BELANJAWAN 2019 Tidak mesra Petani & Nelayan


Teks ucapan Belanjawan 2019 tidak menyebut langsung perkataan pesawah, petani, peladang dan nelayan biar sekali pun.

Felda hanya disebut sekali dan itupun hanya untuk peruntukkan RM295 juta bagi menaiktaraf jalan, projek sistem bekalan air dan memasang lampu.

Bagi sektor pertanian secara keseluruhan, bajet 2019 kerajaan PH hanya menyebut peruntukan berjumlah RM47 juta untuk R&D produktiviti benih, bijirin dan buah-buahan, RM18 juta untuk automasi industri agromakanan; dan RM52 juta untuk pelaksanaan program keusahawanan dan latihan industri tani.

Ini jauh berbeza dengan Bajet 2018 kerajaan BN di mana kita memberi RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan.

Kerajaan PH perlu menjawab secara spesifik apakah bantuan-bantuan yang disediakan tahun depan untuk golongan-golongan ini termasuk bantuan sara hidup.

Ataupun, semua bantuan-bantuan terdahulu ini sudah dihapuskan?

Rakyat Malaysia bukan terdiri dari orang bandar sahaja.


NAJIB RAZAK


Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta