Lim Kit Siang Perkuda Tun Dr Mahathir Untuk Jadi Perdana Menteri


1.  Dalam sistem demokrasi berparlimen, parti yang mempunyai kerusi terbanyak, samada secara persendirian atau dalam sesuatu gabungan, lumrahnya pemimpin parti itu akan dilantik ke jawatan Perdana Menteri, jika menang dalam pilihan raya.

2.  Demikian juga halnya kepada Lim Kit Siang. Pemimpin DAP sejak tahun 1969 itu akan dilantik ke jawatan nombor satu negara, jika Pakatan Harapan menang pada PRU-14.

3.  Pakatan Harapan, akan ditunjangi parti DAP, jika menang PRU-14. Parti-parti dalam PH, seperti PKR, PPBM dan Amanah, hanya mendapat kerusi untuk mengenapkan kerusi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

4.  Di Malaysia, pada kedudukan sekarang, parti mana atau gabungan parti-parti yang mendapat 112 kerusi parlimen daripada 222 kerusi yang dipertandingan, akan membentuk kerajaan.

5.  Menurut hemat parti DAP, parti itu akan menang 50 kerusi parlimen, diikuti PKR 40, PPBM 12 dan Amanah 10. Menerusi jumlah kerusi tersebut, DAP dalam perkara ini Lim Kit Siang, kalau tidak mahu dilantik ke jawatan Perdana Menteri, akan tetapi sebagai kingmaker bagi menentukan siapa Perdana Menteri, seperti mana yang berlaku pada Tahun 2008, di Perak, yang mana pemimpin Pas yang dilantik ke jawatan Menteri Besar, akan tetapi hanya boneka kepada pemimpin DAP.

6.  Pendekatan Lim Kit Siang sekarang, termasuk para pemimpin parti itu, dan juga Tun Dr Mahathir Mohammad menafikan dakwaan sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa pemimpin utama DAP itu bakal menjadi Perdana Menteri.

7.  Dalam isu perlantikan jawatan Perdana Menteri, Kit Siang benar-benar memperkudakan Tun Dr Mahathir supaya mantan Perdana Menteri itu menjadi orang depan menangkis dakwaan tersebut. Tujuan kepada penafian itu, sebenarnya, supaya kaum melayu terperangkap menyokong calon-calon PPBM dan Amanah serta PKR di kawasan majoriti kaum melayu.

8.  Lim Kit Siang tahu, jika PKR, PPBM dan Amanah secara kombinasi tidak menang 62 kerusi, maka hasrat beliau menjadi Perdana Menteri tidak akan tercapai.

9.  Jika Kit Siang tiada hasrat menjadi Perdana Menteri, mengapa sejak penubuhan parti itu, tidak pernah berganti pemimpin utama.

10.  PRU-14, merupakan peluang terakhir MP Gelang Patah itu merealisasikan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri.



M. Rakunman
10.10.2017

Comments

Popular posts from this blog

Warisan fitnah Jabatan Perhutanan Sabah guna gambar pembalakan PALSU !

Shafie Apdal is revealing his true color !