Silaturrahim & Saling Bantu Membantu Asas Kejayaan PRU14

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menegaskan bahawa Kekuatan parti Umno, kerana para pemimpin, ahli dan penyokong  parti mempunyai kekuatan silaturahim dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Sifat yang pada parti itulah yang menjadi pendorong kepada rakyat secara umumnya menyokong parti itu sejak merdeka, dan atas sebab itu jugalah, rakyat Sabah memberi sokongan kepada parti itu memerintah negeri selama 23 tahun.

Kekuatan silaturrahim dan saling bantu membantu perlu diperkukuhkan, kini dan selamanya, kerana menerusi kaedah itulah, menjadikan parti Umno sentiasa relevan, tidak mengira masa dan keadaan.

Selagi kekuatan silaturahim dan saling bantu membantu menjadi faktor ikatan dalam parti, tiada parti yang boleh mengalahkan parti itu dalam pesta demokrasi.

Faktor kekuatan silaturahim dan saling bantu membantu, menjadikan pemimpin, ahli dan penyokong parti sebagai keluarga besar.

Bagi berdepan dengan PRU-14 akan datang, Musa meminta agar kekuatan silaturahim dan saling bantu membantu diperkukuhkan lagi, untuk mencapai kemenangan dan seterusnya parti dapat menyambung pembelaan kepada rakyat.

M.Rakunman
06.06.2017

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta