Benarkah Ekonomi Sabah Tenat ?


Apa tolok ukur sesebuah negeri tenat? Pertama, apabila barang lifestyle, seperti rumah, premis-premis perniagaan mewah , barangan mahal seperti kereta berjenama tiada pembeli, restoran-restoran tutup, hotel-hotel mengurangkan kakitangan, kilang-kilang tutup, manakala  barangan yang bercorak keperluan harian seperti beras, sayur, tepung itu sahaja yang mempunyai pembeli.

2.  Jangan cakaplah, mereka yang naik pesawat, apatah lagi menaiki pesawat  kelas perniagaan atau kelas pertama.

3.  Jika ekonomi tenat, maka mereka yang boleh menaiki pesawat adalah mereka yang terlibat kegiatan haram  seperti pasaran gelap, pengubahan wang haram serta wang rasuah.

4.  MP Penampang semasa berucap di dewan rakyat pada sesi kali ini, mendakwa bahawa ekonomi Sabah tenat, sebab itu, rakyat tidak mampu membeli pakaian di pasar-pasar raya, sebaliknya hanya daripada peniaga pakaian lusuh atau rombengan.

5.  Beliau meggambarkan bahawa, jika rakyat tidak membeli pakaian daripada peniaga rombengan, maka petanda ekonomi baik.

6.  Peniaga rombengan sebenarnya bentuk perniagaan baru dalam negara ini. Belum lama perniagaan itu diperkenalkan. Jika sepuluh tahun lalu, jarang ada peniaga pakaian rombengan. Namun, atas permintaan, dan trend, maka wujudlah peniaga rombengan. Dalam teori ekonomi, jika ada permintaan, maka di situ ada penawaran. Atau dalam bahasa kiasan, di mana ada gula di situ ada semut.

7.  Kalau di negara-negara maju, khususnya negara yang mempunyai empat musim, peniaga pakaian rombengan memang telah wujud sekian lama, dan dipanggil sebagai “garage sales”. Garage sales, biasanya setiap minggu diadakan.

8.  Melihat kepada pakaian yang dijual menerusi jualan bundle atau pakaian longgokan, tidak semestinya pakaian itu adalah pakaian terpakai, akan tetapi, pakaian yang dikeluarkan oleh kilang, akan tetapi tidak memenuhi speksifikasi pembeli atau pengimport.  Daripada pakaian itu dibuang begitu sahaja, maka wujudlah peniaga rombengan, di mana jenama pakaian itu dikoyakkan, namun daripada segi material adalah sama dengan jenama yang dipasarkan lengkap dengan jenama asal.

9.  Bagi mereka yang suka membeli pakaian berjenama misalnya jenama “snail” atau Levis, maka membeli daripada penjual pakaian rombengan tidak membezakan pakaian itu jika dibeli daripada pasar-pasar raya.

10.  Pengguna mempunyai pilihan sendiri. Orang yang berduit misalnya, tidak semestinya sentiasa makan di restoran 5 bintang. Ambil contoh CEO AirAsia, Tan Sri Tony Fernandez, walaupun baru sahaja berumah tangga, akan tetapi makan direstoran biasa, malah makanan hanya beralaskan daun pisang. Apa kah makan di restoran biasa menunjukkan bahawa CEO AirAsia itu tidak berduit? jika menurut teori Darel Leiking!!!.

11.  Bukan itu sahaja, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman minggu lalu terlihat makan di warung kecil menjual ambuyat, apa kah juga Ketua Menteri itu kurang duit, sehinggakan perlu makan di warung?.

12.  Apa kah kretria Darell Leiking mengukur bahawa ekonomi Sabah tenat? Jika ekonomi Sabah tenat, mengapa ada pemaju perumahan masih membina rumah  yang berharga ratusan ribu ringgit, malah ada yang melebihi satu juta? Kalau ekonomi Sabah tenat, mengapa penjual kereta-kereta mewah tidak tutup? Mengapa masih terdapat pemaju membina preimis perniagaan mewah? seperti Imago, Suria, Grand Merdeka?

13.  Kalau ekonomi tenat, maka saban hari jalan-jalan raya sesak? mengapa di bandar-bandar atau pekan-pekan sukar sangat meletakkan kereta?

MP Penampang itu perlu menilai kembali dakwaan beliau 
berkaitan ekonomi Sabah, jangan kerana pemimpin pembangkang, 
maka yang baik pun dikatakan buruk.

MR
3.11.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta