Sisi Lain Dana RM7.5 bilion KKLW
1. Dana Persekutuan untuk Luar Bandar di Sabah yang disalurkan melalui KKLW sejak Tahun 2009, purata RM1.25 bilion setahun. Angka sebesar itu merupakan 31% berbanding bajet Tahunan Negeri Sabah.
2. Dana yang disalurkan menerusi kementerian itu 100% untuk pembangunan. Jika benar-benar dana sebesar itu digunakan untuk pembangunan kemudahan asas rakyat luar bandar, setidak-tidaknya 90% rungutan rakyat di seluruh negeri telah diselesaikan.
3. Kerajaan pada mulanya menyediakan infra kemudahan asas, pada gilirannya selepas itu kerajaan mendapat pendapatan menerusinya. Bekalan Air Bersih, bukan percuma, bekalan elektrik bukan percuma, demikian juga pembinaan jalan raya kampung, setidak-tidaknya ada rakyat membeli kenderaan, dan membayar cukai jalan.
4. Namun, apa yang paling penting, dengan tersedianya kemudahan asas, ianya pemangkin kepada aktiviti ekonomi. selain itu, ianya juga menunjukkan kemajuan sesuatu kawasan.
5. kemudahan asas seperi air bersih dan elektrik adalah keperluan yang perlu tersedia bagi rakyat yang merdeka. Tanpa kemudahan itu, maka seolah-olah rakyat masih belum merdeka, walaupun negeri sudah merdeka 54 tahun.
6. Sebenarnya, peruntukan daripada Persekutuan yang disalurkan menerusi kementerian-kementerian, saling melengkapi untuk memajukan negeri, kerana bajet negeri sangat terhad.
7. Sabah telah mensasarkan menerusi Halatuju Pembangunan & Kemajuan Negeri akan menjadi Negeri Maju menjelang Tahun 2025, namun akibat ketirisan yang berlaku terhadap dana pembangunan yang berlaku pada KKLW, maka pencapaian Halatuju Sabah itu akan tercacat sedikit.
8. Kerajaan Negeri terpaksa mencari dana yang mencukupi untuk membiayai pembinaan kemudahan-kemuadahan asas tersebut, kerana ianya merupakan “part and parcel” pembangunan & Kemajuan Negeri.
9. Menurut siasatan awal SPRM sekurang-kurangnya RM1.5bilion daripada dana RM7.5biion telah diselewengkan. Namun jika dikaji kepada modus operansi pihak-pihak tertentu yang terlibat membelanjakan dana itu, akan dijumpai nanti setidak-tidaknya RM2.7bilion tidak sampai ke sasaran, atau dengan kata lain, bocor di tengah jalan.
M. Rakunman
9.10.2017
Comments
Post a Comment