BERDOLAK DALIKNYA SAHFIE



22 tahun Datuk Shafie kata, TIADA parti terbaik memerintah negara, selain Umno dan Bn.

22 tahun bukan jangka masa singkat. Akan tetapi, apabila Umno dan Bn mendapati beliau curang, maka “digantung” keahlian. Boleh sahaja parti memecat, tapi “beri” peluang, maka beliau berpatah arang, tubuhkan parti tumbangkan Umno dan Bn. Sebabnya hanya satu dendam, dan kedudukan hilang.

Kalau perjuangan seorang hanya lakonan, maka akan berlaku seperti mana yang berlaku pada Shafie.

Shafie masuk politik kerana bapa saudaranya Datuk Sakaran Dandai (kini Tun) membawa masuk dan melantik beliau sebagai Setiausaha politik sebaik sahaja mantan TYT itu dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada tahun 1994.

Shafie adalah seorang pegawai kerajaan, bukan seorang ahli politik. Menyertai Umno kerana dapat kedudukan, jika tidak, beliau seperti yang lain akan tunggu masa bersara, baru bising-bising soal politik.

Apabila kehilangan jawatan, maka mahu kembali ke jawatan, maka mempergunakan rakyat untuk kembali.  Malangnya, selama 22 tahun, beliau tidak mempergunakan masa itu memajukan rakyat, akan tetapi memperkaya diri sendiri, saudara mara dan kroni.

Rakyat Sabah, khususnya penduduk luar bandar, kehilangan peluang menikmati kemudahan asas berjumlah RM1.5bilion, kerana dana itu diselewengkan semasa beliau Menteri KKLW.

Dengan tag pada MP Semporna itu, tidak patut rakyat Sabah menyokong beliau.

Rakyat Sabah jangan terpengaruh dengan dakyah MP Semporna itu, kerana semua itu dilakukan hanya mahu memperalat rakyat untuk dapat kuasa, dan untuk meneruskan memperkaya diri sendiri, keluarga dan para kroni. Jangan terpatok ular di lubang yang sama.



MR

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta