Dana KKLW RM7.5bilion Untuk Sabah : Mengapa pembangkang Senyap?



1.  Kalau ikutkan siasatan awal SPRM, sekurang-kurangnya RM1.5bilion daripada dana RM7.5bilion diselewengkan.

2.  Dengan jelas sekali wang RM7.5bilion adalah untuk membina kemudahan asas luar bandar di Sabah, dan wang itu adalah wang rakyat. Mengapa pemimpin pembangkang dan penyokongnya senyap? Akan tetapi mereka bising, bahkan macam kena rasuk hantu, apabila berkaitan derma RM2.6bilion.

3.  Wang RM2.6bilion, semua penguasa undang-undang yang menjalankan siasatan terhadap 1MDB, tidak menjumpai sebarang kaitan dengan wang derma itu.  Kalau tidak menjumpai sebarang kaitan, maknanya, wang itu bukan wang 1MDB. Kalaulah demikian, maka memang benarlah wang itu adalah wang derma, kerana di dalam negara itu, tiada sesiapapun yang membuat laporan kehilangan wang sebanyak itu.

4.  Apabila banyak pihak bising-bising, ekoran pendedahan Sarawak Reports (agen kepada pembangkang di Malaysia), banyak sungguh mengaitkan wang itu adalah wang 1MDB.  Oleh kerana dakwaan-dakwaan tersebut, maka DS Najib Razak mengaku menerima derma daripada Keluarga DiRaja Arab Saudi. Pengakuan Perdana Menteri, disahkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

5.  Walaupun terdapatnya pengakuan daripada Keluarga DiRaja Arab Saudi, pihak pembangkang, termasuk media luar negara yang pro mereka, tidak menerima pengesahan itu, sebaliknya terus memutar belitkan isu. Malah ada pihak media antarabangsa itu dapat mempengaruhi DOJ Amerika, untuk membuat saman sivil, kononnya akan menyita berbagai harta yang dibeli oleh pihak-pihak tertentu menggunakan wang 1MDB.

6.  Apa yang malangnya, pihak-pihak pembangkang, termasuk DOJ Amerika, tidak menerima penjelasan daripada 1MDB sendiri, bahawa tiada wang syarikat itu yang hilang, dan tiada kaitan dengan senarai harta yang dikatakan hendak disita.

7.  Isu berkaitan 1MDB hanya merupakan ciptaan pembangkang dan agen mereka untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap Perdana Menteri.  Sesuatu ciptaan dan rekaan, dipercayai pula oleh pemimpin dan penyokong pembangkang, namun jika berkait dengan FAKTA seperti Dana KKLW, mereka pula senyap. Mengapa??? sebab sifat mereka yang HIPOKRIT.

8.  Di Sabah setiap persidang DUN Sabah bermula tahun 2010, para ADUN kerap sungguh berhujah berkaitan masalah kemudahan asas di kawasan-kawasan mereka. Malah pada Tahun 2013, ada rakyat yang tunjuk perasaan kerana masalah air.

9.  Oleh kerana masalah kemudahan asas luar bandar Sabah sangat kritikal, maka Persekutuan menyalurkan dana yang cukup besar kepada KKLW, sebagai tujuan menyelesaikan rungutan rakyat.

10.  Bayangkan dana sebesar RM7.5bilion sudah habis dibelanjakan, namun rugutan rakyat sebelum  adanya dana itu, tidak juga selesai, malah keadaan semakin kritikal.

11.  Malah ada pihak tertentu keluar masuk kampung, memberi tahu rakyat luar bandar, kononnya, kerajaan negeri tidak mahu bekerja sama dengan KKLW untuk melaksanakan projek-projek kemudahan asas luar bandar. Akan tetapi, mereka tidak memberitahu rakyat, bahawa peruntukan untuk tujuan itu sudah habis dibelanjakan.

12.  Ekoran tindakan ADUN Sabah melaksanakan Ikrar Bersama SPRM Tahun 2013, maka kerjasama SPRM dengan semua ADUN khususnya ADUN kerajaan, maka SPRM mendapat maklumat daripada ADUN-ADUN tersebut, berkaitan kemuskilan rakyat yang mereka wakili.  Ekoran daripada itulah, SPRM menubuhkan pasukan untuk memantau berkaitan pelaksanaan projek-projek luar bandar di bawah KKLW, kerana didapati berbilion ringgit sudah dibelanjakan sejak Tahun 2009, namun tidak kenampakan di lapangan.

13.  Berkaitan BALB, ramai sungguh keluhan rakyat, paip yang dipasang tidak berair, loji penapisan air hanya gajah putih, tiang-tiang litrik tegak berdiri, tetapi tidak berdawai.

14.  Dana KKLW sebesar RM7.5bilion, jelas sebahagiannya telah diselewengkan, mengapa pembangkang tidak bising???? malah ada pihak yang kononnya penyokong kerajaan mempertikaikan, tulisan-tulisan yang berkaitan dana itu. Mengapa kah berlaku demkian? apa kah mereka itu, bertindak sebagai sokong membawa rebah? atau gunting dalam lipatan!!!.

15.  Tindakan SPRM memang hanya untuk menyiasat, bukan menghukum. Agensi itu, hanya mahu mencari fakta dan memberitahu rakyat, mengapa kemudahan asas luar bandar Sabah tidak selesai, sedangkan wang kerajaan berjumlah RM7.5bilion sudah dibelanjakan.

16.  SPRM cuba “clear the air” agar mereka yang tidak bertanggungjawab jangan memalitkan perbuatan mereka kepada para pemimpin yang tidak bersalah. SPRM menghalang seekor kerbau membawa lumpur, jangan memalitkan lumpur kepada pihak lain.




M Rakunman
7.10.2017



Comments

Popular posts from this blog

Warisan fitnah Jabatan Perhutanan Sabah guna gambar pembalakan PALSU !

Shafie Apdal is revealing his true color !