Edaran Media Perdana Menurun - Impak Negatif Terhadap BN



1.  Berdekad lamanya, media arus perdana seperti New Straits Times, Utusan Malaysia, Berita Harian atau The Star merupakan media yang pro parti Barisan Nasional.

2.  Namun, minat kepada media  bercetak kini bukan sahaja menurun malah menjunam, sehinggakan memberi impak  negatif kepada parti Barisan Nasional untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.

3.  Satu laporan berkaitan edaran media cetak, sejak Tahun 2012, media arus perdana yang pro kerajaan Parti Barisan Nasional telah berkurang sehingga lebih 60%. Sebagai contoh edaran Harian Metro pada Tahun 2012 berjumlah 379,169 naskah, namun menurun kepada 142,262 naskah atau 62.5%.  Bagaimanapun media yang dianggap organ parti Umno, Utusan Malaysia, hanya menurun 30%.

4.  Kalaulah dijumlahkan  seluruh naskah  media pro kerajaan samada yang berbahasa melayu mahu pun inggeris hanya berjumlah tidak sampai 500,000 naskah berbanding jumlah pengundi 14,622,640- bermakna, edaran media bercetak hanya sampai kepada kurang 5% jumlah pengundi, berbanding sebelumnya antara 10-15%.

5.  Katakan satu keluarga mempunyai 3 pengundi, maka 14,622,640 terdiri kepada 4.9 juta ketua keluarga.  jumlah Ketua Keluarga itu, jika dinisbahkan dengan edaran surat khabar bercetak, maka 10% daripada mereka dapat dicapai oleh media cetak.

6.  Cuba bayangkan 90% daripada mereka itu, tidak mendapat mesej daripada kerajaan?

7.  Keadaan pengundi yang tidak mendapat mesej daripada parti kerajaan, dapat dilihat pada keputusan PRU-13 lalu, di mana parti Bn kehilangan undi popular.

8.  Mungkin atas kecenderungan, bahawa rakyat tidak lagi berkiblat mencari maklumat atau berita daripada media cetak, maka di Sabah sejak tahun 2013, Ketua Menteri Sabah - Tan Sri Musa Aman, menekan aktiviti turun padang, bagi setiap wakil rakyat atau pemimpin parti Barisan Nasional.

9.  Selain itu, beliau juga menekankan, bahawa setiap wakil rakyat, perlu sekerap mungkin mengemaskini, laman-laman sosial mereka, seperti facebook , instagram atau whatsApp masing-masing.

10.  Musa bukan sahaja sentiasa mengemaskini laman sosial beliau berkaitan aktiviti beliau, malah polisi-polisi kerajaan, termasuk majlis-majlis pengagihan bantuan kepada rakyat.

11.  Nampak gayanya, para pemimpin kerajaan kena lipatgandakan acara turun padang, sebagai kaedah untuk sentiasa dekat dengan rakyat.




M Rakunman
5.10.2017



Comments

Popular posts from this blog

Warisan fitnah Jabatan Perhutanan Sabah guna gambar pembalakan PALSU !

Shafie Apdal is revealing his true color !