Orang Kampung Lebih Minat Pada Pendapatan, Bukannya Cerita Pencuri



Tun Dr Mahathir terkilan, kerana selama 22 tahun gagal memberi pendapatan kepada penduduk kampung.

Mantan Perdana Menteri itu lebih minat pada projek-projek. Sebab itu, menerusi penggalakan ekonomi,  seperti  premtif yang beliau perkenalkan, beliau suka memberikan kepada syarikat-syarikat atau kontraktor besar. Sebabnya, hanya syarikat atau kontarktor boleh membayar “kickback”.

Berbeza dengan Dato Seri Najib Razak. Bagi maksud menambah daya beli penduduk kampung, beliau secara langsung memberikan tunai menerusi BR1M. menerusi cara ini, aktiviti ekonomi peruncitan juga dipacu, akan tetapi Zero kickback. Bayangkan pada Tahun 2017, seramai 7 juta penerima BR1M, dengan jumlah wang tunai 7 berbilion ringgit  sampai ke tangan rakyat yang memerlukan. Jumlah wang itu 100% sampai ke tangan yang memerlukan. Jika jumlah itu ikut cara Tun Dr Mahathir menerusi premtif yang beliau laksanakan, setidak-tidak bocor ditengah jalan paling tidakpun RM1.4bilion, sperti mana yang berlaku pada dana RM7.5bilion KKLW kepada rakyat luar bandar Sabah.

Bagi orang kampung, antara dua pemimpin ini banyak bezanya. DS Najib lebih minat, ramai rakyat mendapat manfaat secara langsung dan segera, manakala, Tun Dr Mahathir lebih minat pada  yang sedikit dan tidak pasti impaknya.

Belum terlalu lama. Tun Dr Mahathir hanya bersara pada Tahun 2003. Cuba lihat kembali 5 tahun sebelum beliau bersara, janganlah 10 tahun, kerana rakyat yang mengalami pemerintahan beliau akan lebih geram. Cuba bandingkan pembelaan DS Najib kepada rakyat bermula Tahun 2009. Anda terus mengomel sendiri, mengapa PM ke-6 itu tidak jadi Perdana Menteri ke-4 negara. Jika Najib menjadi PM ke-4 negara, Lebuh raya Pan Borneo sudah lama siap. Jika Lebuh Raya itu dibina 20 tahun lalu, kosnya bukan RM12bilion akan tetapi hanya RM2bilion.

Mengapa Tun Dr Mahathir memberi panggilan jelek kepada DS Najib Razak, seperti panggilan pencuri? sebabnya, beliau begitu cemburu sekali, terhadap tindakan PM ke-6 itu.

Kini, Tun Dr Mahathir mahu membunuh pemimpin yang membela penduduk kampung atau rakyat Malaysia yang tergolong Bawah 40, yakni keluarga 7 juta penerima BRIM.

Kepada rakyat yang dibela, sanggup kah anda melihat begitu sahaja pemimpin yang membela anda dibunuh? semata-mata untuk memenuhi hasrat seorang mantan pemimpin yang mahukan Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri???.

Tepuk dada tanya selera....



M. Rakunman
18.10.2017


Comments

Popular posts from this blog

Warisan fitnah Jabatan Perhutanan Sabah guna gambar pembalakan PALSU !

Shafie Apdal is revealing his true color !