Kaum Melayu Bertempik Bila Lim Kit Siang Jadi Perdana Menteri



Sejarah akan tercipta dalam negara ini, apabila kaum bukan majoriti menjadi Perdana Menteri.  Jika itu berlaku, maka yang paling gembira adalah kaum melayu. Mengapa kaum melayu bergembira? sebabnya, kerana akibat berpecah, maka kaum minoriti menjadi pemimpin mereka.

2.  Adalah satu keperluan, kaum minoriti menjadi pemimpin kepada kaum majoriti, bagi menunjukkan bagai mana sesuatu kaum itu bersatu.

3.  Mengapa kaum minoriti boleh menjadi Perdana Menteri, dalam perkara ini Lim Kit Siang? jawabnya hanya satu KAUM CINA sebulat hati menyokong beliau menerusi parti DAP.

4.  Bagi melengkapkan kerusi DAP, maka kaum cina yang ditandingi rakan parti itu seperti PKR, PPBM dan Amanah, juga sebulat suara menyokong calon-calon daripada parti itu.  Oleh kerana undi melayu berpecah, walaupun majoriti pada sesuatu kawasan, maka akan kalah.

5.  Apabila Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri, maka kaum melayu akan terjun ke sungai dengan labuh-labuhnya. Apabila Nasi menjadi bubur, menyesal dahulu berpendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

6.  Mungkin kaum melayu, dapat bersatu semula apabila dipimpin kaum minoriti. Sejarah kaum melayu, robohnya Kota Melaka, kerana angkara kaum itu sendiri.

7.  Kenyataan dua pemimpin Sabah- Datuk Salleh Tun Said dan Datuk Rahman Dahalan, ekoran kenyataan Dato Seri Najib Razak semasa PAU Umno pada Disember 2016. Menurut Perdana, pada PRU-14, rakyat akan memilih kerajaan, samada ditunjangi UMNO atau DAP.

8.  Melihat kepada perpecahaan kaum melayu di Semenanjung, nampak gayanya, kenyataan Perdana Menteri itu akan menjadi kenyataan.

9.  Pada PRU-13, jumlah kerus parlimen yang dimenangi Bn dan pembangkang, hanya berbeza 5 kerusi, di mana Bn mendapat 85 berbanding pembangkang, namun daripada segi undi popular, bn kalah.

10.  Bn dapat mempertahankan Putrajaya apabila secara keseluruhan menang 133, 25 sumbangkan Sarawak dan 23 sumbangan Sabah dan WP Labuan.

11.  Memang di atas kertas, terlalu jauh bagi Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri, kecuali menang 103 kerusi parlimen di Semenanjung dan mempertahankan 9 kerusi di Sabah dan Sarawak. Jika demikian halnya, maka Bn Semenanjung hanya menang 62 kerusi daripada 165 kawasan parlimen. Dalam kedudukan demikian, sudah tentunya, kawasan-kawasan yang ditandingi MCA, MIC kalah keseluruhannya, dan sebahagian kawasan tradisi Umno.

12.  Perlu diingat, dalam poltik semua serba berkemungkinan. Pada Tahun 1985, tiada yang menyangka Parti Berjaya di Sabah pimpinan Datuk Harris Salleh kalah teruk, malah hanya menang 6 kerusi baki daripada 48 sebelum pilihan raya.

13.  Demikian juga pada PRU-2008, siapa yang menyangka, Selangor, Pulau Pinang, Kedah  dan Perak jatuh ke tangan Pembangkang? Sedangkan masa itu, tiada “figure” dalam parti pembangkang, kecuali Lim Kit Siang dan Mendiang Karpal Singh, manakala Dato Seri Anwar Ibrahim belum boleh menyertai pilihan raya itu kerana kehilangan kelayakan untuk bertanding.

14.  Wahai kaum melayu, berfikir lah secara rasional, sebelum terlambat. Jangan jadikan negera anda, menang sorak, akan tetapi kampung tergadai.




M. Rakunman
13.10.2017



Comments

Popular posts from this blog

Warisan fitnah Jabatan Perhutanan Sabah guna gambar pembalakan PALSU !

Shafie Apdal is revealing his true color !