Tujuan Penubuhan Parti Warisan Sabah


Rakyat Sabah perlu tahu bahawa penubuhan parti Warisan Sabah hanya untuk kelangsungan politik Datuk Shafie Apdal, bukannya untuk negeri dan rakyatnya.

Penubuhan parti itu, hanya didasarkan kepada dendam bukannya berasaskan aspirasi rakyat.

Presiden parti itu terpaksa mengambil masa setahun selepas dipecat daripada kabinet Persekutuan pada Julai 2015, sebelum mengistirkan keluar daripada parti setahun kemudian.

Penyebab beliau keluar parti, kerana digantung keahlian daripada parti Umno pada jun 2016.

Shafie menubuhkan parti Warisan Sabah pada Oktober 2016.

Terlihat sungguh, tindakan-tindakan Shafie mempengaruhi rakyat Sabah untuk menyokong beliau, yang disaluti dakwan-dakwaan karut dan bohong, dengan menafikan pencapaian negeri sejak diterajui parti Barisan Nasional bermula tahun 1994, di mana beliau sebahagian daripadanya selama 22 tahun.

Selama 22 tahun, seluruh perancangan, polisi, dan pendekatan kerajaan semuanya betul belaka, termasuk dasar pemberian Geran Komunal, dasar percukaian GST, dan Halatuju Pembangunan & Kemajuan Sabah (Halatuju).

Hanya kerana kelangsungan politik, dan kekal relevan dalam poliitik negeri dan tanah air, beliau bertindak memutar belitkan kemajuan & pembangunan  negeri.

Shafie cuba menidakkan bahawa kemajuan & pembangunan Sabah dan rakyatnya terus meningkat, yang ditandai dengan penurunan kadar kemiskinan, peningkatan pendapatan negeri.

Kalau bukan kerana tindakan beliau menerusi KKLW sejak tahun 2009-2015, kemudahan asas luar bandar seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan jalan raya luar bandar, sudah terselesaikan.

Rakyat Sabah perlu menilai, 
mana parti yang benar-benar membela rakyat, 
dan mana parti yang hanya untuk kepentingan peribadi.




MR

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA DAY 2017 MESSAGE BY SABAH CHIEF MINISTER, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, CHIEF MINISTER OF SABAH

Peter Anthony, Shafie & Dana Rm200 juta