafie masih bersama kerajaan. 4. Apa yang tidak dijawab oleh penganalisis itu, bahawa SPRM adalah badan bebas, tidak mendapat arahan daripada mana-mana pihak berkaitan bila, mengapa agensi itu menjalankan siasatan. 5. Menerusi kenyataan bahawa SPRM bertindak tidak sesuai dengan “timing” kerana PRU-14 diambang pintu, seolah-olah agensi itu dibawa kawalan pihak-pihak tertentu, sehinggakan boleh digunakan bagi tujuan politik. 6. Dakwaan penganalisis itu adalah satu penghinaan kepada SPRM, kerana...