Kemajuan Sabah Bukan kerana saya seorang : Tan Sri Musa aman

Kemajuan Sabah bukan kerana Tan Sri Musa Aman seorang, akan tetapi merupakan kombinasi daripada berbagai pihak, iaitu hasil kerjasama daripada semua pemimpin parti komponen, jemaah menteri, penjawat awam dan rakyat.

Tanpa kerjasama daripada semua pihak, adalah mustahil bagi seorang ketua kerajaan dapat memajukan dan membangun negeri.

Akibat sokongan daripada semua pihak, khususnya mandat yang diberikan rakyat sejak PRU 2004, yang mana kerajaan yang memerintah negeri sentiasa mempunyai kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri (DUN), maka kerajaan yang beliau terajui dapat merancang, melakasanakan pembangunan dan aktiviti yang mengarah kepada pembelaan rakyat.

Hasil daripada kerja sama itu, kestabilan politik berada dalam keadaan mantap, aktiviti ekonomi berada pada landasan betul. Sebagai misalannya, peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2016 berjumlah RM73.8bilion meningkat daripada RM59.5bilion pada tahun 2011. Selain itu, trend kemajuan ekonomi negeri telah menjadikan Sabah menempati kedudukan ke-5 di negara ini.

Kemajuan Sabah, adalah hasil daripada kerajaan yang berterusan. Sabah sebenarnya menjadi mundur pada masa-masa lalu, kerana kerapnya bertukar-tukar kerajaan, selain dipimpin oleh mereka yang kurang pengalaman, sehinggakan rakyat dijadikan uji cuba.

Hakikat yang perlu diterima rakyat, kemajuan dan pembangunan yang berterusan, apabila kerajaan yang sedia ada berterusan, kerana perancangan telah tersedia dengan mantapnya.

Sabah akan terus maju, jika pada PRU-14 ini, rakyat meneruskan mandat yang kuat, kerana menerusi mandat itu Halatuju Pembangunan & Kemajuan Sabah menjelang 2025 akan terealisasi.



Suara Rakyat

Comments

  1. vpssp - youtube.com/embed/7zjr9yjw - videodl.cc
    vpssp - youtube.com/embed/7zjr9yjw youtube convert to mp3 - videodl.cc

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta