Perlantikan Naib Canselor UMS - Ada unsur Kenegerian kah ?

Kenyataan Ketua Menteri Sabah berkaitan Naib Canselor UMS yang bakal menggantikan Prof Dr Harun Abdullah yang bersara, hendaklah daripada rakyat Sabah, bukan dilihat berunsur kenegerian, walaupun kelihatannya demikian, kerana kenyataan itu berasaskan fakta lapangan, bahawa terdapatnya rakyat Sabah yang mempunyai merit untuk dilantik pada jawatan itu.
Universiti Malaysia Sabah, adalah satu universiti yang telah lama diperjuangkan oleh rakyat Sabah. Pengwujudan universiti itu, merupakan mercu tanda perjuangan rakyat Sabah termasuk para pemimpin negeri.

Melihat kepada perjuangan rakyat Sabah itu, maka apabila rakyat Sabah menerajui universiti itu, maka akan terus menyalakan semangat perjuangan itu, dan penyandang jawatan itu termotivasi untuk membawa nama dan kedudukan universiti ke mercu kejayaan.

Hakikat yang perlu diterima, sepertimana kata simpulan bahasa, betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Keadaan inilah yang bakal dipikul rakyat Sabah yang menduduki jawatan Naib Canselor.

Rakyat Sabah yang menduduki jawatan Naib Canselor tidak akan sama, jika jawatan itu jawat oleh rakyat daripada negeri lain, kerana individu itu tidak membawa bebanan perjuangan rakyat Sabah berkaitan penubuhan universiti itu.

Pada tahun 1990, apabila parti Barisan Nasional Sabah merupakan parti pembangkang di Sabah, telah berikrar, jika rakyat Sabah memberi sokongan kepada parti, dan dapat membentuk kerajaan negeri, maka sebuah universiti untuk Sabah akan dibangun.

Atas semangat rakyat Sabah itulah, mendasari kenyataan Ketua Menteri Sabah, bahawa jawatan Naib Canselor UMS perlulah rakyat Sabah, keranya beliau tahu, terdapatnya ramai rakyat Sabah mempunyai kelayakan dan kemampuan menduduki jawatan tersebut.


Kejayaan sesebuah universiti bukan sepenuhnya terletak pada jawatan Naib Canselor, akan tetapi terletak pada semua warga universiti, termasuklah pelajar dan bakal-bakal pelajar. Jika kualiti warga universiti dapat dihandalkan, maka semakin berkembang majulah universiti itu. Namun jika warga universiti tidak mencapai kualiti yang diharapkan, jika naib canselor berkelayakaan Harvardpun, tidak akan kemana-mana.

Perlantikan jawatan Naib Canselor UMS perlulah rakyat Sabah, kerana individu itu membawa misi bersama beliau harapan rakyat Sabah, kerana didasari semangat, BETAPA BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL.

M.Rakunman
04.06.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta