Membohong Jadi Pilihan Tun Dr Mahathir



1.  Boleh kah dalam dunia yang bertamadun, menuduh orang pencuri, selain tiada bukti mencuri, juga tiada barang yang hilang.

2.  Mengapa Tun Dr Mahathir pada usia senja, masih memilih cerita bohong?

3.  Sejak tahun 2014, beliau telah menjadikan 1MDB sebagai kambing hitam untuk menjatuhkan Dato Seri Najib Razak daripada jawatan Perdana Menteri.

4.  Sebagai impak kepada kolaborasi beliau dengan media asing, pembangkang, dan terkini DOJ Amerika, tiada satu buktipun, bahawa wang 1MDB telah hilang.

5.  Rakyat Malaysia tahu, IPO syarikat milik kementerian kewangan gagal diterbitkan, isu persepsi negatif yang dicipta Tun Dr Mahathir.

6.  Oleh kerana berbagai dakwaan negatif terhadap syarikat itu, maka Perdana Menteri mengarahkan siastan menyeluruh, yang melibatkan berbagai pihak, daripada PDRM, SPRM, Bank Negara, Ketua Audit Negara malah Jawatan Kuasa Kira Dewan Rakyat (PAC). Apabila semua siasatan selesai, Peguam Negara mengumumkan, tiada sebarang salah laku berlaku, sebab itu, tiada asas untuk pendakwaan.

7.  Namun, Tun Dr Mahathir mengambil pendekatan pakar strategi Hitler Joseph Goebbles, mengulang-ulang cerita bohong, akhirnya cerita bohong itu diterima sebagai betul.

8.  Mahathir dan pemimpin pembankang lain, suka sangat menggunakan perkataan merompak, mencuri, sedangkan dia barang yang dirompak atau dicuri.

9.  Pada kelazimannya, mereka yang pernah menjadi perompak dan pencuri, suka betul menggunakan perkataan itu, kerana memikirkan, orang lain juga bertindak sama, seperti mana dilakukan oleh mereka yang pernah merompak dan mencuri.

10.  Tun Dr Mahathir, berfikiran, tindakan perjudian bank negara, kerugian besar Perawaja, penjualan MAS, muflisnya LRT, MRT dan Monorail semasa beliau berkuasa, juga akan dilakukan oleh penggantinya.

11.  Namun berasaskan fakta yang ada, sejak Tahun 2009, semasa DS Najib Razak dilantik ke jawatan Perdana Menteri, tiada lagi syarikat-syarikat GLC yang muflis, tiada syarikat yang dibail-out, malah pertumbuhan ekonomi negara semakin positif, defisit perbelanjaan negara menguncup, selain itu besarnya ekonomi negara sudah mencapai RM1trilion.

12.  Tun Dr Mahathir dalam membuat dakwaan, langsung tidak mengunakan data sebenar akan tetapi, menukar warna putih kepada hitam. Beliau mahu mengwujudkan pengertian baru, bahawa angka 1 lebih besar daripada 10.  Pertumbuhan ekonomi positif, akan tetapi dilihat sebagai negatif. Pendek kata, mantan Perdana Menteri itu mahu menukar istilah, yang telah biasa diterima manusia sejagad, bahawa warna putih itu adalah putih, manakala hitam itu adalah hitam, sebaliknya beliau memaksa orang lain menerima, bahawa warna putih itu sebenarnya salah, kerana warna itu bukan putih sebaliknya hitam.




M. Rakunman
15.10.2017


Comments

Popular posts from this blog

Warisan fitnah Jabatan Perhutanan Sabah guna gambar pembalakan PALSU !

Shafie Apdal is revealing his true color !