Siasat Dana RM7.5 bilion KKLW : SPRM Membela Hak Rakyat Sabah



1.  Semasa SPRM menyerbu Jabatan Air Sabah pada Oktober 2016, agensi itu berdepan lebih 10 tan dokumen yang membutirkan dana RM3.3bilion. 10 tan dokumen bukan mudah untuk disemak dan diteliti. Menyemak dan menilti dokumen itu memerlukan masa dan tenaga.

2.  Pada 5 Oktober tahun ini, SPRM menjalankan gelombang ke dua di 15 lokasi berbeza yang membabitkan 60 syarikat yang perlu diperiksa. Agensi itu perlukan masa setahun, untuk menjalankan operasi gelombang kedua tersebut.

3.  Ada pemimpin politik pembangkang mempersoalkan, mengapa agensi pembasmi rasuah itu mengambil masa yang panjang menjalankan siasatan. Kini,  mereka mendakwa bahawa tindakan agensi itu bermotifkan politik, kerana PRU-14 semakin hampir.

4.  Sebenarnya menurut sumber sejak 2 tahun lalu, SPRM sudah menjalankan siasatan “round the clock” untuk memastikan, bahawa tiada sebarang bukti akan terlepas padang, apabila operasi sebenar dijalankan.

5.  SPRM dikejar masa untuk memastikan setiap bukti tidak dilupuskan, sebab itu tiada hari yang dilepaskan termasuk kelepasan am. Namun, pemimpin pembangkang mempertikai pula, cara kerja agensi itu, dengan mengaitkan dengan hak seseorang untuk berehat dengan keluarga di hujung minggu, seperti mana tulisan Darell Leiking di facebook beliau yang mempersoalkan, mengapa Aziz Jamman dipanggil pada hari Ahad (10 Oktober 2017).

6.  Kini, dana sebesar RM7.5bilion menjadi perhatian agensi itu, di mana dana itu merupakan peruntukan Luar Bandar bagi Sabah antara Tahun 2009-2015 bagi pelaksanaan kemudahan asas luar bandar seperti Bekalan Air Bersih, Elektrik dan Jalan raya perkampungan.

7.  Dianggarkan tidak kurang RM1.5bilion daripada dana RM7.5bilion telah diselewengkan.

8.  Dana sebesar RM7.5bilion bertujuan melaksanakan 350 projek membabitkan 170 projek bekalan air, 163 projek jalan raya dan 17 projek bekalan elektrik.

9.  Salah satu projek bekalan air adalah pembinaan loji penapis di Semporna yang bernilai lebih RM45juta. Loji berkenaan kini menjadi “gajah putih”. Selain itu projek penyambungan paip dasar laut ke Pulau Gaya yang bernilai RM93juta, juga berfungsi sepertimana diharapkan.

10.  Siasatan SPRM berkaitan dana KKLW itu, adalah untuk memberi tahu rakyat, mengapa projek-projek yang sepatutnya sudah dinikmati rakyat tidak kesampaian.  Seharusnya, rakyat berterima kasih kepada agensi itu, kerana dapat mendedahkan para individu yang menafikan hak mereka untuk mendapatkan kemudahan asas.

11.  Memangpun, apa sahaja hasil siasatan itu, rakyat tetap dipihak yang dirugikan. Akan tetapi, setidak-tidaknya rakyat dapat mempertimbangkan semula pendirian mereka, bahawa yang menafikan hak mereka itu, bukanlah kerajaan negeri,  atau kerajaan persekutuan, akan tetapi oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab.

12.  Kalau rakyat berfikir secara rasional, sanggup kah mereka mempunyai pemimpin atau parti yang diterajui oleh mereka yang menafikan hak mereka!!!

13.  Kalaulah SPRM tidak bertindak, Kerajaan Negeri dan Persekutuan, 100% terpalit oleh tindakan beberapa individu yang tidak bertanggungjawab tersebut.



M. Rakunman
9.10.2017



Comments

Popular posts from this blog

Warisan fitnah Jabatan Perhutanan Sabah guna gambar pembalakan PALSU !

Shafie Apdal is revealing his true color !