RAKYAT SABAH MALAS, PEMIMPIN TAMAK PUNCA SABAH MUNDUR-TUN DR MAHATHIR


Oleh kerana Tun Dr Mahathir Mohammad di era pemerintahan beliau menganggap rakyat Sabah malas, maka tiada rakyat negeri ini diberi peluang menjawat jawatan tinggi di peringkat Persekutuan, tiada yang diberi peluang sebagai duta.

Kerana mantan PM itu menganggap pemimpin Sabah tamak, kalau ada pemimpin negeri ini dilantik ke jawatan kabinet, hanya bagi kementerian yang kurang luas peranaannya, dan sudah tentu kementerian yang  tiada peruntukan membangun rakyat dan negeri.

Kerana pemimpin Sabah tamak, maka daripada tahun 1981-2003, peruntukan untuk Sabah sedikit daripada Persekutuan. Sudahlah jumlahnya sedikit, bermula tahun 1985-1994 disekat pula. Pada tempoh masa itu, bukan sahaja pembangunan Sabah terbantut, malah membayar gaji kakitangan awampun berpunca daripada pinjaman.

Mengapa Tun Dr Mahathir membuat dakwaan rakyat Sabah malas dan pemimpinnya pula tamak? Ini lah cara beliau mengelak daripada perbuatan dan tindakan beliau sendiri menganak tirikan Sabah.

Tun Dr Mahathir adalah seseorang pemimpin yang langsung tidak mahu mengakui kesilapan dan perbuatan curangnya, melainkan setiap kelemahan atau kekurangan itu diletakkan pada pihak lain.

Mantan PM itu benar-benar kehilangan sentuhan berkaitan Sabah. Beliau tidak sedar, bahawa kadar kemiskinan Sabah telah menurun sehingga 1.96%, berbanding di era beliau di atas 30%. Sebagai contoh, impak kepada tindakan beliau menyekat peruntukan kepada Sabah (1985-1994), meskipun Bn Sabah memerintah daripada tahun 1994, namun kadar kemiskinan negeri adalah 19.7% pada tahun 2009.

Ada ditakdirkan kepada rakyat Sabah, selepas beliau bersara, maka kemajuan & pembangunan Sabah semakin rancak.  Kemajuan & pembangunan Sabah bertambah-tambah apabila Dato Seri Najib Razak dilantik ke jawatan Perdana Menteri.

Dalam spin masa 9 tahun, lebuh raya Pan Borneo menjadi kenyataan. Dalam tempoh singkat jalan raya menghubungkan Ranau-Telipok menjadi kenyataan, dan kalau disenaraikan, banyak lagi pembangunan direalisasikan. Sebab itu, jika dirangkum bantuan persekutuan kepada Sabah, jumlah peruntukan di era Dato Seri Najib melangkaui semua Perdana Menteri.


MR

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta