Dana RM7.5bilion KKLW : Teka Teki Berakhir Sudah

Pada 9 malam 19 Okotber, akhirnya SPRM menahan Datuk Shafie Apdal mantan Menteri yang bertanggungjawab terhadap dana RM7.5bilion KKLW bagi Tahun 2009-2015 bagi tujuan membina keperluan asas penduduk luar bandar Sabah.

2.  Dana sebesar itu adalah dana yang disediakan untuk kawasan-kawasan Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan.

3.  Sebelum Shafie ditahan, beberapa individu turut ditahan termasuk adik beradik MP Semporna itu, iaitu ADUN Lahad Datuk (Yusof) dan Hamid bersama menenantu beliau.

4.  Turut juga ditahan adalah saudara beliau Aziz Jamman yang juga Ketua Wira Parti Warisan Sabah.

5.  Selain saudara mara Shafie, para individu yang pernah menjadi inner circle mantan menteri itu turut ditahan, antaranya Jawawi Jaafar dan Arifin Kassim.

6.  Manakala para individu yang dikatakan banyak mendapat projek yang turut ditahan adalah Peter Anthony, pemilik syarikat Sinkong construction sdn Bhd Yu Sin Kong dan seorang pegawai kanan KKLW semasa beliau menteri.

7.  Penahanan Shafie adalah untuk pengesahan bukti-bukti atau fakta-fakta lapangan dan pentadbiran berhubung kait pengunaan dana itu, yang dikatakan tidak kurang RM1.5bilion telah diselewengkan.

8.  Anggaran SPRM berasaskan kepada “kickback” sebesar 20%  setiap projek yang telah diberikan.

9.  Bagi rakyat yang dinafikan hak mereka merasai kemudahan asas yang sepatutnya telah sampai kepada mereka, apapun hasil atau keputusan siasatan ini tidak dapat mengembalikan wang yang telah diselewengkan.

10.  Rakyat yang dinafikan hak mereka perlu sedar, bukan kerajaan Negeri atau Persekutuan yang menafikan hak mereka, akan tetapi beberapa individu yang diberikan tanggungjawab, namun gagal menyempurnakan tanggungjawab itu.

11.  Rakyat Sabah perlu membuka mata, jika ada di antara para individu itu, mencuba menjadi pemimpin, apatah lagi mahu menjadi pemimpin negeri, maka rakyat tidak wajar menyokong mereka, kerana mereka itu adalah pagar yang makan padi.

12.  Jika melihat rentetan penahanan para individu yang dikatakan terlibat dengan skandal dana RM7.5bilion KKLW, terbukti sangat, bahawa memang berlaku “complex of interest” . Perbuatan itu memang salah, kerana kes serupa telah dialami Datuk Pairin Kitingan diawal pemerintahan PBS. Pairin didapati bersalah kerana telah meluluskan projek membina deretan kedai di Pekan Tambunan kepada sebuah syarikat, di mana syarikat itu ada kepentingan saudara mara beliau.




M. Rakunman
20.10.2017

Comments

Popular posts from this blog

Warisan fitnah Jabatan Perhutanan Sabah guna gambar pembalakan PALSU !

Shafie Apdal is revealing his true color !